Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
192

Bacaan






 “SIAPA nak sertai blind date berkumpulan? Saya perlukan dua orang perempuan lagi. So Yoon? Yein? Kau berdua tak nak join ke?” tanya Jin Seol memecah kesunyian di dalam stuio latihan mereka.

Mereka yang sedang berehat selepas penat berlatih melarikan pandangan pada Jin Seol yang sedang bersandar di cermin dengan kaki dijulur ke hadapan. Hara yang sedang berbaring juga pantas duduk. Blind date? Baru beberapa hari lepas dia terfikir untuk melakukan perkara itu.

“Lelaki tak boleh ke?” soal Seung Min dengan nada bergurau.

“Boleh. Tapi, pasangan kau lelaki jugalah. Nak?” usik Jin Seol. Tapi, raut wajahnya serius.

“No, thank you” balas Seung Min dengan senyuman. Dia belum terdesak lagi sehingga sanggup keluar bersama lelaki. Realiti wanita lebih ramai daripada lelaki memberikan harapan untuknya mencari teman wanita.

Hara yang duduk di sebelah Seung Min hanya mendengar perbualan antara Jin Seol dengan kawan-kawannya. Ada yang berminat. Tapi, bimbang lelaki yang menghadiri blind date tersebut tidak seperti yang mereka harapan. Tapi, Jin Seol meyakinkan mereka dengan memberitahu bahawa empat orang lelaki yang akan datang juga adalah pelajar universiti seperti mereka cuma dia tidak tahu dari univerisit apa.

Yein tanpa berfikir panjang berstuju unuk menyertai Jin Seol. So Yoon pula menolak kerana dia lebih suka bertemu dalm keadaan dia tidak menduga lelaki itu adalahjodohnya.. Kini Jin Seol perlukan seorang lagi untuk melengkapkan kumpulan mereka. Hara ketap gigit bibir sambil buntang mata tidak berganjak dari memandang Jin Seol. Dia seperti sedang berikan isyarat kepada Jin Seol supaya bertanya sama ada dia berminat atau pun tidak.

Jin Seol yang menyedari isyarat Hara membalas dengan senyuman. Dia merasakan Hara sedang berguarau dan tidak serius dengan siyarat itu. Tapi, bila Hara tiba-tiba angkat tangan dan menawarkan diri untuk menyertai mereka. Semua mata kini tertumpu kepadanya kerana mereka tidak pernah menyangka Hara akan membuat keputusan seperti itu.

Mworago? Wae? (Kenapa?)” soal Seung Min dalam nada berbisik.

Isseo (adalah)” jawab Hara.

“Kau seriuslah aku tak main-main ni Hara” tanya Jin Seol pula. Dia masih ragu dengan keputusan Hara

“Yes I’am very serious” ringkas saja jawapan yang diberikan Hara, matanya kelihatan begitu yakin. Ya, dia memang yakin sekarang. Tapi, tak tahulah bila dia balik rumah nanti dia akan setia dengan keputusanya atau berundur sebelum menghadiri blind date berkumpulan itu. Tidak, aku tak boleh ragu-ragu semua ni untuk kebahagiaan Abang Harris dan kakak ipar aku Tia. You can do it Sahara Irdeena. Bisik hatinya

Jin Seol diam untuk seketika kerana sedang berfikir sama ada dia mahu membawa Hara bersamanya atau tidak. Dia bimbang Hara kurang selesa kerana berkemungkin besar 99.9 peratus pasangan blind date mereka bukan beragama islam. Tapi, bila dia teringat yang mereka akan bertemu di NIT COFFEE iaitu kafe yang hanya menghidangkan coffee dan kek. Dia pertimbangankan semula keputusanya.

Sementara menunggu Jin Seol yang mengambil masa lama untuk membuat keptusan Seung Min capai tangan Hara lalu membawanya keluar dari studio. Ada sesuatu yang dia tidak tahu dan dia mahu Hara menjelaskan kenapa tiba-tiba saja Hara bertindak seperti itu kerana selama ini dia merasakan Hara tidak berminat dengan perjumpaan yang diatur seperti itu apatah lagi kali ini dengan seseorang yang mungkin tidak dia kenali dan situasi sekarang jelas jauh berbeza dengan yang pernah dia lalui di Malaysia.

Sikap Seung Min mendatangkan seribu tanda tanya di minda kawan-kawan mereka. Dari raut wajahnya dapat mereka melihat Seung Min tidak setuju dengan keputusan Hara. Mereka mula saling bertanya tentang hubungan Hara dan Seung Min. Mungkin kepada yang baru mengenali mereka pasti menyangka mereka pasangan lelaki. Tapi, bagi kawan yang sudah lama bersama mereka masih berasa keliru dengan status hubungan mereka. Kawan, cinta dalam hati atau kekasih?.

“Heiy, Hey, hey, what are you doing?” tanya Hara sebaik saja mereka keluar dari studio.

“That question I should ask you. What are you doing right now? Blind date? Are you crazy?” marah Seung Min.

Hara mengeluh panjang lalu bersandar pada dinidng. Dia sendiri tidak mahu melakukan perkara itu. Tapi, dia tidak ada pilihan lain suka atau tidak dia mesti juga cari teman lelaki untuk penuhkan syarat Datin Shida. Jika tidak dia terpaksa menerima hakikat Harris akan berahwin dengan Farah. Dia tidak mahu perkara itu menjadi realiti.

Pandangan kemudian dilarikan pada Seung Min yang berdiri di hadapanya. Kalaulah dia tidak mengenali Seung Min sebagai kawan baiknya. Dia pasti sudah jatuh cinta dengan Seung Min memandangkan Seung Min juga seorang lelaki yang baik, hormat perempuan dan memahami dirinya. Sayangnya dia sudah menganggap Seung Min seperti seorang adik dan Datin Shida juga tahu tentang itu. Rancangan pasti gagal jika membawa Seung Min berjumpa Datin Shida.

Malhae (Cakaplah)” sambung Seung Min dengan mata tidak berganjak dari memandang Hara.

“Saya perlu ada teman lelaki supaya Tia dapat berkahwin dengan abang saya” jelas Hara.

“A… Apa? Boyfriend? Tapi, kenapa?” tanya Seung Min dengan wajah kalut.

“Awak tahukan sebelum ni mama saya berusaha untuk jodohkan saya dengan calon pilihan dia. Tapi, semua saya tolak. Jadi sekarang mama dah jodohkan abang saya dengan anak kawan dia Farah. Tapi, abang saya cintakan Tiara, Tiara pun macam tu”

“Jadi untuk selamatkan hubungan Tiara dengan abang awak. Awak perlu ada teman lelaki?”

Hara mengangguk. 

“Saya akan jadi teman lelaki awak” kata Seung Min tanpa sedikit rasa ragu pun.  

 Bulat mata Hara ketika mendengar ucapan jujur dari Seung Min. Dia memang pernah memikirkan perkara itu dan selalu menimbangkan keputusan untuk mendapatkan bantuan Seung Min. Tapi, akhirnya dia terpaksa melupakan hasrat itu bila Datin Shida berulang kali mengingatkan dia supaya Seung Min dikecualikan daripada lelaki pilihan Hara. Bukan kerana Seung Min tidak cukup baik untuk mendampinginya. Tapi, disebabkan wajah comel tidak padan dengan usianya. Mungkin Datin Shida takut Seung Min ada lakukan pembedahan plastik untuk nampak seperti wajah seorang artis. 

“Be my girlfriend and I will protect you” sambung Seung Min dengan renungan yang penuh kasih sayang. 

Hara masih membatu tidak berganjak dari memandang Seung Min. Dapat dia rasakan Seung Min jujur dengan ucapanya. Tapi, kenapa tidak ada debaran di hatinya ketika mendengar ucapan itu. 

“Bae Seung Min” Hara panggil nama Seung Min denganlembut. 

“Hmm?’ Seung Min senyum. 

Hara lekapkan tangan pada pipi Seung Min sambil tersenyum. 

Seung Min cuba menyentuh tangan Hara. Tapi, belum sempat dia berbuat sedemikian Hara pantas mencubit kedua-dua pipinya sambil wajahnya dipusing ke kir dan ke kanan. 

“Hei, Hei, Hei, awak buat apa ni sakitlah” kata Seung Min. Belum sampai lima saat dia merasai suasana romantik itu pipinya pula dicubit kuat. 

“Buat apa? Berani awak cakap nak jadi boyfriend saya? Awak lupa ke saya kakak awak? Awak tu dah macam adik saya. Mama saya dah kenal awak dan suruh awak jaga saya macam kakak awak. Jadi, jangan nak berangan jadi hero saya pula. Araseo?!” bebel Hara. Dia belum melepaskan tangan dari pipi Seung Min. 

“Hei! Sa…Sa…Sakitlah noona (Kakak)” kata Seung Min yang cuba mengalihkan cengkaman kuat tangan Hara di wajahnya. 

“Sakit? Masih nak jadi boyfriend saya ke tak?” soal Hara. 

“Maafkan saya, maafkan saya, saya takkan cakap macam tu lagi” kata Seung Min. Kedua-dua tangan dia angkat sebagai tanda dia mengalah. 

Hara tersenyum lalu mengalihkan tanganya dari pipi comel Seung Min. Merah pipi Seung Min dibuatnya. Sempat juga dia meminta maaf kerana bertindak ganas. Tapi, itulah perkara yang patut dia lakukan untuk mengelakkan dia hanyut dengan kata-kata Seung Min. 

Seung Min menggosok-gosok kedua-dua pipi Buntang mata masih lagi tiak berganjak dari memandang Hara. Biarpun dia melihat Hara ketawa seolah-olah perkara itu lucu. Tapi, raut wajahnya menunjukkan perasaan sedang bercampur baur. Sama seperti Seung Min yang merasakan luka di hati bila Hara hanya menganggapnya seperti seorang adik dan tidak pernah lebih dari itu. 

“Kalau saya jatuh cinta betul-betul dengan awak macam mana?” soal Seung Min tetap tidak mahu berputus asa. 

Hara ketawa lagi. “Hei, jangan merepeklah Seung Min. Banyak lagi perempuan cantik dekat luar sana” jawabnya memukul lengan Seung Min. 

“Daripada awak merepek macam ni.Jom bantu saya fikirkan macam mana nak…” 

Belum sempat Hara menyebut perkataan seterusnya Jin Seol keluar untuk bertanya sama ada dia akan menyertai mereka menghadiri blind date itu ataupun tidak. Dapat Jin Seol lihat wajah Seung Min sedikit tegang. Hara pula ceria seperti biasa. Hara dengan yakin memeberikan keputusan yang dia akan datang blind date itu.

 Ini saja yang mampu dia lakukan untuk membantu Harris dan Tiara. Jika ada yang bekanan dihati, dia akan teruskan. Jika tidak ada dia akan fikirkan cara lain dan jika tidak ada sesiapa yang mahukan diri. Dia akan kembali pada Seung Min. Itupun kalau Seung Min masih mahu membantunya. Kalau tidak, dia mungkin akan menyesali keputusanya sekarang kerana menolak Seung Min. 

“Awak betul-betul akan pergi?” soal Seung Min di hadapan Jin Seol. 

Jin Seol hanya pandang Seung Min, kemudian Hara. 

“Betullah. Saya dah confirnkan pun dengan Jin Seol” jawab Hara. 

Jin Seol mengangguk tersenyum. 

“Bila tarikh, pukul berapa nanti saya akan mesej awak. Tempat dia masih sama NIT COFFEE” kata Jin Seol. 

“Gomawo Yoon Jin Seol”ucap Hara. Dia tidak akan mengubah keputusanya lagi.

“You’re welcome. Cepatlah masuk dalam studio kita akan mulakan latihan sekarang” sambung Jin Seol menarik tangan Hara. 

Seung Min hanya mampu mengeluh melihat wajah gembira Hara. “Seronok sangatkah menghadiri blind date? Dia tak kenal pun siapa lelaki-lelaki tu. Macam mana kalau lelaki jahat? Cakap aje pelajar universiti. Tapi, perogol bersiri, pembunuh bersiri? Argh! Dia orang ni macam tak ada cara lain untuk cari teman lelaki. Aku depan mata ni takkan tak nampak kut?”bebel Seung Min dengan geram. 


RIYYAN meliar di sekitar perpustakaan dan studio dekat fakulti seni persembahan untuk mencari Hara yang telah menghilangkan diri selama beberapa hari. Dia bukan saja cuba mengelak dari bertemu dengan Riyyan. Tapi, dia juga tidak menghadiri perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia semalam menyebabkan Riyyan terpaksa berfikir secara spontan. Lepas ni jangan pula nak salahkan dirinya kerana tidak mahu berbincang terlebih dahulu. Hara sendiri yang tidak mahu bertemu dengannya. 

“Mana Sahara Irdeena ni?” gumamnya dengan muka berkerut sudah beberapat tempat dia pergi. Tapi, perempuan aneh itu tidak berada di sana. Tiara juga tidak mahu bekerjasama denganya. Kalaulah bukan disebabkan mahu menunaikan amanah yang diberikan oleh Izwan. Dia tidak mahu merayau seperti ini semata-mata untuk mencari seseorang yang tidak penting seperti Hara.

Pencarian kemudianya iteruskan ke dewan memandangkan ahli pasukan sorak selalu berlatih di sana pada waktu petang. Namun, belum jauh dia melangkah dia melihat Seung Min dalam perjalanan menuju ke arahnya. Riak wajah Seung Min kelihatan tidak begitu baik. Dia juga berhenti melangkah bila matanya bertemu dengan mata Riyyan.

“Bae Seung Min” sapa Riyyan.

Hey, hi Riyyan” balas Seung Min dengan senyuman.

“Err…”Riyyan menggaru-garu leher yang tiba-tiba saja terasa gatal. Malu pula rasanya bila dia mahu bertanya tentang Hara.

Nafas Riyyan tarik dalam-dalam. “Sahara Irdeena mana?” tanya dengan serius.

Seung Min mengerutkan muka. Sahara Irdeenalah yang buatkan harinya terasa tidak begitu baik. Sejak pagi tadi gadis itu langsung tidak menghiraukan dirinya kerana sibuk membuat persiapan untuk janji temu berkumpulan yang diatur oleh Jin Seol.

“Hara… Hara…” Seung Min ketap bibir. Alamak macam mana nak cakap dengan dia ni. Kalau aku cerita dengan dia agak-agak apa dia akan buat? Soal Seung Min dalam hatinya. Buntang mata belum berganjak dari memandang wajah kosong Riyyan.

Seung Min hela nafas panjang. “Hara ada blind date malam ni”

“What?!” bulat mata Riyyan ketika mendengar khabar dari Seung Min.

Blind date? Dengan siapa? Bila? Dmana/’ sambung Riyyan dengan panik. Seperti susah untuk dia percaya Hara melakukan perkara seperti itu. Sebelum ini dia pernah memberitahu Riyyan yang dia tdak akan pernah menyertai apa-apa janji temu biarpun dipaksa oleh Datin Shida.

“Kenapa awak nak tahu?” tanya Seung Min pula.

“Uh?” Riyyan tercengang seketika.

“Kenapa awak nak tahu di mana Hara? Dengan siapa dia keluar? Awak suka dia?” buntang mata Seung Min menikam tepat ke dalam mata Riyyan.

“Err…” Riyyan menggaru-garru tengkuknya sambil memikirkan jawapan selamat untuk pertanyaan itu.

Selepas menunggu untuk seketika. Seung Min pantas beredar dari situ. Dia merasakan Riyyan sebenarnya tidak berminat dengan Hara. Dia mencari Hara hanya untuk menyakiti hatinya saja.

“Saya…” Riyyan bersuara.

Seung Min berhenti melangkah.

“Saya tak tahu saya sukakan dia atau tidak. Tapi, saya perlu jumpa dia” sambung Riyyan dengan agak kalut. Dia sendiri tidak dapat meneka hati dan perasaanya sendiri. Apa yang dia pasti, dia tidak mahu Hara menghadiri temu janji secara berkumpulan itu.

“Huh!” keluh Seung Min lalu berpaling semula ke belakang. Dia tidak pasti sama ada dia mahu berterus terang atau tidak dengan Riyyan. Tapi, dia juga tahu dia seorang tidak akan mampu menghala Hara yang degil dan keras kepala.

 “Okey, jumpa awak dekat bas stop pukul 7.00 malam ni” kata Seung Min agak ringkas. Tapi, cukup melegakan Riyyan. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku