Menggilap Gerhana
Bab 34
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
241

Bacaan






Suara lembut sang suami terdengar memanggilnya. Didalam kepekatan malam itu dia bingkas bangun dan mencari-cari arah. Hanya kegelapan tiada berpenghujung. Cuba melangkah. Tersadung. Jatuh. Terdengar lagi suara memanggil. Masih tidak dapat mengesan. Dia cuba menggapai kekiri dan kanan, namun kakinya tersangkut pada sesuatu dan dia terjatuh lagi. Kali ini kepalanya terhantuk. Sakitnya bukan kepalang. Cuba lagi memanggil, tetapi bungkam. Macamana sebenarnya? Apa panggilan sepatutnya? Baru dia sedar dia tak pernah memanggil lelaki itu waima sekalipun. Ya Allah, isteri jenis apalah aku ini?! 

Sekali lagi dia cuba bertatih melangkah, tersadung lagi…namun kali ini terasa dirangkul seseorang. Segera ditoleh. Izha!!

Min...! Min...!

Bingkas Min bangun dan membuka mata. Tercungap-cungap menarik nafas penat berjatuhan. Pantas memandang keliling dan tersedar dia masih di atas katil. Jemarinya kejap memegang lengan Danny yang duduk disisi. Danny mengusap-ngusap bahunya lembut. Perlahan Min mengatur nafasnya kembali. Mimpi itu-sungguh- argh!

“I tidur sini ya? Kalau temperature you naik lagi kita terus ke hospital,” Danny berbisik perlahan, mengusap rambutnya.

Min cuba angguk. Kepalanya masih rasa berat. Min sudah tidak peduli apa yang lelaki itu mahu buat terhadapnya. Dia betul-betul tidak berdaya untuk membuka mata. Min tahu dia masih demam, walaupun mungkin sudah tidak seteruk sebelumnya.

Min memandang sekitar bilik itu dan cuba menyuarakan bahawasanya bilik ini adalah bilik dimana Izha pernah huni, dimana Izha...........

Min tiba-tiba rasa nak menangis…tetapi Danny telah lebih dulu meletakkan jari telunjuk di bibir menyuruhnya bertenang. Danny seakan tahu apa bermain di mindanya.

Kali ini dia tidur lebih lebih 7 jam. Min cuba menjamah sedikit bubur, makan ubat dan kembali dia terjelepuk. Sempat dibisiknya pada sang suami.

Jangan usik tau!

Danny mencuit hidungnya seraya tersenyum mengusik, tetapi senyuman itu semakin kelam dan kembali dia dalam ketiduran yang panjang.

Sehari, dua hari. Min masih demam on and off dan sakit kepala. Sepanjang itulah Danny bersamanya. Masuk hari keempat, sakit mula surut. Dia sudah boleh bangun sendiri turun ke dapur menyelongkar makanan dan mengisi perut yang keroncongan. Tapi bila malam, dia kembali rasa sengal dan lesu. Rasa nak tidur.

Pagi hari itu-Khamis, Min turun awal pagi dan kelihatan Danny menyiapkan sarapan. Selalunya pada setiap hari Khamis, ibu akan menghadiri kelas agama di masjid hampir sepanjang hari. Maka, hari itu Danny telah mengambil alih urusan di dapur. Galak Min tengok rentak Danny, macam lipas kudung. Kasihan dia, berhari-hari ponteng kerja kerana jaga orang sakit ni.

“sehari je, I swapped classes. Tukar jadual kelas petang ke hari lain. Hari ni cuti sebab ibu tak ada. Kang tuan puteri mimpi cerita hantu lagi,”ujar Danny panjang lebar seraya senyum mengusik.

Min menggosok hidung yang tidak gatal. Agaknya ketara sangat dia ketakutan hari itu? Sambil menjeling memandang raut wajah lelaki dihadapannya yang tersenyum. Mengamati lekuk-keluk-liuk sang suami yang kelihatan tidak kekok langsung dengan urusan di dapur.

Min tetap tidak lepas memerhati pergerakan sidia meskipun tatkala Danny menjawab panggilan. Sambil tangan sebelah sibuk mengacau scramble egg di atas kuali kecil, manakala sebelah lagi dengan handphone. Sebentar, kemudian kembali dengan masakannya.

Min tutur ucap terima kasih saat scramble egg, roti bakar, bubur nasi dan air milo terhidang di depan mata. Perlahan, tapi cukup kuat untuk didengar Danny. Danny mengangkat muka, memandang dan senyum.

“my pleasure,” sambil mengusap dagunya lembut. Min kaku.

Perlukah ditepis? Tidak. Danny sudah pun berlalu ke sinki sebelah sana. Meninggalkan dia termangu dan teragak-agak. Sungguh lelaki ini sabar dengan kerenahnya. Sungguh tidak dijangka Danny sebegini. Apakah aku kejam terhadapnya?

Izha suatu ketika dahulu, tidak pernah memperlakukan dirinya sebegini berharga. Kalau sakit, bawa ke klinik saja dan berselubung lah dirinya seorang diri. Izha akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa, macam Min tiada kena mengena dalam hidupnya. Tetap dengan aktivitinya selepas kerja dengan kawan-kawan. Main badminton, atau melepak di kedai mamak selagi daya. Kadang-kadang sehingga tengah malam buta.

Min menarik nafas panjang. Apa perlunya dia ingat lagi cerita silam itu? Min segera menumpukan perhatian kepada makanan di hadapannya. Menyuap sambil mengerling sang suami yang sibuk pula membersihkan dapur.

Beransur malam, dia rasa tubuhnya makin segar dan sihat. Sudah boleh berjalan laju-laju ke segenap rumah. Naik dan turun tangga. Malam itu juga, dia perhatikan Danny mengemas baju-bajunya. Min melangkah perlahan lantas duduk di birai katil. Memerhati separuh kaget sambil menahan nafas.

“anything, you call me okay? Nampak macam dah sihat sikit tu kan?”Danny bersuara memandangnya sambil tersenyum. Kedua tangannya tetap laju memasukkan baju-baju ke dalam beg. Min sangkakan Danny tidak sedar dia berada disitu.

"Dah pukul 12 malam ni,...." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Min.

Danny membalas pandangan Min bersekali senyuman. Danny menoleh jam di dinding. Senyum lagi. Min cuba tatap wajah lelaki itu bila berpeluang, sementelah perasaan dalam dirinya tiba-tiba jadi pelik. Disentuh lengan lelaki itu yang terkebetulan lalu dihadapannya. Serentak, Danny menoleh. Berkerut. Terkejut barangkali.

"You should stay," Min bersuara perlahan. Mata mereka bertentangan.

“Don’t force yourself,” Danny membalas spontan. Memegang jemari Min di lengannya. Mengucup dan cuba meleraikan pegangan Min. Min geleng laju, kini dua-dua belah tangannya telah memegang lengan lelaki itu.

"We can try...," Min bersuara sambil tunduk.

“...jangan paksa diri okay,” Danny bersuara lagi.

"This is what I want now," Min tidak sangka ayat-ayat itu keluar laju dari bibirnya.

“betul?” Danny memegang jemari Min. Duduk melutut dihadapan. Min angguk. Mata masih bertentangan.

“bukan kerana kasihan?” Danny menyoal terus-terusan "bukan sebab ibu?"

Geleng. Min tersengih tiba-tiba. Geleng lagi. Berkali-kali.

“baju I dah habis sayang. I kena balik ambil baju lain,” Danny menyambung kata, sambil muncung mengunjuk kearah bag pakaiannya.

"Lepas tu balik sini ya?" Min cuba mendapatkan kepastian. Si dia mengangguk berkali-kali sambil ketawa kecil.

Pantas Min mencapai beg itu dan mengeluarkan semua baju kotor yang dimaksudkan.

“sayang, I can do- …,” Danny cuba mencapai baju tersebut, tapi Min lebih pantas membawa semuanya ke bakul laundry. Campak masuk.

Danny menarik lengan Min perlahan. Menarik rapat dan merangkul kemas.

Patutkah dia menolak? Min bersoal dengan dirinya.

Tidak. Keharuman sang suami membuatkan Min semakin merapatkan diri. Membiarkan dirinya dirangkul. Penuh rasa bahagia. Bukan direka-reka.

Demam empat hari ada hikmahnya.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku