Menggilap Gerhana
Bab 37
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
215

Bacaan






Hujan telah turun mencurah lebat sewaktu mereka berpapasan turun. Dari tadi memang kelihatan awan berbalam-balam gelap tanda hujan akan menyimbah lebat. Danny minta Min tunggu di depan pintu besar supaya dia boleh ambil payung dari dalam kereta yang berjarak kira-kira 10 meter. Namun, Min bertegas tidak mahu menunggu sendirian. Dia mahu terus ke kereta bersama Danny. Biar mereka berhujan bersama. Danny teragak-agak dengan permintaan itu, namun Min sudah memulakan langkah, dan Danny pantas menurut, sekonyong-konyong itu juga…

“Min!!”

Terdengar laungan suara dari sisi bangunan. Sempat mereka berdua menoleh. Hujan sudah mula membasahi baju masing-masing.

Izha?

Segera Danny menarik Min kebelakang tubuh nya. Hujan semakin lebat. Seakan mula hendak ribut. Izha berjalan laju menuju kearah mereka berdua dengan muka sedikit bengis, turut kebasahan.

“Minnnnnn!!” Izha menjerkah kuat. “ikut abang balik Min! Apa yang Min buat ikut dia ni? Budak mentah!!!!” sambil menunding jari kearah Danny. Mengunjuk jari telunjuk berkali-kali.

Mereka berdua tiada pilihan lain selain lari-lari anak merentas hujan lebat ke kereta Danny yang kini berjarak kira-kira 7 meter.

“sudah along...!,” Danny bersuara sedikit menjerit melawan bunyi ribut sambil meraup hujan yang menimpa muka. “balik lah along!” sambungnya dengan suara sedikit melaung. 

“kau diam setan!!! Kurang ajar!!”Izha mula memaki hamun, dan tiba-tiba meluru laju kearah mereka berdua dan cuba menggapai Min.

Min sedikit tersentak. Hampir lengan Min direntap, tetapi terlepas.

“tepi!! Aku nak bawak bini aku balik!!”

Min terus melarikan diri mengelak, mencari pintu sisi sebelah lagi. Sempat dia memandang ke arah Izha yang kerasukan.

Danny sekali lagi mengulang kata-katanya, seraya menghadang abangnya yang jelas buas mencari Min.

“tepi kau setannnnnnnn!!!!!” Izha bertempik kearah Danny, dan kali ini pantas meluru ke arah Min. Pantas juga, Min kuak pintu kereta namun masih terkunci. Min tiba-tiba menggeletar.

Danny turut bergerak laju, menarik bahu Izha sedikit keras dan berusaha menolaknya jauh dari Min. Menekan punat alarm kereta-unlock.

Kali ini tanpa tunggu Min kuak semula pintu dan membolos laju menghenyak diri masuk ke dalam kereta, lock…. dan kembali dia menoleh kearah dua beradik yang berdiri berhadapan antara satu sama lain. Min sudah tidak dengar biji butir antara mereka. Hujan lebat yang makin hebat membataskan pendengarannya.

Airmata Min mengalir laju. Dia kaku. Min memang sudah biasa menerima kekerasan Izha, tetapi belum pernah sekalipun dia lihat Izha berkeras dengan orang lain. Lebih-lebih lagi Danny.

Kelihatan Izha menghayun penumbuknya ke muka Danny, tetapi kerana fizikal Danny, maka ianya tersasar. Danny hanya mengelak tumbukan yang bertubi-tubi, akhirnya Izha hilang kawalan dan tersungkur menyembah bumi. Pantas Danny berlari kearah pintu pemandu. Min segera tekan butang unlock dan Danny laju masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan melaung kuat.

“pergi balik along!”

Mereka bergegas meninggalkan kawasan itu. Masing-masing terdiam menghela nafas mencungap... mata Danny tertancap kehadapan disamping cermin pandang belakang mungkin cuba melihat abangnya yang tersungkur jatuh atau cuba mencari kepastian kiranya abang nya masih bangun dan mengejar. Min turut cuba memandang ke cermin sisi untuk melihat apa yang mereka tinggalkan…namun kabur.

Dia dapat merasa Danny cuba mencapai jemarinya dan menggenggam lembut. Gigilan Min masih belum reda…

“I am so sorry sayang..,” Danny menarik jemari Min dan dikucup lembut.

Rintis air hujan berjatuhan dari segenap tubuh mereka berdua, dibiarkan saja. Mereka berdua kebasahan.

"…this will not end ...," Min cuba bersuara meskipun perlahan. Ada getar dalam suaranya, dia sendiri sedar.

Danny angguk. Min tunduk

“I know this will happen. I will settle this,...” Danny membalas, sambil meraup mukanya yang basah.

Min mengertap bibir. Air mata kembali mengalir.

"How?"

“esok I balik rumah mama,” Danny bersuara sambil memandang Min seketika.

“balik rumah mama boleh selesaikan perkara ni?” Airmata Min mula mengalir. Panas di kedua-dua pipinya tidak menghilangkan kesejukan seluruhnya.

“we will see….,”

Min dapat rasakan genggaman tangan Danny. Erat seakan memberi janji. Seakan menyatakan agar Min tidak perlu risau.

"I ikut?” Min mencuba nasib.

Danny geleng laju. Min mula rasa dadanya sarat hampir penuh melimpah. Kolam airmata bocor sekali lagi.

Min sedar perkara ini semua berkisar tentang dirinya. Min rasa sentuhan tangan Danny di bahu cuba menariknya rapat. Diturutkan saja. Danny kucup dahinya, rambut Min yang kebasahan lalu di usap dan dikucup kepala Min perlahan berulangan. Min dapat merasakan kasih sayang yang mengalir keseluruh dirinya. Diri ini sangat disayangi, dia tahu, tetapi dalam masa yang sama, dia sedar betapa mahalnya ia. Betapa mahalnya untuk dia mendapat kasih sayang dari seorang lelaki bernama suami.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku