Menggilap Gerhana
Bab 23
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
179

Bacaan






Min membeliakkan mata. Segera dia berpaling ke pentasdi hujung sana, Teo dengan bangganya telah membuat announcement gila dan giatbertepuk tangan disambut dengan para pengunjung yang sedia ada.

Dibelakang Teo, sudah sedia berdiri, Aliff memegangsebiji gitar, Duan dengan drum dan Hanifa dengan sebiji lagi gitar.

Eee dirang ni memang gilaaaaa lahhhhhh! Min hanyamampu menjerit di dalam hati.

Dia akhirnya diheret laju oleh Jean dan Mas besertaTina yang sudah bertepuk dan bersorak galak.

Min cuba mententeramkan dirinya. Hampir 9 tahun, diatidak berada di sebarang pentas. Tidak pernah memegang walau wire microphone,tidak pernah ke karaoke dan tidak langsung cuba memetik gitar lagi.

Mampukah?

“you can do it Min,” kedengaran Hanifa berbisik ditelinga kiri.

Hanifa cuba mengingatkan dia kembali akan lirik lagu,bait-bait not beserta irama yang dia hampir lupa.

Teo yang berdiri di depan, segera menghulurkan handphonenyayang tertera lirik lagu berkenaan yang sempat di google dari internet.

Min menarik nafas panjang untuk kesekian kali. Iniadalah percubaan berani mati. Kalau sumbang memang ada pinggan mangkuk yangakan terbang.

Demi Levito – heart attack

Min menerima tepukan gamat malam itu. Selepasbertahun-tahun tidak menyanyi. Dengan iringan mereka yang serasi dengannya, Minberjaya membawa lagu itu dengan baik, berjaya mengawal suaranya, berjayamengawal gugupnya; terima kasih kepada spotlight yang tepat kearahnya maka dia terhalangdari melihat reaksi muka orang ramai.

Min mendapat tepukan syabas dari pemuziknyadibelakang. Tak lain tak bukan, Hanifa, Aliff dan Duan. Iman dan Kay yang entahbila sudah berdiri di sisi pentas menjadi backup vocalnya segera memeluknyaerat. Hai siapalah sangka kan?

Tiba-tiba ada satu suara lagi melaung untuk laguseterusnya. Dan siapakah suara itu, mahu saja Min turun untuk ketuk di kepala.Suara gamat sahut-menyahut melaungkan ‘one more Min’!

Penyanyi sebelum itu segera menghalang Min daribergerak turun dan memohon untuk beberapa lagu lagi kerana sangat jarang untukseorang wanita untuk menaiki pentas itu.

Teo pun mencelah masuk menambah pujuk. Min rasa nakrodok saja perut Tina yang pura-pura angkat bahu duduk seronok di bawah sana.

Min akhirnya terpaksa akur. Ditarik telinga Teo yangberiya-iya. Manakala Aliff, Hanifa bertepuk dan bersorak dari belakang.

Baiklah, 2 lagu saja lagi. Andai sumbang di antaranya,dia akan turun tinggalkan pentas. Janji!

Kali ini sahaja.

A thousand years – Christina Perri

The climb- miley cyrus

Dan permintaan selepas itu tidak dapat Min tunaikan.Dia rasa cukup lah, nanti habis semua penyanyi yang ada. Min gelak besarselepas itu.

Its really an uphill battle. Tonight. On the stage.

Pulang ke meja dia disambut hebat dengan sorak dannyanyian selamat hari jadi yang entah kali keberapa malam itu.

Gila. Masih gila mereka ni!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku