Menggilap Gerhana
Bab 4
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
282

Bacaan






Min teringat kembali situasi bilamana dia membuka pintu sepulang dari kerja, dan ibu, duduk tenang di ruang tamu rumah sambil tersenyum menantinya.

 

Ada tetamu kah? Jasmin bersoal di dalam hati. Jarang mereka menerima tetamu selama ini. Jarang juga ibu duduk-duduk sahaja di ruang tamu seperti itu.

 

Penuh rasa hairan, Jasmin mencuri pandang ke arah dua cawan air di atas meja tamu. Cuba meneka siapakah yang berziarah lewat petang sebegitu. Menambah kehairanan tatkala Ibu yang duduk menyambutnya turut tersenyum berterusan. Perlahan dia menghampiri ibunya dan mengucup tangan. Rutin.

 

Namun senyum ibu petang itu sememang lain macam benar. Berbeza dan penuh rasa ….hmm semacam.

 

“Ada perkara ibu nak bincang…,” Kata ibu dengan senyuman penuh makna.

 

Automatik dahi Min berkerut mendengar perkataan itu.

 

“Bincang?”

 

Sungguh mereka tidak pernah ada proses ‘bincang’ seperti ini. Kalau ibu nak beritahu atau minta pendapatnya, bukan dengan mula ayat seperti – ‘ada perkara ibu nak bincang….’

 

Heh! Pelik sungguh.

 

Dia ingat lagi bagaimana jam tangannya dikerling berkali-kali, mahu ingin bersiap segera untuk keluar dengan Tina malam itu. Masih di ingat juga jam di dinding yang diulang lihat. Dia benar-benar mahu cepat, tetapi, ibu.......

 

Min kekal ingat senyuman ibunya.


Dia bayangkan untuk segera menyiapkan makan malam untuk ibu sebaik sahaja sampai dirumah, seterusnya bersiap untuk keluar sebentar. Tetapi ibu sudah mengunjuk nasi ayam Hainan kegemaran yang sudah siap dibeli. Menambah kerut di dahi Min saat itu.

 

“Min nak keluar malam ni?” Soalan ibu, membuatkan dia kembali menyentuh, menggenggami jemari dan memandang tepat kewajah ibunya. Kenapa ibu ni?

 

Min angguk. Dia dapat merasakan sesuatu yang berlainan. Senyuman ibu itu... hmm...membuatkan hatinya mula berdetap-detup.

 

“Min, sampai bila nak sendiri macam ni?” kala ibum engeluarkan kata-kata, jantungnya bagai dijentik-jentik. Tetapi Min cuba memujuk hati kerana mungkin ia sekadar persoalan biasa yang terdetik di hati ibu.

 

“kenapa ni? Peliknya ibu hari ni…,” Dahi Min terkerut spontan.

 

Persoalan itu dibalas tawa kecil dari ibu…kemudian ibu berkata....

 

“ada orang datang jumpa ibu, mohon izin untuk bersama Min...”

 

Min ingat juga bagaimana matanya di beliak bersungguh. What? Seriously? Adakah Izha??? No!!

 

Ibu pantas memotong sangkaan nya ... “bukan Izha....Insyallah lebih baik,”

 

Ibu seakan-akan dapat membaca semua isi hatinya. Segala apa persoalan di dalam jiwanya, dijawab melalui kata-kata yang ditutur perlahan dan tenang, membuatkan perasaan yang bergelombang ini surut seketika.

 

“dia dah tinggalkan cincin untuk Min, ibu suka dia. Dia jujur dan berterus-terang. Bersungguh-sungguh dan nampak ikhlas…,”

 

Amboi. Mamat mana lah yang dah tackle ibu ni? Perasaannya kembali berombak tinggi. Menggila ribut jiwa ini datang.

 

Dia macam tak percaya langsung ibunya boleh terpengaruh dengan kata-kata manis seorang lelaki yang entah dari celah dunia mana. Bila Min cuba persoalkan samada ibu mengenali atau tidak..., ibu jawab...

 

“kenal, tapi tak rapat. Tahu, tapi tak mendalam,”

 

Bila ibu berpuitis indah, bermakna ibunya menyukai sesuatu dengan sepenuh jiwa. Ibu tidak begini sewaktu dia perkenalkan Izha.

 

Waktu itu Min mula diselubungi rasa bimbang, gusar, risau dan gelisah. Senyum di wajah ibu sedikit pun tidak lekang, telapak tangannya ibu usap penuh kasih sayang. Pandangan ibu, penuh dengan perasaan yang meminta.

 

Wajah ibu itu tidak mungkin dilupa seumur hidup. Wajah penuh harapan.

 

Siapalah agaknya mamat yang berjaya yakinkan ibu? Min berteka-teki. Siapa je lelaki yang ibu kenal? Anak-anak kawannya kah?

 

“anak kawan ibu yang mana satu ni?” Min soal serkap jarang.

 

Ibu menepuk-nepuk telapak tangannya, kemudian usap lembut. Tepuk lagi. Usap. Min ada rasa nak gelak sebab ibu kelihatan sangat berlainan. Senyum ibu tu macam ibu tengah seronok benar.

 

"...Danny...,"

 

Bila ibu sebut nama lelaki itu, Min seakan rasa rahangnya jatuh ke lantai. Min telan air liur seketika sebelum menyoal lagi untuk kepastian.

 

“Danny? Danny mana pulak ni?” Min bertanya laju walaupun sebenarnya dia seakan sudah menangkap siapa yang dimaksudkan ibu.

 

Ibu tertawa kecil. Ibu mengusap wajah Min perlahan,sekali lagi melurut-lurut jemarinya.

 

Eh! Ibu ni… Hati Min semakin berdegupan kuat macam enjin lori balak.

 

“Hadani bin Hashim,” Ibu sebut sebutir-sebutir. Sehabis jelas untuk Min dengar. Sungguh jelas sehingga Min rasa nafasnya terhenti.

 

“Ibu bergurau eh?” soal Min dalam kesekatan airliurnya di kerongkong. Mujur suaranya masih jelas keluar.

 

Ibu geleng. Melurut tapak tangannya lagi dan dari sisi kiri, ibu ambil sesuatu. Kotak kecil berbentuk segi 4 yang berwarna gelap diletakkan di atas telapak tangannya. Ibu tidak membuka kotak itu, tetapi bersuara perlahan dan tenang…

 

Min tiba-tiba rasa nak menjerit, tetapi lidahnya kelu secara tiba-tiba. Paralyzed kah aku?

 

“Ini dari Danny…,” Ibu mengusap jemarinya lagi kemudian wajahnya. Senyum dan terus senyum.

 

Min ingat bagaimana dahinya terkerut secara terus-terusan.

 

“ini ibaratnya bertunang, tapi kalau Min nak cincin lain, nak buat majlis macam biasa, Danny akan menyusul hantar kemudian, tiada masalah…,” Ibu terus tenang, tidak langsung memperdulikan Min yang kekagetan.

 

"Danny??! Adik Izha?!!! Adik ipar Min??!!" Min hampir mencampakkan kotak cincin yang diatas telapak tangan. Genggaman ibu pantas menghalang dari kotak kecil itu terlepas.

 

“… itu dulu kan Min…,” Ibu terus-menerus mengusap wajahnya lantas merangkul lengannya dengan tangan lagi sebelah, sambil mengalun kata-kata pujukan. Hatinya berantakan mendengar kata-kata ibu yang bagai menusuki tajam ke gegendang telinga.

 

Min tidak lupa bagaimana dia kehilangan kata-kata.

 

Danny GILA!!! Budak lelaki itu lupa aku adalah KAKAK IPAR nya! Mungkin ini idea gila Izha? Aku kakak ipar lah, kakak ipar!!! Kalau tahu haritu lagi dia dah sekeh-sekeh kepala budak muda itu.

 

Kata-kata pujukan ibu terus menguasainya. Min berusaha hendak menongkah, tapi dia akhirnya akur dan tunduk diam menerima kata-kata ibu…  Tentang berpasangan, tentang rezeki, ajal dan jodoh. Ibu kata Danny berbeza.

 

Hati Min membentak terus menerus, berlanjutan walaupun setelah ibu tinggalkan dia dengan kotak kecil itu. Entah mengapa Min terpaku lagi-lagibila jemarinya ditaup ibu.

 

Min tak faham apa yang berlainan tentang Danny. Nafas Min turun naik menahan perasaan manakala fikirannya mula berkecamuk.

 

Bergelut!

 

Ibu yang sebenarnya tak faham apa masalahnya dengan Danny.

 

He is away YOUNGER!!!! Abang dia yang ala-ala dewasa pun tak tentu arah!! Izha 4 tahun lebih tua dari Min pun tak semenggah. Inikan pulak Danny?

 

Eeeeee....Berani pulak datang sini jumpa ibu. Adoii!! Apa kena budak ni?

 

Ibu tak berhenti berbicara sepanjang waktu itu, ibu kata dia risau Min berseorangan kesana sini.

 

Min hanya mampu bersoal-jawab di dalam hati. Tidak terkeluar sepatah kata pun. Membisu adalah lebih baik. Min lupa bagaimana akhirnya dia naik ke bilik sambil membawa sekali bekas cincin itu yang masih digenggaman.

 

Yang dia ingat, dia sudah pun berada di bilik terbaring merenung siling. Turut tidak lupa akan perasaannya apabila bunyi text masuk tak berapa lama kemudian...

 

-I ikhlas Min- Hadani-

 

Hairan kan? Tepat pada waktunya.

 

Lamunan terhenti seketika. Segala peristiwa semalam itu seakan terletak di butang pause.


Segera Min scroll handphone. Ya. Text itu masih ada. Dia bukan bermimpi. Dia tidak berkemahuan untuk save nombor tersebut. Block terus mungkin! Gara-gara kisah semalam, hari ini di pejabat,dirinya dipenuhi aktiviti mengelamun.

 

Hish!

 

Min turut ingat bagaimana hangouts malam tadi tidak memberikan keceriaan. Tidur malamnya turut tidak lena… dan hasilnya pagi tadi, Min seakan zombie. Kepala pusing dengan mengelamun seperti ini berulangkali.

 

Peristiwa semalam berputar-putar kembali macam video rakaman. Entah bila butang pause akan ditekan lagi. Ayat ibu turut teriang-iang berulangan.

 

Pause button is vanished.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku