Menggilap Gerhana
Bab 9
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
222

Bacaan






Pemergian Min ke pulau itu dipenuhi dengan perasaanyang berbaur.

 

Pertama, seronok kerana akhirnya Melati bakal menjadi isteri orang, kerana semua orang membayangkan yang Melati tidak mahu kahwin langsung. Kedua, resah kerana tidak pasti apa yang dia bakal hadapi terutama melibatkan Izha dan Danny. Ketiga, panik kerana mungkin kedua beradik itu ada bersama. Keempat, sangat pelik…. kerana berada dalam lingkungan keluarga bekas suami.

 

Kalau orang lain mungkin akan menolak jemputan ini mentah-mentah!

 

Rezeki kau lah Melati!

 

Min dan Tina tiba awal pagi pada hari majlis. Setiba di jeti tengahari itu, orang pertama yang ditemui ialah Izha.

 

Min rasa senyum mesra dan manis dari Izha itu 100% kepura-puraan. Hipokrit dan sarkastik. Sambutan dan huluran yang diberikan sewaktu mereka berpapasan Min tidak endahkan... 

 

Mungkin memang Izha cuma mau tengok bagaimana keadaannya selepas bercerai, tetapi percayalah, Min tidak ada perasaan nak update atau beritahu apa-apa. Jikalau sedang derita pun Min tidak akan tunjukkan pada orang yang tak berkenaan. Terutama sekali kepada Izha. Min bukan wanita yang akan terpeleot menangisi nasib dicerai suami.

 

Tina yang banyak melakukan bicara. Berbasa-basi dan berlaku sopan. Itulah sebabnya kenapa Tina yang diajak datang, kerana Tina juga bermulut manis, dalam apa jua keadaan. Queen of diplomasi!.

 

Manakala Min, terus melangkah ke arah buggy car comel yang tersedia. Mengelak bicara.

Pertama kerana; Awak tiada kena mengena dengan diri saya sekarang Izha Farish.

Kedua ; …dengan hati yang tiada kerelaan, aku sudah bertunang dengan adikmu.

 

Oh, Hampir terlupa yang aku sudah menjadi tunangan orang.

 

Bala apa akan menyusul dia tidak mau fikir, dia cuma berharap keadaan baik sepanjang dia berada di situ, kalau mau taufan-biarkan lepas dia balik ke tanah besar. Supaya karamnya pulau ini tidak melibatkan dirinya. Wow.

 

Sadis kan?

 

Eh, atas dasar apa yang dia fikir akan ada taufan besar? Perasan sendiri. Entah-entah dua beradik tu ada rancangan dan dia jadi mangsa permainan mereka yang bakal memalukan dirinya. Silap-silap dia jugayang akan karam sendirian.

 

Dia perlu berhati-hati.

 

Mereka ditempatkan di dalam banglo yang sama. Keluarga Izha beserta beberapa famili makcik dan pakcik mereka. Semestinya termasuk mama-sang mentua. Min dapat bilik atas yang paling hujung, bermakna dia jauh dari semua orang.

 

Berkongsi ruang tamu dan ruang laluan yang sama? Bukan masalah. Min boleh berkurung sepanjang masa di dalam bilik dan boleh keluar bila dia rasa semua orang penat dan telah pun masuk ke bilik masing-masing.

 

Mama ternyata sangat seronok melihat kehadirannya.Tatkala terserempak awal tadi, mama peluk Min erat dan diusap-usap tangan bekas menantunya ini, macam tak mau berpisah. Macam rindu sangat. Dulu pun memang dia sayang mama, sekarang pun dia masih sayang.

 

Dia masih tak pasti samada keluarga itu sudah tau perihal dirinya dan Danny, kerana segala proses pertunangan segera yang berlaku hanyalah antara Danny dan ibunya. Tiada orang lain terlibat. Setakat pukul 6petang, Danny masih tidak kelihatan.

 

Majlis berlangsung selepas Isya’. Ekslusif dan terhad, sesuai dengan taraf keluarga mempelai yang VVIP. Semua hadirin kelihatan tenang, setenang bayu menghembus dari tepian pantai dimana majlis berlangsung. Dewan terbuka yang agak luas terhias dengan chandelier bergayutan dan langsir polos nipis mengindahcantikkan lagi suasana.

 

Duduk berdua bersama Tina, hampir tiada perbualan.

 

Tina sibuk bermain handphone, membiarkan Min mengelamun sendirian. Bayu bertiup galak membuai rambutnya yang lepas. Sesekali dia menoleh kearah gelak tawa yang pecah di hujung sebelah sana. Pakcik makcik yang sedia dikenali bersenda gurau sesama mereka….  Entah mengapa Min cuba untuk elak diri berada di dalam lingkungan mereka. Mungkin kerana Izha turut berada di sana? Atau…kini mereka sudah tidak kena mengena?

 

…tanpa menyedari; entah sudah berapa lama; tersandar di satu sudut - Danny, memandang ke arahnya. Dengan secawan kopi ditangan yang kemudian dihirup perlahan... dan senyuman yang sederhana. Mata itu sentiasa tajam memandangnya, memerhati. 

 

Ah, persetan!

 

Danny seingat Min memang jarang sangat muncul disebarang majlis keluarga terutama yang macam ini..ada saja alasan untuk melepaskan diri, sehingga orang semakin tidak peduli kehadirannya. Dasar anti-sosial!

 

Agak menghairankan kerana kali ini dia muncul. Mungkin untuk terus menyakiti hati, atau sengaja ingin menyokong abangnya dalam rancangan jahat mereka. Rancangan puaka!

 

Antara sedar dengan tidak, keluhan berat keluar dari mulut Min. Serentak, Tina menoleh dan mengangkat kening. Tina kehairanan.

 

“…kau rindu Izha ke? Dasyat bunyi mengeluh tu…” soal Tina dengan senyum nakal, seraya menyorotkan pandangan kearah Izha di satu sudut yang lain.

 

Min mencebikkan bibir. Membuat reaksi mual dan disambut ketawa perlahan oleh Tina.

 

Sesungguhnya Tina tahu apa yang telah dilalui selama perkahwinan itu. Tina adalah satu-satunya teman yang tidak pernah berhenti memberi dorongan dan sokongan selepas dia bercerai. Kadangkala dia rasa memangTina lebih matang dari dirinya walaupun masih bujang. Kisah dalam kelambu, hanya Tina ketahui saat menemannya di mahkamah. Beriya Tina peringat dirinya agar tidak sekali-sekali berpatah balik kepada Izha.

 

Perihal Danny buat masa ini, masih tidak dikhabarkan. Min tiada rasa nak berkongsi kerana dia cuma fikir itu semua sementara, akan lupus dan terhapus cukup tempoh yang Min sendiri belum pasti. Yang pasti, Danny hanyalah mimpi ngeri.  

 

Mengeluh lagi. Sekali lagi Tina menoleh pandang, cuma tersengih. Min balas dengan kerutan hidung.

 

Kembali lagi dia terpandang Danny. Masih duduk tenang memerhati kearahnya dan senyum.

 

Senyum mu menakutkan ya wahai lelaki muda yang keliru!...danlelaki muda itu kini ....menjadi tunang-an-nya!

 

Argh!

 

Min pantas mengalih pandangan dan menoleh ke arah Tina yang terus menerus dengan handphone. Min membiarkan bayu menyapu wajahnya, menolak dan menarik rambutnya sesuka hati. Kalau bayu itu boleh mengoyakkan dada dan menampar hatinya pun dia akan benarkan.

 

Sila lah hukum diriku!

 

Majlis sudah tamat sejam yang lalu, Min dan Tina mengambil peluang bersiar di persisiran pantai. Lampu neon yang menerangi sepanjang gigi air membenarkan mereka menikmati bayu laut sambil kaki menginjak pasir pantai yang halus. Mereka pulang bila mata sudah mula layu, dan bila bayu laut itu sudah sebati dengan aroma badan mereka. Saling berbual santai berdua, Min dan Tina melangkah pulang ke banglo kediaman. Bayu yang meraup lembut serasa begitu mendamaikan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku