Menggilap Gerhana
Bab 29
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
205

Bacaan






Sabtu.

Ibu mengeluh banyak barang dapur dah habis. Min menepuk dahi, kerana sejak jarang masak, dia lupa untuk memenuhi segala yang sepatutnya ada.

“nanti sekejap lagi Min pergi beli.” Min lekas-lekas jawab. Saat dia turun ke bawah sudah kedapatan 3 bungkus nasi lemak di atas meja makan.

“hmmm…tadi ibu keluar?” soalan Min di jawab senyum manis oleh ibu.

“menantu ibu yang datang hantar. Ibu tak rajin…,” ujaribu sambil memuncungkan bibir menunjuk ke luar rumah.

Min segera menjenguk. Danny sedang menjirus pokok-pokok bunga ibunya.

“pukul berapa Danny sampai?” Min tanya lagi.

“pukul 7,” ibu jawab sambil mengerling dirinya yang…hmm… bangun lewat hari ini. Kalau dia solat subuh pastinya awal dia bersedia.

Alasan!

Jam didinding sudah hampir pukul 8. Min berjalan kepintu depan dan mendekati Danny yang sibuk membetulkan pasu bunga supaya tersusun elok.

“assalamualaikum,” Danny membuka kata pagi itu tanpa menoleh kearahnya. Macam ada mata kat belakang tengkuk!

Min menjawab salam dan segera mengajak Danny masuk untuk bersarapan. Lelaki itu sedang menjirus air untuk menolak tanah dan pasir yang berjatuhan memenuhi lantai porch. Kemudian mencabut beberapa daun kering dan menghimpun di dalam plastik sampah yang tersedia.

“you masuk dulu, I sudahkan ni sikit lagi,” Danny teruskan kerja tanpa menoleh ke arahnya. Min turut keras disitu tetap menunggu lelaki itu menyudahkan kerja. Dia ambil baja bunga ibu di dalam bekas kecil ditepi pintu, mengeluarkan sedikit dan menabur di setiap pasu yang telah dibersihkan.

Akhirnya mereka berdua sama-sama bermandi peluh.

“lah, korang berdua ni. Mari sarapan dulu!” ibu hampir memanggil dari pintu.

Min dan Danny sama-sama berpandangan. “kan dah kena marah,”Danny berkata perlahan.

“kalau I masuk seorang nanti I kena bebel,” sempat Min sambut kata-kata Danny. Danny akhirnya ketawa kecil.

Akhirnya mereka masuk berdua. Duduk bersebelahan dan makan bersama.

Ibu ada jemputan kenduri kahwin di Melaka, maka sebentar lagi ibu akan bertolak bersama-sama dengan sahabatnya dan esok malam baru ibu pulang. Min angguk saja. Ibu memang sentiasa sibuk sejak mereka berdua nikah, ada saja destinasi atau aktiviti ibu bila tiba hujung minggu. Selalu tinggal Min keseorangan.

Eh!

“Danny tidur sini kan malam nanti?” soal ibu memandang Min. Hampir Min tersedak.

“Insyallah bu, Danny ada camping dengan student petang ni, mungkin lewat sikit,” kata-kata Danny betul-betul menyelamatkannya.

“Min tu nak keluar beli barang dapur,…”

“takpa, Danny teman Min dulu,” lagi sekali Min diselamatkan.

Kelihatan ibu mengangguk puas. Min memejam kan mata dan menarik nafas panjang. Tiba-tiba kedengaran dehem perlahan dari Danny. Segera dia memandang. Danny kelihatan senyum mengerlingnya dengan ekor mata.

Sabar je lah!

Saat ibu keluar tadi, Danny yang duduk meneman sehingga kawan ibu tiba untuk bersama pergi ke majlis yang dirancang. Min ambil peluang untuk naik ke atas dan bersiap.

Bila turun, dia lihat Danny sudah mandi, bertukar pakaian dan duduk menonton tv. Rambutnya kelihatan basah dan wajahnya nampak segar.

“dah mandi?” Min menyoal.

Danny senyum dan angguk kecil. “kenapa? Nak mandikan I?” dan lelaki itu gelak perlahan.

Min menjeling mendengar usikan itu. Tidak pernah lagi Danny naik ke biliknya walau ibu beriya suruh. Tidak pernah lagi Danny meminta perkara-perkara yang Min tidak pernah tawarkan.

Mereka berdua terus bergerak untuk membeli barangan keperluan. Agak janggal kerana Min tidak dibenarkan keluar duit sesen pun. Tetapi dia biarkan saja.

Setelah menghantar barang-barang balik ke rumah, Danny tiba-tiba mengajaknya menonton wayang.

“bukan you kata ada camping dengan student malam ni?”Min menyoal kehairanan.

“lepas tu nak tinggalkan you sorang kat rumah?” soalan balas itu diucap perlahan dan penuh selamba.

Saat masing-masing sudah di dalam kereta sekali lagi Min bertanya.. “sebenarnya camping tu ada ke tak?”

“You nak I teman you ke tak?” Danny bertanya kembali. Membuatkan Min tersengih secara tak sengaja.

“I dah biasa kena tinggallah..,” Min bersuara kemudiannya.

“maksudnya apa ni?” soalan Danny itu membuatkan Min terdiam. Min sudah tidak bertanya lanjut. Kecut pulak hatinya mendengar reaksi Danny waktu itu.

Mereka selesai menonton wayang lebih kurang pukul 11malam. Min tidak pasti adakah Danny akan balik atau….

Danny turut melangkah ke dalam rumah bersama-sama, tetapi laju menuju ke pintu dapur, Memeriksa segala pintu dan tingkap.

“good night sayang,” ujar Danny perlahan saat Min melangkah kaki ke mata tangga untuk naik ke tingkat atas. Segera dia menoleh.

Danny sudah merebahkan diri di atas sofa panjang diruang menonton. Sudah menyelesakan dirinya untuk tidur.

Oh. Hmmm…

Min terus melangkah perlahan naik. Saat tiba di dalam bilik, dia tiba-tiba jatuh kasihan. Kejam betul lah aku ni!

Min segera turun dan melangkah hampir kepada Danny. Tatkala dekat, dia dengar dengkur perlahan sang suami. Dah tidur!

Serba salah untuk dia kejut…tetapi kemudian lelaki itu bergerak.

“kenapa sayang?” Min dah lali dengar panggilan itu terhadapnya walau dia tidak pernah membalas panggil Danny sedemikian.

“hmmm… you okay ke tidur situ?” Min tanya seraya merenung wajah Danny. Mata yang dah tertutup dan mulut yang separuh ternganga.

Wajah itu melontar senyum dengan mata yang dibuka separuh. “its okay. You pergi lah tidur,” kali ini jemari Min dicapai, dan dikucup perlahan kemudian dilepaskan.

Min bungkam. Perlahan dia melangkah meninggalkan Danny yang pertama kalinya tidur di rumah itu. Beberapa kali dia berpaling memandang, tapi memang Danny telah pun lena. Dengkurnya terdengar lagi.

Percaya atau tidak, dia tidak pernah bersalam dan mencium tangan Danny. Percaya atau tidak, Danny turut tidak pernah memaksa dia buat apa yang dia tidak mahu. Tetapi bila Danny raih tangannya tadi dia tidak pula mengelak. Itu sangat spontan!

Min segera naik dan mencari-cari selimut extra dan bantal. Segera dia turun lagi dan mendekati Danny, tetapi kali ini tidak dikejut hanya diletak dekat.

Min naik semula dan merapatkan pintu. Sengaja dia tidak kunci kiranya Danny perlu naik. Perlu naik? Untuk apa? Min terdiam duduk di birai katil.

Min berperang dengan perasaan. Adakah dia sudah bersedia? Nafas berat dilepaskan. Dia bangun membersihkan diri, menukar baju dan berbaring di katil.

Dalam saat dia berfikir-fikir itu akhirnya dia terlena.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku