Menggilap Gerhana
Bab 24
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
215

Bacaan






Waktu hampir menunjukkan pukul 11.00pm. Masing-masing sibuk mengeluarkan duit untuk bahagian masing-masing. Party is over!

Seperti biasa, stail ‘tong-tong’ yang tidak pernah dilupakan, tapi hadir seorang barista memberitahu bil meja itu sudah dibayar. Masing-masing kehairanan. Segera Malik bertanya siapa gerangan si tukang bayar.

Barista itu cuma unjukkan sekeping kertas bertulis,

-Happy Birthday Min, you are always on my mind-

Masing-masing bersorak lagi. Min rasa agak rimas dengan keadaan ini, kerana dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan. Perkara-perkara begini, tidak berapa disenangi.

Dalam keributan itu, Tina tiba-tiba mencelah dan menarik lengan seseorang dari belakangnya. Seorang lelaki. Semua memandang terpaku. Min turut mengecilkan mata.

“this is the man, who paid the bill,” lelaki itu melangkah perlahan masih terlindung dari pandangan Min. Tangan lelaki itu diangkat sedikit seraya menyapa semua orang.

Danny! Oh my!

“kenal ke Min?” Hanifa bertanya Min. Masing-masing kelihatan teruja dengan ‘persembahan’ Tina.

Sepenuh dada ditarik nafas, kemudian dihembus perlahan. Memandang sang lelaki yang tenang sahaja tidak ada riak gusar atau gelabah langsung.

“up to you Min!” Tina menongkah pantas.

Min menarik nafas lagi. Danny kelihatan tersenyum sambil kedua tangan di masukkan ke dalam poket belakang jeansnya, seraya menundukkan sedikit kepala. Perasaan Min bercampur baur. Dia tidak menyangka sama sekali yang Danny akan muncul disitu. Atau adakah ini rancangan Tina?

Segera Min mencari wajah Tina yang berpeluk tubuh, mengangkat tangan gaya surrender dan menyatakan yang dia tidak tahu apa-apa.

Nafas dihela lagi.

“guys, meet my fiancé….we are getting married pretty soon,” suara Min seakan tersangkut di kerongkong. Lontaran suaranya yang galak di atas pentas seakan hilang.

Sekali lagi dia menjadi bahan sorak malam itu. Masing-masing menghulur tangan berjabat dan mengucapkan tahniah kepada Danny, membuatkan Min geram. What about me? Dia bukan kahwin dengan dirinya sendiri lah wei!

Untuk kesekian kalinya, selamat hari jadi dinyanyikan untuk Min. Kali ini Danny turut serta. Tina terkekeh-kekeh gelak memerhati wajah nya yang pastinya sekejap mencuka, sekejap gelak, sekejap terkejut dan sekejap terharu.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku