Menggilap Gerhana
Bab 12
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
209

Bacaan






Seminggu berlalu selepas majlis di pulau itu. Sepanjang seminggu itu juga, text dari Izha masuk macam hujan. Memujuk, merayu.

 

Sumpah, menyampah!

 

Manakala Danny, masih tiada komunikasi. Ingin saja Min tempelak Danny kerana lepas tangan dan tidak cuba berbuat apa-apa.

 

Ah! Tidak perlu lah. Biarkan saja.

 

Beberapa hari kemudian, Tina menjemput Min untuk dinner sempena birthday nya. Peristiwa pulau sudah mula tanggal dari memori. Mujur Tina sangat memahami dan tidak cuba menambah kekusutan.

 

Majlis berlangsung di café yang sama. Min yang mula-mula perkenalkan kepada Tina, dan kini Tina perkenalkan kepada yang lain. Riuh meja mereka bila yang turut hadir adalah rakan-rakan sekuliah dikolej dahulu. Masing-masing sungguh teruja, sibuk bertukar cerita lantaran lama tidak bersua. Min bersedia untuk pulang tepat pukul 9.45pm apabila handphonenya berbunyi. Text masuk.

 

-lepas dinner balik dgn siapa?- Danny

 

Min pantas menoleh keliling, hairan.

 

Text masuk lagi.

 

-pukul 9, grup kemeja. Baru habis dinner, tapi dah kat pintu luar- Danny

 

Min menghela nafas sebentar. Segera dia meminta diri dari yang lain untuk melangkah keluar sebentar. Betul-betul di tepi sebelah kiri pintu masuk, si lelaki itu, dengan rokok yang tersepit di celah jari. Namun segera menghabiskan sedutan, tatlaka menyedari kemunculan Min.

 

Si abang tak hisap rokok. Si adik pulak, hmmm….

 

Danny kata dia boleh hantar balik, kiranya sudi. Naik motor? tidak sama sekali.

 

Maka Min jawab sahaja dia akan balik dengan Tina. Sempat Danny memohon maaf atas kejadian di pulau itu. Min berusaha untuk tidak bereaksi. Jujurnya dia memang takut, jadi kiranya Danny betul-betul rasa bersalah, maka pertunangan ini dipersila batalkan sahaja.

 

Min kembali ke dalam cafe tak berapa lama kemudian, dan pulang dengan Tina tepat pukul 10pm. Danny sudah tidak kelihatan dimana-mana.

 

Sukar betul tiada kenderaan sendiri, kereta yang masih dibengkel masih tidak mampu dibawa keluar. Banyak betul yang hendak di perbetul. Kos pula kian menggunung.

 

Seluruh malam itu kepala Min berlegar-legar perihal dia dan Danny. Kusyuk dia menyenaraikan perbezaan antara adik dan abang. Ada jurang yang sangat ketara dan tidak pernah disedari antara Danny dan Izha.Terlalu sedikit urusan antara dia dan Danny. Tidak termasuk segala aduan mama tentang Danny selama ini.

 

Aduhai, lubang apakah yang telah ku humban diri ku ini???!!Min menggaru kepala yang tidak gatal.

 

Mereka masih belum pernah berbincang serius. Apa yang dia jangkakan dari hubungan ini? Apakah perkahwinan dengan seorang lelaki muda yang kelihatan sering berkemeja kemas dan bijak mengambil hati ibunya akan membahagiakan?? Apakah sebenarnya yang ibu fikir tentang Danny? Sekiranya Danny hanya mengelabui mata semua orang termasuk ibunya, bagaimana?

 

Min masih nampak seorang lelaki muda kaki lepak yang tiada commitment sedang dicabar kawan-kawan. Terdesak untuk menunjukkan kematangan...dan keliru. Yang bakal mengambil langkah yang salah dan akhirnya mengheret Min sekali dalam kemelut yang sama.

 

Adakah Min benar-benar perlukan Danny untuk melarikan diri dan mengelak dari Izha? Min sedar yang Izha bakal menimbulkan kekacauan tidak lama lagi. Dia baru sedar kiranya memang Izha masih ingin bersamanya. Cuba untuk rujuk semula. Bukti paling nyata ialah text masuk bagi ribut dari Izha

 

-abang menyesal ceraikan Min- Izha

-marilah rujuk semula Min- Izha

-abang cintakan Min, tolong maafkan kesilapan lalu abang- Izha

-abang sedia untuk kita nikah dan buat majlis secara besar-besaran, lebih dari yang dulu- Izha

-Min I love you- Izha

-abang tak sangka Min boleh terima orang lain- Izha

-Min tak setia dengan abang- Izha

 

Sebenarnya Min tidak nampak kalau ini akan mambantu. Adakah Min perlu untuk mengelak Izha? Min memang tidak akan bersama Izha semula, confirmed….dan bersama Danny bukankah menjadikan masalah sedia ada semakin rumit?

 

Tiada satu pun text dari Izha menyebut tentang Danny. Adakah Izha cuba menafikan? Atau Izha tahu yang Min menerima Danny hanya kerana menurut kata ibu? Atau Izha tau hubungan antara dia dan Danny tidak akan menjadi?

 

Kalau nak mengelak Izha memang tidak sepatutnya Min terima Danny langsung. Langsung langsung!

 

Ibuuuuuu……..!

 

Min menyedari yang si abang dan si adik ini sebenarnya langsung tak sehaluan. Bungkam lagi. Min akhirnya terlena dengan persoalan yang bergantungan.

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku