Menggilap Gerhana
Bab 11
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
217

Bacaan






Min rasa pelik melihat situasi itu. Tak bagus ni. Min berkata di dalam hati. Dipandang lagi dua beradik itu bersilih ganti. Dia tidak perlu nak pandang orang lain, kerana dia tidak mahu hatinya hancur dengan persepsi dari wajah mereka.

 

Rancangan tidak seperti dijangka? Ya.

Dah bocor? Ya. Mungkin juga benar.

Mama marah? Hmmm, nampaknya tidak. Mama sedang menangis kesedihan sambil ditenangkan beberapa orang.

Di tentang? Mungkin, tetapi kelihatannya Danny ditentang oleh Izha.

 

Dia fikir kedua beradik itu sedang dimarah oleh keseluruhan ahli keluarga, telahannya salah….dan Min semakin kurang pasti dengan situasi yang berlaku.

 

Tanpa menunggu lama, Min kembali menginjak tangga menuju ke atas. Disimpulkan waktu itu, segala yang difikirkan rancangan jahat dua beradik itu adalah hmmmmm….salah!

 

“kenapa buat abang macam ni Min??!” Izha menjerkah kuat. Lantang. “abang masih cintakan Minnn!!!”

 

Min tidak cuba memberhentikan langkahnya langsung. Dia mula rasa serabut.

 

Jadi kalau betul kau masih cintakan aku, kenapa kau suruh Danny yang meminang aku?! Ha? Gila!

 

Izha tiba-tiba bingkas meluru menuju kearah tangga namun pantas dirangkul dan ditarik kembali oleh beberapa orang yang rapat bersebelahan. Masing-masing cuba menenangkan Izha yang seakan kerasukan!

 

Min jadi kaget dengan tindakan Izha, hampir dia tersadung pada mata tangga berikutnya tatkala sedar Izha sedang meluru. Degupan jantung Min bertukar pantas dan tak tentu arah. Dia rasa badannya mula menggigil keseluruhan. Keadaan itu sangat menakutkan.

 

Jadi kenapa Danny yang meminang aku? Apakah yang berlaku sebenarnya ni?

 

Min menoleh kearah Danny yang kini sudah tegak berdiri. Lelaki itu melangkah ke tangga sambil memandangnya, kemudian sekali lagi mengalih pandang kepada Izha seolah-olah cuba untuk menghalang laluan. Sekiranya Izha meluru lagi, memang akan bergumpal dua beradik disitu.

 

Min memandang Izha yang tegang. Menjerit-jerit memanggil namanya. Mengulang soalan yang sama.

 

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

 

Aku juga ada persoalan yang sama sekarang? Jadi Danny meminang aku itu bukan arahan Izha? Bukan untuk Izha??!

 

Min tidak rasa mau bersoal jawab tatkala itu. Matanya teralih seketika kepada Danny sambil tekaknya terasa payah untuk menelan airliurnya sendiri.

 

Sempat lelaki muda itu mengisyaratkan kepada Min supaya segera berlalu keatas.

 

Penuh rasa keliru, Min kembali memanjat anak tangga, tidak teragak-agak memandang Danny sekali lagi yang kini telah pun duduk di mata tangga ketiga dengan sebelah tangan meraup pipi, manakala sebelah lagi memeluk tubuh.

 

Terdengar lagi pekikan Izha. Bersoal dan memaki hamun. Min laju melangkah ke biliknya dan segera masuk. Semuanya masih jelas kedengaran walaupun pintu bilik sudah dirapatkan. Semua soalan adalah untuk Min.

 

Kenapa Min? Kenapa tak tunggu abang? kenapa? Kenapa? Kenapa?

 

Min tersandar sambil mengatur nafasnya yang laju, cuba menenangkan diri sendiri. Kini sedarlah Min bahawasanya hubungan ini bukan kerana arahan Izha, dan nyata bukan permainan.

 

“dia yang tak pernah nak rujuk dan pujuk kau kan?”Tina menyoal.

 

Min angguk. Airmata rupanya sudah membasahi pipi.

 

Kurang pasti airmata itu kerana takut, atau kerana marah. Konflik ini tidak perlu. Tina menyuarakan kehairanannya kenapa perlu Izha membuat kecoh sebegitu. Dan Min, telah unjukkan cincin bermata satu yang menjadi punca utama. Tina mula bersoal lanjut.

 

Terpaksa jua Min ceritakan dengan jujur akan perihal Danny, serentak dengan unjukkan cincin di jari. Kini Tina pula yang terpaku.

 

“boleh ke dengan Danny?” soal Tina kemudiannya. Min bungkam.

 

Tiada lagi soalan. Min memeluk Tina dan cuba menenangkannya. Pertengkaran demi pertengkaran masih dapat didengar dari bawah. Kejadian itu betul-betul merisaukan mereka.

 

Lama kemudiannya, handphone Min berbunyi, text masuk. Min segera capai.

 

Danny. Icon senyum.

 

Min pantas membalas.

 

-kenapa mesti ribut?!-

 

Tiada balasan.

 

Dia masih tergambar keadaan tadi. Si abang yang sibuk ditenangkan oleh semua ahli keluarga. Si selekeh dan si serabut yang sangat tidak tentu arah. Dihurung macam semut. Manakala Danny, hanya duduk tenang, memandang. Dua personaliti berbeza di situasi dan ruang yang sama.

 

Seawal pagi esok harinya, Min dan Tina bergegas meninggalkan pulau itu. Tanpa pengetahuan sesiapa. Tidak menghubungi atau dihubungi.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku