Menggilap Gerhana
Bab 5
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
217

Bacaan






Seminggu berlalu.

 

Tiada perkhabaran terbaru dari Danny. Min sendiri tidak membalas text tempoh hari, maka, memang padan juga tiada text baru yang masuk. Namun, ibu masih tidak henti-henti memujuknya agar memberi peluang.

 

“Beri peluang Min…,”

 

Berhari-hari Min tidak tidur lena, berhari-hari juga siang harinya bergantung dengan kafein. Strong one! 


Perlukah peluang itu? Bukan kah itu akan menyebabkan Min sengsara. Berkahwin dengan cinta pun Min sengsara, bagaimana pula dengan keadaan tanpa cinta?

 

Bagaimana? Buntu nyaaaaaaaaa…!

 

Ibu oh ibu! Bila ibu terlalu suka inilah masalahnya.Tidakkah ibu fikir bahawasanya Danny itu terlalu muda? Tidak secocok? Mustahil?

 

Jiwa Min tidak putus dengan pemberontakan. Tiada sekelumit di dalam hatinya yang bersedia untuk menerima lelaki ini. Segala alasan ibu, pujukan ibu, masih tidak lekat di benaknya. Akalnya sedang berterusan mencari alasan dan jalan keluar untuk semua ini.

 

Ini semua tidak masuk akal! Merepek!

 

Text baru tiba-tiba masuk malam itu;

 

-Beri I peluang- Hadani

 

Dah cukup lega bila tidak lagi dapat text tapi ni …pulak! Peluang lagi. Balik-balik peluang.

 

-Dah habis fikir?- Min hantar semula soalan.

 

-I ikhlas- Hadani

 

Aduhaiiii. Handphone dicampak ketepi.

 

Sudahlah! I don’t need this issue at the moment. 


Apalah yang boleh dijamin dengan keikhlasan? Cakap senang lah. Diri yang menanggung ni? Serupa kahwin paksa ni tau. Sebelum jadi gila, Min rasa lebih baik dia bertenang dan tidak melayan semua ini buat masa sekarang.

 

Text yang masuk kemudiannya sudah tidak diendahkan.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku