TATKALA CINTA TERUJI
BAB 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Disember 2017
[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua membawa Azyah dan Fakrul kepada ikatan suami isteri dengan rela hati mereka. Azyah cuba untuk menerima apa yang berlaku segalanya dengan hati yang terbuka. Jelas sekali, perkahwinan ini mungking kelihatan bahagia di mata Azyah, namun tidak pada Fakrul. Hatinya tetap pada wanita lain, namun dia tidk sanggup melukakan hati isterinya. Segalanya cuba disembunyikan daripada pengetahuan isterinya. Apa yang terjadi sekali pun, Azyah tetap isterinya. Tahun demi tahun berlalu, perkahwinan ini mula tidak kelihatan ke mana lagi arah tujunya. Tiada khabar gembira yang mendampingi Azyah. Dia masih menanti kehadiran cahaya matanya bersama Fakrul. Tetapi, apabila berita yang menggembirakannya tiba, dia diuji dengan ujian yang cukup berat. Dan ujian itu membawa dia ke memori masa dahulu. Insan yang dia sayangi dulu muncul semula. Apakah yang dia akan lakukan? Adakah dia akan hanya tabah menghadapinya atau... membalas segala kekejaman ini? Follow Pena Putera: Facebook : Pena Putera Blogger: karyapenaputera.blogspot.com Wattpad: Pena_Putera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
317

Bacaan






"AZYAH... Bangun." Satu suara menyapa telinga Azyah perlahan. Dengan penuh malas, mata Azyah terbuka. Dalam pandangan yang kabur, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di matanya. Bila sudah jelas, barulah dia sedar susuk tubuh itu adalah suaminya. Dia mengeliat perlahan, cuba menyedari apa yang telah berlaku.

"Kenapa tidur dekat sini? Kalau mengantuk, tidur dalam bilik. Sakit badan tidur atas sofa." Fakrul membelai rambut isterinya yang baru bangun dari lena. Sungguh jelita isterinya kelihatan ketika ini.

"Azyah tertidur, ke?" Masih mamai lagi dibuatnya Azyah. Sampai tak sedar dia tertidur di sini menunggu Fakrul. Bila teringatkan itu, dia memandang Fakrul yang baru pulang. "Kenapa abang balik lambat hari ini? Lama Azyah tunggu."

"Banyak kerja tadi dekat pejabat. Azyah pun satu hal juga. Tak payahlah tunggu abang. Tak pasal-pasal tertidur atas sofa. Dah... Sekarang ini bangun, selepas itu pergi masuk bilik dan tidur," arah Fakrul mengiringi isterinya ke bilik tidur.

"Tapi, kita makan dululah. Abang mesti tak makan lagi, kan?"

"Tak payahlah risau tentang abang. Abang dah makan pun tadi."

Ketika ini, hati Azyah tersentap mendengarnya. Sakit hati pula tiba-tiba bila mendengar jawapan suaminya itu. Dia menoleh ke arah suaminya dengan pandangan penuh curiga.

"Abang dah makan? Abang makan dengan siapa?"

"Makan dengan client tadi. Itu sebab abang balik lambat."

"Tapi, hari ini Azyah ada masak special menu. Kita..." Tiba-tiba, kepala Azyah jadi pening. Berat kepala jadinya. Hampir saja dia mahu terjatuh namun mujurlah Fakrul sempat menyambutnya sebelum itu berlaku.

"Kenapa ini? Azyah okey, tak?" Perasaan risau mula menerjah Fakrul tatkala melihat wajah isterinya yang mula pucat.

"Entahlah. Kepala Azyah rasa pening."

"Kalau macam itu, Azyah pergi masuk bilik dan rehat. Nanti abang bawakan ubat." Tanpa berlengah masa, Fakrul mendukung isterinya sehingga ke dalam bilik. Kemudian, dia bergegas mencari panadol pula di dapur. Ketika melewati ruang makan, mata Fakrul tertarik melihat meja makan yang terhias cantik.

Tangannya membuka saji dan melihat hidangan di bawahnya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya kerana pulang lewat ke rumah dan membuatkan isteri tertunggu-tunggu. Patutlah boleh tertidur di atas sofa gara-gara menunggu kepulangannya.

Dalam masa yang sama, ada persoalan yang bermain di benak fikiran Fakrul. Hari ini ada sambutan apa-apakah? Kenapa dia tidak boleh mengingatnya? Atau mungkin Azyah sekadar melakukan ini untuk meluangkan masa bersama dengannya setelah banyak masa yang dia buang untuk bersama dengan isterinya belakangan ini.

Hatinya tersentuh dengan persiapan ini.

MATA Azyah terbuka perlahan-lahan. Dia terasa lebih segar setelah bangun daripada tidur yang sangat melenakan. Walaupun terasa segar, kepalanya sedikit pening tetapi tidaklah seteruk seperti semalam. Lama-lama, hilanglah pening itu nanti. Pandangan Azyah teralih ke arah sebelah, di ruang katil yang biasanya Fakrul tidur.

Aneh... Suaminya tiada di situ. Agaknya sudah bangun memandangkan hari di luar jendela kelihatan sudah cerah. Matahari pun sudah bersinar mahu memulakan hari yang baru. Dalam tidak sedar, baru Azyah terperasan sesuatu. Jam di dinding ditilik. Matanya terbeliak setelah menyedari perkara itu.

Aduh... Macam mana boleh terlepas solat subuh pula ini?

Kelam-kabut Azyah ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Selesai solat subuh yang terlewat dari waktunya, langkah Azyah menghala ke dapur pula. Jangan-jangan, suaminya sudah menunggu untuk sarapan di meja. Si isteri pula boleh tidur lena atas katil.

Sekali lagi terasa aneh apabila kelibat Fakrul turut tidak kelihatan di dapur mahu pun ruang makan. Lalu, mata Azyah tertarik dengan meja makan yang sudah kelihatan kemas semula tanpa macam-macam hiasan lagi.

Dia membuka saji dan di bawahnya terdapat sepinggan nasi goreng dan secawan susu. Terselit juga sekeping nota di bawah cawan. Azyah capai lalu membacanya dengan senyuman. Hatinya bagai digeletek membaca nota tulisan suaminya.

Breakfast for my little princess. Jangan lupa makan ubat kalau masih sakit kepala lagi. Dan pasal dinner semalam, maaf sebab abang dah rosakkannya. Kalau abang tahu, abang akan balik awal. Apa-apapun, abang sempat jamah. Memang sedap! Five stars!

-Your charming prince-

Hati Azyah tersentuh dengan nota itu. Dia mencuba sesudu nasi goreng masakan suaminya. Boleh tahanlah rasanya walaupun mungkin tidak dapat ditanding dengan makanan di restoran. Not bad for beginner. Haha.

Bukan mudah nak rasa air tangan encik suami yang asyik sibuk dengan kerja di luar sana. Oleh kerana itu, dia terasa sebak memikirkannya. Sudah lama dia tidak dapat merasai masakan suaminya. Perkara begini mungkin kelihatan kecil pada mata orang lain, sebaliknya Azyah merasai ini adalah sesuatu yang istimewa.

Mungkin sebab nak jadi 'ibu' ini, hati itu mudah sensitif.

Alamak! Baru Azyah teringat, dia tak beritahu lagi suaminya tentang berita kehamilannya. Kalau kepala tak pening semalam, mesti pelan dah berjalan lancar. Hurm... Agak-agaknya, bila masa yang sesuai nak beritahu?

Kalau beritahu macam itu saja, tak seronok pula. Nak buat romantic dinner lagi, malaslah pula. Badannya jadi penat walaupun baru sahaja memikirkannya.

Deringan daripada telefon rumah bergema sehingga ke ruang makan. Azyah lekas mendapatkannya kemudian menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam, mak cik."

Terkejut Azyah bila dipanggil mak cik tiba-tiba. Siapalah yang berani sangat panggil orang macam itu? Kalau dapat mulut manusia ini, mahu kena tonyoh cili dekat mulut.

"Siapa ini, eh? Sedap-sedap panggil saya mak cik?" tanya Azyah tegas. Kedengaran suara di hujung talian ketawa terbahak-bahak. Boleh pula gelak bila orang tengah serius. Jangan-jangan, panggilan dari hospital sakit jiwa. Takut pula jadinya.

"Mak cik marah, ke? Ini sayalah... Datin Irene dalam talian. Wassup, girl!"

Marah Azyah terus terpadam, diganti dengan senyuman dan ketawa kecil.

"Banyaklah kau, Irene. Nama kau itu Irina, jangan perasan mat saleh sangat boleh?"

"Nampaklah class sikit nama aku itu. Nama Melayu aku, Irina. But, I'm more prefer to be called with my english name, which call as Irene. I-R-E-N-E."

"Ewww... Geli-geliman aku dengar."

"Memanglah kau rasa geli-geliman. Mak cik mana yang tak rasa geli-geliman waktu macam ini."

"Malaslah aku nak cakap dengan orang macam kau ini. Memang kau bosan tahap gaban, ke sampai pagi-pagi ini telefon aku? Rajin pula kau telefon aku. Selalu chat dalam WhatsApp aje."

"Tak adalah rajin sangat nak telefon kau pagi-pagi ini. Orang cantik macam aku ini banyak lagi kerja nak kena buat. Aku telefon ini pun nak maklumkan kepada kau, hujung bulan ini kawan-kawan kita dari sekolah menengah dulu nak buat reunion."

Hakikatnya, Azyah dan Irina ini sudah lama berkawan. Sejak dari bangku sekolah lagi. Bila Azyah memikirkan semula, persahabatan mereka ini sangat bermakna buatnya. Bila dia mendengar ini, tidak sabar pula menanti hari untuk bertemu dengan kawan-kawan lamanya di bangku sekolah dulu.

"Macam mana kau tahu dia orang nak buat reunion?"

"Come on, ini zaman kereta pakai elektriklah. Aku jumpa kawan-kawan kita yang lama itu dekat Facebook. Dah jumpa itu, kita orang buat group WhatsApp pula. Nanti aku invite kau."

"Okey."

"Nanti kalau ada apa-apa masalah atau cadangan atau apa-apa nak cakap, kau boleh chat dalam group itu. Senang. Dahlah, aku kena buat kerja ini. Bertimbun kain tak basuh tunggu giliran masuk mesin basuh."

"Amboi, dah berapa hari tak basuh itu? Malas betul mak datin ini."

"Biasalah. Nama pun mak datin. Okeylah, aku letak dulu. Bye!"

Azyah kembali semula ke meja makan selepas itu untuk menjamu sarapan. Ada sesuatu yang mula terlintas di fikirannya. Kenangan lama mula mengusik memorinya. Hatinya jadi berdebar entah kenapa. Seharusnya dia lupakan semua yang telah berlalu itu kerana masa lepas tidak dapat dia bawa ke masa kini. Inilah takdir kehidupannya dan dia akan jalaninya.

KEPENATAN selepas menyusun stok-stok barangan runcit membuatkan Hidayah mahu pengsan saat ini. Memandangkan shift pagi tiada pekerja lelaki kerana pekerja tersebut cuti, jadi Hidayah dan rakan sekerjanya, Hani terpaksa melakukannya. Hidayah dan Hani mengambil keputusan untuk berehat.

"Aduh, penatnya angkat barang. Rasa nak tercabut lengan aku. Bahu pula sakit," keluh Hidayah apa yang dialaminya. Mereka mula merenggangkan badan untuk menghilangkan rasa sengal badan.

Tiba-tiba, mata Hani menangkap sesuatu di luar jendela.

"Weh, itu bukan ibu kau, ke?" Hani menunding jari kepada orang yang dimaksudkannya, Terbeliak mata Hidayah bila melihat ibunya di luar sana. Nampak macam mahu datang ke sini. Lekas-lekas dia bangun dan menuju ke kaunter. Kalau ibu tangkap dia sedang berehat, pasti kena bebel cukup-cukup.

Bagilah alasan apa-apa pun, tidak dapat meyakinkan ibunya. Bertuah sungguhlah jadi anak Puan Hamidah ini. Aduhai... Nasib badan.

"Ibu!" sapa Hidayah bersemangat. Tunjuk rajinlah kononnya.

"Amboi... Bukan main gembira ibu tengok? Tak penat, ke kerja?" soal Puan Hamidah menghampiri anaknya di kaunter pembayaran.

"Penat itu mestilah. Cuma, bila nampak muka ibu yang sangat lovely ini, semangat Hidayah terus mencanak-canak naik!"

Hani di sebelah, hampir sahaja pecah ketawa. Hidayah menyiku perlahan tangan temannya bila perasan Hani hampir sahaja memecahkan rahsia mereka.

"Bagus, bagus... Ibu ingat kamu curi tulang tadi."

"Ibu datang ini, kenapa? Nak beli apa-apa, ke? Biar Hidayah pergi ambilkan."

"Tak payahlah rajin sangat. Selalu dekat rumah, bukannya rajin nak buat kerja. Dekat sini, pandai pula nak berlakon."

Cis, sempat pula dia dikenakan. Mencebik mulut Hidayah, tidak puas hati.

"Tak payahlah nak tunjuk muka hodoh itu. Ibu datang sini sebab nak beritahu kamu. Alang-alang tadi keluar pergi pasar, nak singgah datang jumpa kamu. Boleh juga tengok kamu tengah bekerja. Kalau betul-betul kerjalah."

"Ceh! Orang kerja betul-betullah. Boleh pula ingat bukan-bukan. Apa yang ibu nak beritahu ini?" Hidayah mula ingin tahu.

"Hari ini balik awal. Malam ini, kita ada tetamu nak datang. Kamu jangan tak ada pula."

"Penting sangat, ke?"

"Mestilah penting. Sebarang alasan ibu tak akan terima. Ini muktamad dan kamu perlu buat."

"Yalah, nanti Hidayah minta balik awal. Tapi, tak jamin kalau pengurus bagi."

"Apa-apalah... Nanti jumpa kamu balik nanti. Ingat, sebelum maghrib mesti dah sampai rumah."

"Baik, mem!"

Usai itu, Puan Hamidah beredar pergi. Hidayah meniru semula aksi ibunya yang membebel tadi. Pecah ketawa Hani yang ditahan sejak tadi. Lucu melihat mimik wajah Hidayah yang menggeletek hatinya.

"Kecoh betullah ibu aku itu. Suka-suka hati dia aje suruh aku balik awal. Dia ingat aku tauke kedai ini agaknya?" rungut Hidayah. Bukannya dia tidak mahu pulang awal, tetapi kalau dia balik maknanya Hani kena buat kerja seorang diri. Sudahlah lagi seorang pekerja tak datang.

"Kau balik ajelah. Ibu kau ada cakap tadi, ada tetamu penting nak datang. Mestilah ibu kau nak kau ada di rumah untuk menyambut tetamu penting itu."

"Tapi, kau okey tak jaga kedai seorang diri ini?"

"Alaaa... Nanti aku call budak shift malam suruh jaga awal sikit."

"Aku risaulah nanti kena tangkap dengan pengurus. Mahu kena buang kerja aku. Tak mahulah aku melepak di rumah aje. At least, cuti sem ini biarlah aku cari duit poket sikit."

"Jangan risau. Nanti aku belanja dia nasi goreng, mulut dia tutuplah nanti."

"Kau cuba merasuah, eh? Report dekat SPRM."

"Aku dah tolong kau, kau nak sumbat aku dalam pula. Tak kenang budi."

Hidayah tergelak kecil namun dalam masa yang sama, dia berfikir siapakah tetamu penting yang dimaksudkan ibunya tadi. Penting sangatkah sampai dia pun kena ada sama? Saudara dari jauh mungkin? Siapalah agaknya?

Misterinya mengalahkan misteri nusantara.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG1 | PROLOG2 | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | Bab 8 | BAB 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku