Menggilap Gerhana
Bab 10
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
219

Bacaan






“TAK GUNA!! KURANG AJARRRRRR!!!” terdengar jerkahan kasar sebaik sahaja Min menguak daun pintu rumah besar itu. Langkah masing-masing terhenti. Kuakannya tidak diteruskan. Dia cuba intai, tetapi tidak nampak apa-apa.

 

Kedengaran riuh-rendah suara dari dalam. Min rasa mereka di ruang sebelah kiri, ruang tamu utama. Tina menarik lengan Min. Saling berpandangan dengan berkerutan dahi. Min segera membuat isyarat agar mereka bergerak masuk secara senyap dan pantas menuju ke tangga. Mungkin kehadiran mereka tidak akan disedari kerana laluan dari tepi pintu ke tangga itu penuh dengan pokok hiasan besar. Tina angguk akur. Mungkin mereka berjaya menyusup perlahan.

 

Dada berdebaran. Entah konflik apa lagi yang berlaku Min tidak mahu tahu.

 

Min tolak pintu besar itu perlahan, dan melangkah. Tanpa menoleh ke kiri atau kanan, mereka berharap agar kehadiran mereka tidak disedari.

 

“JASMIN!!” jerkahan itu seakan halilintar menyambar jantung. Min dan Tina sama tersentak. Min tidak betah untuk menoleh, tetapi Tina telah pun memandang ke arah jerkahan dan kemudian memandang ke wajahnya.

 

Aku tidak perlu masuk dalam konflik keluarga ini lagi,tolonglah! Min mendongkol di dalam hati.

 

Min tetap meneruskan langkah dan cuba untuk tidak menoleh langsung. Tina pula yang tertoleh-toleh memandang ke sana sini, dan akhir sekali pasti memandang kepadanya.

 

Min kenal suara itu. Masih ada baki memori di dalam kepalanya. Suara itu kalau dulu, setiap jerkahan akan berakhir dengan pukulan tidak kira di kepala, tangan atau badan.

 

Min cuma menghela nafas yang panjang bila namanya dijerkah berterusan. Dia berhenti melangkah pada anak tangga ketujuh. Melepaskan genggaman tangan Tina dan menolak agar sahabatnya itu berlalu dulu.

 

“kau pekak ke Jasmin!!??” suara yang bagai halilintar itu sedikit pun tidak hormat situasi dan majlis.

 

Min tarik nafas lagi, tetap tidak menoleh. Seakan terdengar degupan jantung semua orang di ruang tersebut. Yang pasti, tumpuan semua orang adalah terhadapnya. Min dapat menjangkakan ruang tamu itu sedang penuh dengan semua ahli keluarga. Dia ada dengar beberapa esak tangis.

 

Jerkahan lagi. Namanya dipanggil berulangkali. Kali ini dia mengerling. Perlahan.

 

Betul. Di ruangan itu penuh dengan manusia. Mungkin semua orang yang menginap di dalam rumah itu.

 

Jadinya kenapa sekarang ya? Rancangan tidak seperti dijangka ke apa? Dah bocor? Mama marah? Di tentang? Min berteka-teki di dalam hati. Soalan itu sebenarnya memang ditujukan untuk Izha, kemudian Danny.

 

Izha, kau yang rancang semua ini kan? It sucks. Padanla muka. Ingat aku terdesak sangat? Tak!... aku relaks je.

 

Danny, kau pak sanggup kan? Dah kecoh satu family.Sekarang semua orang akan bertambah membenci dirimu. Heheh. Pandai sangat!

 

…tetapi dia mula mengerut dahi saat terlihat Izha yang sedang ditenangkan dalam rontaan, manakala Danny di sudut bertentangan.

 

Mereka berdua sedang berhadapan antara satu sama lain dan si abang sangat tak tentu arah, si adik duduk tegap, tegak dan tenang sempat mengerling kearahnya dengan emosi yang sukar dijelaskan.

 

Tina sudah lari sepantas boleh ke bilik dan kedengaran menutup pintu – serapat mungkin barangkali.

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku