TATKALA CINTA TERUJI
BAB 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 Disember 2017
[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua membawa Azyah dan Fakrul kepada ikatan suami isteri dengan rela hati mereka. Azyah cuba untuk menerima apa yang berlaku segalanya dengan hati yang terbuka. Jelas sekali, perkahwinan ini mungking kelihatan bahagia di mata Azyah, namun tidak pada Fakrul. Hatinya tetap pada wanita lain, namun dia tidk sanggup melukakan hati isterinya. Segalanya cuba disembunyikan daripada pengetahuan isterinya. Apa yang terjadi sekali pun, Azyah tetap isterinya. Tahun demi tahun berlalu, perkahwinan ini mula tidak kelihatan ke mana lagi arah tujunya. Tiada khabar gembira yang mendampingi Azyah. Dia masih menanti kehadiran cahaya matanya bersama Fakrul. Tetapi, apabila berita yang menggembirakannya tiba, dia diuji dengan ujian yang cukup berat. Dan ujian itu membawa dia ke memori masa dahulu. Insan yang dia sayangi dulu muncul semula. Apakah yang dia akan lakukan? Adakah dia akan hanya tabah menghadapinya atau... membalas segala kekejaman ini? Follow Pena Putera: Facebook : Pena Putera Blogger: karyapenaputera.blogspot.com Wattpad: Pena_Putera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
285

Bacaan






"DAYAH, apa kata lepas habis kerja ini kita pergi jalan-jalan dekat uptown. Nak tak?" cadang Hani sewaktu dia dan Hidayah sedang mengemas kedai. Hani menyapu lantai manakala Hidayah menyusun barang jualan. Berubah terus wajah Hidayah menjadi lebih ceria dan bersemangat tiba-tiba.

"Pantang diajak, memang aku ikut aje. Dah lama rasanya tak jalan-jalan di sana. Rindu pula rasanya bila mengenangkan memori lama." Hidayah bersetuju dengan cadangan Hani. Sudah lama dia tidak jejakkan kaki di sana.

"Amboi... Macam dah berabad tak pergi."

"Biasalah. Syurga dunia bagi perempuan kut." Hidayah menyambung kerjanya menyusun barang.

"Tapi itulah, kalaulah ada yang sudi jadi bodyguard kita sewaktu jalan-jalan di sana, mesti rasa lebih selamat dan seronok. Siapalah yang agaknya boleh jadi bodyguard kita itu?" ujar Hani, secara tidak langsung cuba beri maksud tersirat di sebalik ayatnya.

Hidayah mencebikkan wajahnya bila dapat tangkah masuk sebenar ayat tersebut.

"Apa ini? Tiba-tiba nak pergi sana-sini kena ada bodyguard pula? Tak pernah pula sebelum ini sebut pasal bodyguard segala bagai. Jangan nak berangan, okey?"

"Alaaa... Apa salahnya. Bukankah mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia itu adalah sifat yang mulia? Bukan begitukah, sahabatku?"

Hidayah tersengih. "Kau dah gila, ke apa? Tiba-tiba pula rajin nak bercerita pasal hubungan silaturrahim bagai. Kalau kau perlukan panadol, ambil dekat depan itu. Jangan lupa bayar. Ini bukan kedai mak bapak kau."

"Kau ini, tak sporting la! Apa salahnya kalau kau ajak abang kau pergi sekali dengan kita. Barulah rasa aman sikit ada seorang lelaki temankan kita. Tak adalah lelaki-lelaki nakal cuba kacau kita nanti. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebelum apa-apa jadi, baik kita bersiap-siap."

"Huh! Aku dah agak. Inilah niat sebenar kau ajak aku, kan? Dasar musang licik." Hidayah terus berlalu ke kaunter pembayaran. Hani turut mengikuti.

"Aku memang betul-betul nak ajak kau pergi. Cuma, aku beri cadangan ajelah bawa abang kau sama. Bolehlah aku kenal abang kau, abang kau kenal aku." Hani mula tersipu-sipu malu tanpa sebab. Hidayah memandang pelik kelakuan temannya.

"Belum apa-apa, dah tergedik-gedik macam ini. Miang betul!" komen Hidayah. Dia malas mahu ambil endah dan mula bertugas menjaga kaunter. Pada masa itu, seorang lelaki muncul di depan kaunter.

"Boleh saya minta tolong tak?" Lelaki itu bertanya.

"Apa yang boleh saya tolong?" Hidayah cuba menawarkan pertolongan kepada lelaki itu. Dia pandang sekilas lelaki itu atas bawah. Pakaian macam... Selebeh semacam. Baju besar dan lusuh, seluar jeans koyak berlubang dan wajah yang tidak terurus. Lain macam aje.

"Cik yakin ke boleh tolong saya?"

"Encik sebenarnya nak saya tolong apa, ya?"

"Ini chewing gum, ke?"

Hidayah terkedu, tidak mampu berkata apa-apa. Lelaki itu sudah ketawa terbahak-bahak macam orang gila setelah menunjukkan kepada Hidayah sepaket kondom di tangannya. Hani yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka, turut terkejut perbuatan lelaki itu.

"Cik tahu tak ini apa? Alaaa... Cik tak payah pura-pura tak tahu. Entah-entah, cik dah pernah merasa!" Ketawa lelaki itu semakin kuat. Wajah Hidayah merah padam bila mendengar kata-kata berbaur unsur lucah itu. Rasa seperti maruahnya dipijak-pijak.

"Maaf encik... Saya tak berniat nak kurang ajar, tapi tolong hormat saya. Kalau encik nak buat perangai tak senonoh, sila keluar dari kedai ini," tegur Hidayah yang masih cuba berlembut walaupun amarahnya sudah memuncak. Apalah nasib dia jumpa orang gila hari ini.

"Ah, dasar perempuan murahan! Kau ingat aku tak tahu kau dengan perempuan lain semua sama? Hanya cintakan lelaki yang ada duit dan kuasa. Sampai sanggup gadaikan maruah diri. Dasar perempuan bodoh!"

Tangan lelaki itu hampir melayang ke pipi Hidayah, namun berjaya ditepis seseorang. Hidayah yang ketakutan, cuba memandang pemilik tangan yang menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa tamparan lelaki gila itu.

"Apa ini, lepaslah!" ronta lelaki itu, cuba melepaskan tangannya dari genggaman.

"Hurm, patutkah saya lepaskan atau..." Lelaki yang menyelamatkan Hidayah itu terus membelit tangan lelaki gila tadi sehingga mengalir air mata lelaki gila tersebut menahan sakit.

"Tolong lepaskan saya. Jangan sakiti saya. Saya janji, saya tak akan buat lagi." Lelaki gila itu merayu minta dilepaskan. Wajahnya meraih simpati Hidayah sehingga hilang rasa marahnya tadi.

"Kenapa pula saya nak lepaskan? You deserve more than this." Makin kuat lelaki itu membelit tangan lelaki gila tersebut. Semakin sakit rasanya.

"Dahlah itu, encik. Lepaskan aje dia. Kasihan dia." Hidayah meminta. Akhirnya, lelaki itu mengalah dan tidak sampai sesaat, lelaki gila tadi terus lari dan lesapkan diri. Nampak ketakutan benar dia ketika dilepaskan.

"Tak pasal-pasal saya dah lepaskan seorang lagi manusia yang tak sepatutnya hidup bebas di luar sana. Kenapa awak minta saya lepaskan dia pula?"

"Biarlah, encik. Mungkin, dia ada masalah mental. Kita tak boleh salahkan dia seratus peratus. Siapa tahu, bukan dia nak buat semua ini pun." Hidayah cuba berfikir positif. Tipulah dia tidak marah, tapi bila lihat keadaan lelaki itu tadi, matanya seolah-olah mengesan sesuatu dari anak mata lelaki tadi.

"Saya tak suka orang yang terlalu baik hati. Macam watak pratoganis sinetron. Sentiasa mengalah dan tunggu keajaiban. Really annoying."

Amboi, kerek betul lelaki ini. Hidayah rasa geram pula dengan lelaki yang menyelematkan dia tadi. Nak tunjuk hebat dialah itu? Sabarlah, Hidayah. Kau tahan ajelah telinga itu.

"Tak apalah jadi macam watak pratoganis sinteron pun. Janji, jangan jadi macam watak antagonis sudah. Sebab yang selalunya, hujung cerita watak pratoganis akan hidup bahagia."

Lelaki itu mengeluh sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Awak tahu tak, tadi itu adalah salah satu gangguan seksual? Awak tak kesah, ke?"

"Tentulah saya kisah. Melibatkan maruah saya kut. Tak akan saya nak diamkan diri aje."

Sepi antara mereka seketika. Tiada siapa berkata lagi. Lelaki itu letakkan setin minuman di atas meja kaunter untuk pembelian. Selesai proses pembelian, Hidayah memandang lelaki itu semula. Wajahnya nampak tegang dan serius. Seram betul nak tengok muka lelaki ini.

"Terima kasih encik sebab sudi tolong saya tadi. Saya betul-betul hargainya."

"Lain kali, ingat. Hati-hati. Sekarang ini macam-macam boleh jadi."

Hidayah mengangguk faham. Sejurus lelaki itu melangkah pergi dari kedai, Hani mendekati Hidayah lalu menampar perlahan lengan temannya.

"Kau okey tak?" tanya Hani.

"Aku okey aje."

"Nasib baik ada orang tolong kau. Takut betul aku kalau lelaki gila tadi itu cuba apa-apakan kau."

"Itulah. Mujur ada orang tolong. Kalau tak, memang habislah aku."

Setelah itu, mereka sambung bekerja seperti biasa kembali. Namun, Hidayah masih tetap trauma dengan kejadian tadi. Ini bukan kali dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Dia bersyukur sangat kerana ada yang menolongnya tadi.

DI kafe, Azyah sedang menunggu kehadiran seseorang yang dinantikannya. Hari ini, dia ada kerja yang mahu dilakukan. Cuma, dia perlukan bantuan seseorang yang mahir dalam bidang ini untuk membantunya mencari apa yang perlu dia cari.

"Maaf saya lambat, puan. Saya baru lepas balik jumpa client lain tadi. Ada banyak benda nak kena bincang," kata seorang lelaki bertubuh tinggi dan memakai spek mata. Macam gaya budak skema.

"Tak apa. Saya faham. Boleh kita mulakan sekarang?"

"Boleh, puan. Apa yang puan nak saya siasat."

"Permintaan saya ini mungkin tak berapa jelas, tapi ada sesuatu yang meragukan saya. Sebenarnya, saya syak suami saya main kayu tiga di belakang saya. Awak boleh tak dapatkan kepastian tentang itu?" tutur Azyah.

"Kes affair la ni? Saya memang banyak dapat request macam puan, tapi boleh saya tahu apa yang menyebabkan puan fikir suami puan curang dengan puan?"

"Boleh tak kalau saya cakap, ianya instinct?" Azyah ketawa perlahan. Rasa macam kelakar jawapan yang diberikannya. "Macam tak logik, kan?"

"Puan, apa yang kita fikir tak logik itu sebenarnya kita cuba manipulasi diri kita untuk fikir ianya tak logik. Kita mungkin tak boleh percayakan naluri kita, tetapi kadang-kala Allah nak beri petunjuk, Dia beri melalui naluri."

"Macam itu, ke?" Azyah terdiam semula. Makan dalam juga kata-kata yang diucapkan itu. Mungkinkah benar nalurinya ini? Dia rasa gusar memikirkannya.

"Kalau puan tak nak teruskan deal ini, saya tak kesah. Tapi, kalau puan nak teruskan juga, saya minta satu dengan puan."

"Apa dia?" tanya Azyah ingin tahu apa yang diminta.

"Cekalkan hati bila keputusan yang puan terima tak sama seperti yang puan harapkan."

Diam lagi. Berkali-kali Azyah berfikir untuk membuat keputusan sebelum dia memberikan kata putus. Belum lagi memulakan penyiasatan, dia sudah merasa berat hati untuk meneruskan semua ini.

Mungkin ada lebih baiknya dia tidak ambil tahu daripada dia tahu realiti yang sebenar dan lebih menyakitkan hatinya.

Tangannya mengusap-usap perut yang masih kempis, namun ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya. Andai kata apa yang dia tidak jangka itu akan terjadi, bolehkan dia menerimanya dan terus menjalani kehidupan seperti biasa?

Tapi, hati isteri mana yang boleh bersabar dan cuba bertahan bila benda yang tak diingini terjadi?

"Puan, jadi apa keputusannya? Kalau puan perlukan lagi beberapa hari untuk fikirkan semula, saya boleh pertimbangkan. Selagi puan belum bersedia, saya tak akan mulakan apa-apa."

"Tak, saya akan teruskan."

"Puan yakin?"

Azyah mengangguk.

"Tapi, puan kena berjanji yang puan berani ambil risiko apa sahaja yang terjadi sekiranya saya telah berikan jawapan untuk soalan puan. Boleh?"

Azyah angguk kepala sekali lagi. Dia sudah tekad.

Bukankah hidup ini tak semestinya indah selalu?




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG1 | PROLOG2 | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | Bab 8 | BAB 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku