Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
300

Bacaan






BERDEBAR, itulah yang dia rasakan ketika punggung sudah duduk di atas kerusi dekat NIT COFFEE. Suasana ketika itu sedikit sibuk kerana ramai yang mengunjungi cafe itu semata-mata mahu bertemu dengan idola kesukaan mereka INFINITE, GOLDEN CHILD, ataupun LOVELYZ. Hara menggenggam erat tanganya sambil mata meliar memerhati kawasan kafe tersebut.

Sementara itu, Jin Seol dan Yein sedang sibuk merias diri supaya kelihatan cantik di hadapan pasangan mereka nanti. Dia pula hanya termenung sambil memikirkan adakah keputusan yang dia buat ini betul atau tidak. Bagaimana jika lelaki itu tidak seperti yang dia harapkan? Bagaimana jika lelaki itu baik. Tapi, hubungan mereka tidak direstui oleh Datin Shida? Semua perkara itu terus mengganggu dirinya.

You can do it Hara. Ini benda senang aje kut kalau nanti tak suka cakap ajelah tak suka. Tapi, kalau aku suka macam mana? Tak mungkin. Aku ni spesis yang susah nak jatuh cinta lebih-lebih lagi dengan lelaki yang aku tak kenal. So, just enjoy my night. Bisik hatinya sambil tersenyum.  

 “Dia orang tak datang lagi ke?” soal Yein. Dia sebenarnya tidak sabar-sabar mahu bertemu dengan pasanganya.

Jin Seol kerlingkan mata pada jam yang terpasang kemas di tangan. “Sepatutnya mereka dah ada dekat sini sekarang. Tapi, dari tadi aku tengok tak ada seorang lelaki pun masuk dalam kafe ni” jawab Jin Seol dengan agak bimbang.

“Jangan-jangan dia orang tipu kita tak” celah Yein. Buntang matanya bulat menikam mata Jin Seol. Siaplah kau Jin Seol kalau kau tipu kami. Aku sanggup ponteng tengok drama Lee Sung Yeol INFINITE semata-mata nak join blind date ni. Bisik hati Yein dengan geram.  

“Tak mungkinlah tipu. Kita tunggu sikit lagi. Manalah tahu jalan sesak ke, apa ke, Hara, kau apa hal diam aje? Nervous?” pandangan Jin Seol larikan daripada Yein kepada Hara yang dari tadi hanya duduk membisu.

Hara hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman. Gila tak nervous?! ketika dia terpaksa menghadiri janji temu dengan Riyyan pun dia nervous inikan pula dengan lelaki yang tidak dia kenali. Terasa jantung hendak tercabut keluar pun ada juga. Tapi, dia tetap cuba berfikir secara positif. Siapa tahu, di sinilah dia akan bertemu dengan soulmatenya, jodohnya yang selama ini dia cari-cari.

“Don’t worry everything will be okay. Kalau kau tak suka lelaki tu, kau tak perlu teruskan. Takkan ada paksaan” sambung Jin Seol. Dia menepuk-nepuk lembut bahu Hara.

Thank you Jin Seol. But I think I can’t…

“Annyeonghaseyo”

Namun, belum sempat Hara menyuarakan perasaanya yang mahu berundur dari pertemuan itu. Kedengaran suara seorang lelaki menyapa mereka dari hadapan. Jin Seol, Hara dan Yein terpaku bila tetamu yang ditunggu-tunggu kini berada di depan mata. Mereka bingkas bangun lalu menundukkan kepala sebagai membalas sapaan tetamu yang datang.

Suasana terasa begitu janggal sekali bila masing-masing hanya saling berpandangan antara satu sama lain. Salah seorang daripada empat lelaki yang datang menarik minta Jin Seol, Yein dan Hara. Dia memakai topi dan menutup wajahnya dengan penutup hidung seolah-olah udara dalam kafe itu kotor pula.

“Jangan-jangan muka dia hodoh” bisik Yein pada Jin Seol. Mata dijelingkan pada lelaki itu.

“Tak apa, yang penting dia bukan pasangan kita” jawab Jin Seol tersenyum sinis. Nasib kaulah Hara dapat lelaki pelik macam tu. Lega bukan aku. Bisik Jin Seol dalam hatinya.

Hara yang mendengar kata-kata itu hanya mampu menerima kenyataan bahawa dua lelaki kacak telah memilih Jin Seol dan So Yoon. Manakala lelaki pelik dengan topi dan mask duduk di hadapanya.

Annyeonghaseyo Haraimnida (Hai saya Hara)” sapa Hara dengan rela hati memulakan perbualan. Kalau nak tunggu lelaki pelik tu mungkin sampai habis perjumpaan ni dia tidak akan bercakap.

Namun, reaksi lelaki pelik itu tidak seperti yang dia harapkan. Lelaki itu hanya tundukkan sedikit kepala tanpa berkata apa-apa. Hara tersenyum, sempat juga mata dijelingkan pada dua kawanya yang kelihatan berpuas hati dengan pasangan mereka. Sekarang baru dia faham kenapa separuh hatinya mahu dia berundur sebelum bermula. Tapi, semuanya sudah terlewat dia perlu habiskan juga perjumpaan ini.

Saat yang lain sedang asyik berbual Hara dan lelaki pelik yang duduk di hadapanya hanya beradu mata. Siapalah agaknya akan tewas dalam pertarungan kali ini. Ada satu perasaan aneh muncul sebaik saja matanya bertentangan dengan mata lelaki itu. Renungan tajam lelaki itu mengingatkan dia pada seseorang.  

Hara pejam mata sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Nampaknya dia yang tewas dalam pertarungan beradu mata kali ini. Mata dibuka semula bersama keluhan panjang, cawan berisi kopi dia hirup sambil memandang kawan-kawannya yang sedang rancak bercerita. “Kenapalah lelaki depan aku ni tak macam Dae Hyun atau Jung Kook” gumamnya. kemudian kembalikan pandangan pada lelaki itu.

 Dae Hyun menyedari Hara sedikit kecewa dengan pasangan. Dia cepat-cepat menyiku lelaki pelik itu sambil kening diangkat dan bibir dimuncungkan pada Hara. Dia sendiri berasa hairan kenapa tiba-tiba saja kawan mereka itu tidak mahu bercakap. Tadi, bukan main lagi dia beria-ia mahu datang ke perjumpaan ini.

“Err… kawan awak memang pemalu ya?” soal Jin Seol.

“Uh? Hmm, dia pemalu sikit” Dae Hyun mengangkat kening sambil tangan kanan menepuk bahu lelaki misteri itu.

Jin Seol, Yein hanya mengangguk sambil ketawa kecil ketika mendengar jawapan itu. Pada zaman ini jarang sekali mereka temui lelaki seperti itu, malu sampai tak nak tunjuk muka sama sekali. Tapi, untuk melegakan Hara. Dae Hyun memberitahu mereka bahawa kawannya itu pakai topeng kerana selesema dan batuk-batuk. Nanti tak pasal-pasal pula Jin Seol dan kawan-kawanya terkena selesema sekali.

“Awak suka perempuan yang macam mana?” soal Yein pada Jung Kook. Tidak lekang senyuman dibibir melihat ke wajah tampan Jung Kook.

“Saya suka perempuan macam awak. Comel, suara husky, suka awak senyum dan ramah” jawab Jung Kook dengan begitu yakin.

Merah padam muka Yein bila dipuji seperti itu. Dia tutup muka dengan tangan cuba untuk menyembunyikan perasaan gembiranya kerana seorang lelaki yang terkenal seperti Jung Kook mengatakan sesuatu yang tidak pernah dia dengari sebelum ini.

“Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Saya suka bila tengok awak menari sebab awak nampak cantik sangat. Tapi, saya tak berani nak jumpa awak, tegur awak atau berkenalan dengan awak” sambung Jung Kook.

“Kenapa pula?” celah Jin Seol.

Jung Kook diam seketika. Pandangan kemudian dilarikan pada Dae Hyun.

Dae Hyun menghela nafas panjang. Nampaknya terpaksalah juga dia yang jawab pertanyaan itu. Apa hallah Jung Kook ni jujur sangat. “Sebab awak berempat ahli pasukan sorak. Kami selalu nampak awak semua cuma bergaul dengan kawan-kawan yang sama minat dengan awak. Jadi, kami tak ada keberanian untuk dikekati awak and all of you look so beautiful” jelas Dae Hyun dengan pujian sekali.

Jung Kook menganguk sebagai tanda setuju.

Itulah pandangan orang luar terhadap pasukan sorak universiti. Mereka ada rasa segan, mungkin juga malu dan takut untuk berkenalan dengan lelaki atau perempuan dalam pasukan itu. Meskipun mereka mungkin rakan sekelas. Tapi hubungan mereka tidak rapat kerana cheer leader lebih banyak menghabiskan masa bersama berbanding keluar bersama kawan-kawan sekelas. 

“Awak ada teman lelaki?” soal Dae Hyun pada Jin Seol.

Jin Seol senyum malu. “Kalau saya ada teman lelaki saya takkan ada dekat sini”

“Betul juga. Saya pun tak ada teman wanita sebab tu saya ada dekat sini” balas Dae Hyun sambil ketawa kecil.

“Awak pula? Tak ada orang istimewa ke?” tanya Jung Kook. Matanya tidak lepas memandang Yein.

Yein tersenyum sambil melibat rambutnya. “Saya masih mencari yang sesuai” tersenyum.

“Oh” Jung Kook mengangguk.

“Maknanya saya masih ada peluang?” sambung jung Kook.

“Kalau awak dapat buat saya jatuh cinta dengan awak. Tapi, setahu saya ramai perempuan sukakan awak. Ada yang mengaku dia girlfriend awak. Awak tak takut ke sukakan perempuan biasa macam saya?” soal Yein dengan rasa bimbang. Dia bimbang akan dibaling dengan telur busuk pula nanti.

“Sukakan seseorang bukanya satu jenayah. Kalau dia orang boleh sukakan saya tanpa izin saya. Maknanya saya boleh sukakan awak walaupun awak tak izinkan” jawab Jung Kook.

Hara ternganga mendengar jawapan Jung Kook. Dia pasti terharu jika kata-kata itu dituju khas untuknya. Tapi sayangnya kata-kata itu ditujukan untuk Jung Yein. Tengoklah muka Yein dah merah sebab malu. Menyukai seseorang tanpa izin dari seseorang itu bukan satu jenayah benar-benar menunjukkan Jung Kook seorang lelaki yang berkarisma.

Masa terus berlalu keadaan di meja mereka semakin meriah dengan suara Jin Seo, Yein, Dae Hyun dan Jung Kook. Mereka berempat sudah membiasakan diri dan bercerita tentang diri masing-masing. Tapi, pasangan di hujung masih lagi lagi dingin. Hara tidak tahu mengapa lelaki itu tidak mahu menunjukkan wajahnya atau menyapa dirinya. Dia sudah cuba bertanya nama lelaki itu. Tapi, lelaki itu hanya mendiamkan diri. Entah-entah bisu kut.

“Awak memang tak nak berbual dengan saya ke?” tanya Hara. Dia masih bertahan demi Tiara dan Harris.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Hara tersenyum sinis. Pandangan dilarikan pada Jin Seol dan Yein yang sedang rancak bercerita. Amboi, bukan main seronok lagi minah beruda ni. Mentang-mentang dapat lelaki kacak plus normal. Aku dilupakan.

Selepas berfikir seketika dia membuat keputusan untuk beredar dari situ. Tidak ada gunanya dia berada di situ jika lelaki itu hanya membisu dan membiarkan dirinya seperti tunggul. Kenapalah hidupnya sentiasa dikelilingi dengan lelaki-lelaki pelik. Jin Seol cuba menghalang Hara. Tapi, seperti biasa. Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang sikap degil Hara.

“Hara!” panggil Jin Seol dan Yein.

“Hei, kita tak habis lagilah kau nak pergi mana?” soal Yein.

“Balik!” jawab Hara ringkas dan dingin.

 Mereka kemudian melarikan pandangan pada lelaki pelik disebelah Dae Hyun. Apalah yang susah sangat untuk dia ucapkan salam perkenalan pada Hara. Kalaupun Hara bukanlah gadis pilihanya dia patut melayanya dengan baik. Jin Seol menggelengkan kepala, terasa seperti henda cabut saja mask yang menutup separuh dari wajahnya.  

“Hei! Pergilah kejar” kata Jung Kook.  

Dae Hyun pandang Jung Kook lalu dilarikan pada lelaki itu. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu berlari keluar dari situ. Dae Hyun dan Jung Kook hanya tersenyum melihat kawan mereka itu berlari mengejar Hara. Tadi, sombong tak nak cakap apa-apa sekarang biarlah sendiri selesaikan masalahnya bersama Hara. Mereka tidak mahu masuk campur kerana jodoh mereka sudah berada di depan mata.

“Kawan awak memang pelik ya? Siapa nama dia?” soal Yein.

“Sebenarnya…  dia bukan kawan kami” jawab Jung Kook.

“Apa?” sahut Jin Seol dan Yein serentak.

“Maknanya dia bukan dari universiti kita? Atau…” tanya Jin Seol pula. Dia menoleh ke luar. Lelaki itu dan Hara sudah hilang dari pandangan mereka.

“Sebenarnya dia etlit Bola Keranjang universiti kita. Tadi dia dan Seung Min datang jumpa kami. Seung Min minta lelaki tu ganti tempat Won Ho” jelas Jung Kook lagi.

“Won... Won Ho? Maksud awak Shin Won Ho?” tanya Jin Seol. Jelas dia terkejut bila tahu seorang lagi ialah lelaki kacak yang digilai ramai gadis.

 “Seung… Seung Min? Bae Seung Min?” celah Yein pula. Nama Seung Min benar-benar mengejutkan mereka.  

“Ya Bae Seung Min. Sekarang Won Ho ada dengan dia” jawab Dae Hyun. Nampaknya nama Seung Min lebih menarik minat mereka berbanding Won Ho.

Bulat mata Jin Seol dan Yein mendengar penjelasan daripada dua lelaki itu. Jika kawan mereka Won Ho ada bersama dengan Seung Min. Jadi, siapa lelaki yang datang bersama mereka? Sejak awal lagi lelaki itu seperti sudah menasarkan Hara bila dia terus saja duduk di hadapan Hara dan langsung tidak memandang Jin Seol dan Yein.

Keadaan iini menimbulkan rasa bimbang di hati Jin Seol. Bagaimana kalau lelaki itu adalah lelaki jahat yang selama ini sudah meletakkan sasaranya pada Hara. Tapi, bagaimana pula Seung Min boleh terlibat dengan lelaki itu. Mustahil bagi Seung Min yang begitu menyayangi Hara sanggup melakukan sesuatu yang buruk terhadap Hara. Dia tidak mungkin akan melakukan perkara seteruk itu.

“Jangan risau dia bukan orang jahat” kata seseorang yang tiba-tiba saja berada di situ.

“Bae Seung Min?” sahut Jin Seol dan Yein serentak. Kedatangan Seung Min bersama Won Ho benar-benar mengejutkan mereka. Seung Min mengambil tempat di sebelah Jin Seol. Manakala, Won Ho duduk di sebelah Dae Hyun. 

Kau buat apa dekat sini?” tanya Jin Seol.

“Siapa lelaki dengan Hara tu?” sambung Yein.

“Rahsia. Tapi, dia bukan orang jahat” tersenyum.

“Apa maksud kau bukan orang jahat? Macam mana kalau dia apa-apakan Hara? Kau akan bertanggungjawab? Huh?!” marah Yein. Lengan Seung Min dia tumbuk dengan kuat.

“Hei sakitlah!” marah Seung Min pula.

Seung Min kemudian berdiri. Tidak sanggup dia duduk lama-lama di situ bila ada mata yang memandang ke arahnya kerana duduk berhadapan dengan lelaki. Sebelum pergi sekali lagi dia jelaskan pada Yein dan Jin Seol supaya teruskan saja blind date mereka dan tidak perlulah risaukan Hara kerana dia bersama seorang yang baik.

“Hei! Bae Seung Min!” panggil Yein.

Seung Min tidak pedulikan mereka dan terus berjalan keluar dari kafe. Nampaknya lain yang dia rancang lain pula yang jadi. Keadaan pasti jadi teruk bila Hara mendapat tahu siapa lelaki itu. Silap-silap dia sendiri akan dibelasah oleh Hara kerana telah masuk campur urusan peribadinya. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku