Menggilap Gerhana
Bab 30
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
227

Bacaan






Esoknya, dia bangun awal. Danny masih lena di atas sofa itu berselimut dan berbantal di kepala. Bajunya turut berganti. Seluar tidur dan baju t putih tanpa kolar. Masa bila Danny menyalin baju Min tidak pasti. Adakah Danny naik saat dia sedang tidur? Min malas hendak bayangkan, seharusnya dia tidak risau langsung. Lelaki itu memang berhak, sudah halal, sudah layak….Min mengeluh tiba-tiba.

Sarapan pagi telah tersedia. Dia hanya menyediakan nasi goreng kampung dan telur mata kerbau. Kopi kampung dan air teh strawberi. Min tahu Danny suka kopi. Entah bila masa Danny bangun sedar-sedar lelaki itu sudah berada di luar rumah. Menyiram pokok bunga ibu.

Saat berpapasan di dapur sempat Min ucapkan salam dan Danny balas dengan senyuman manis. Entah lah kenapa Min rasa bersalah benar!

Mereka bersarapan bersama-sama selepas Danny mandi dibilik air tetamu di dapur, dan sedikit pun lelaki itu tidak tunjukkan reaksi marah atau kesal. Masih berbual macam biasa dan tanya lagi agenda hari ini. Min rasa sedikit lega.

Tengahari itu mereka makan di café. Malam, Min masak di rumah, saat ibu muncul di muka pintu Danny masih ada menyambut. Berbual dan berkongsi cerita. Tepat pukul 10 malam kala ibu sudah masuk ke bilik, Danny berlalu pulang.

Min rasa sedikit keberatan, tetapi Danny berkali-kali ingatkan, jangan buat kerana terpaksa.

-I am sorry. I am not a good wife- Min hantar text itu kemudian.

-I love you sweetheart, it's okay. Good night, see you tomorrow- Danny.

Min akhirnya terlena dengan handphone di tangan.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku