Menggilap Gerhana
Bab 8
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
238

Bacaan






Min secara tak sengaja telah bertemu Melati sepupu Izha dan Danny, di kedai makan semasa lunch time. Sengaja, untuk menghilang semak di dada, Min menurut rakan-rakan sepejabat sementelah dia memang sudah lama tidak lepak bersama.

 

Min dan Melati memang agak rapat kerana usia yang sebaya. Melati antara ahli keluarga yang turut menyebelahi Min semasa proses bicara berlangsung dahulu. Melati juga antara ahli keluarga yang selalu mengkritik Izha. Perangai lepas mulut Melati menyebabkan hubungan antara Melati dan Izha sentiasa tegang.

 

Bertemu Melati menceriakan hati Min, mendamaikan segala yang gundah gulana. Bermacam perkara di kongsi dalam masa yang pendek itu. Cumanya, Min tidak ada tekak nak bercerita secara terperinci akan perkara-perkara yang berlaku keatas dirinya. 


Tentu sekali tidak tentang Danny!

 

No way.

 

Melati rupanya bakal melangsungkan perkahwinan dan bersungguh-sungguh menjemput agar Min hadir, sekaligus menyediakan penginapan dan pengangkutan untuk Min. Majlis itu akan berlangsung di salah sebuah pulau tercantik di semenanjung. Seakan tiada daya untuk Min mengelak, dan Tina, adalah calon terbaik sebagai peneman. Dia sedang memikirkan kemungkinan sekiranya terserempak dengan Izha…..hmm...atau Danny?

 

Ah. Persetan!

 

Tiada berita dari Danny sejak jambangan hadiah itu.Min rasa sedikit lega. Puas lah hati kau Danny.

 

Min dah penat berfikir.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku