Menggilap Gerhana
Bab 28
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
186

Bacaan






Suatu malam, selepas selesai makan, Danny menghulur satu sampul kepada Min. Dia, yang baru menyudahkan suapan terakhir, menolak pinggan ketepi dan menyambut hulurannya dengan sedikit kerutan.

“Apa ni?” Min menyoal sambil memandang Danny. Lelaki itu tersenyum cuma. Sehelai kertas ditari kkeluar dari sampul itu, rupanya sekeping voucher.

Honeymoon suite? Min memandang Danny yang tergelak kecil.

“Hadiah dari kawan-kawan,” Katanya. 

Mereka tidak menyimpan rahsia. Syarat seterusnya.

Min hanya mengerutkan hidung. Voucher itu diletakkan semula ke atas meja. Makan tahun lah kalau nak ditunaikan. Agaknya lah!

Segera makanan dihabiskan dan mereka berpapasan menuju ke kereta masing-masing. Seperti biasa juga, Danny akan menurutnya sehingga kepintu rumah dan kemudiannya barulah Danny akan pulang ke rumah sewa.

Tiada unsur paksaan dalam hubungan itu. Danny tidak pernah cuba mengongkong Min dalam sebarang tindakan. Tiada juga tagihan walau sedikit pun.

Walaupun sejujurnya, dengan hati yang berat; Min masih tidak dapat membuang tanggapan hubungan ipar antara mereka seperti sebelumnya. Min masih rasa dia adalah seorang kakak. Maka ada kala Min rasa dia perlu bersuara sedikit tinggi, marah-marah, mendengus tiba-tiba, dan pelbagai reaksi spontan yang terkadang diperlihatkan secara tak sengaja.

.... dan tidak kira bagaimana pun Min bereaksi, Danny sentiasa tanpa gagal; text, call dan peka dengan jadual Min, ambil tahu siapa kawan-kawan Min, dan mendengar semua cerita Min.

Min sangka dia akan rimas, tetapi tidak. Dibawah sedar, Min berkongsi hampir semua cerita dengan lelaki ini. Suami barunya itu seperti sedia mendengar dan menerima apa jua cerita yang disumbat ke telinga.

Sungguhpun begitu, Min akui, ada masa dirinya memang sombong terhadap Danny. Ini kerana, titik keyakinannya masih belum ditemui.

Min selalu berdoa agar hatinya terus lembut. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku