Menggilap Gerhana
Bab 38
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
183

Bacaan






Danny ke rumah mama keesokkan harinya, sebaik pulang dari kerja. Sepanjang itu juga Min berkecamuk, berdebaran tak tentu arah. Dia masih membayangkan yang dua beradik itu akan bergumpal. Mungkin lebih parah.

Min bersendirian menanti di dalam bilik tekun mengukur waktu. Menanti sebarang berita buruk dan dasyat yang bakal berlaku. Serasa waktu berjalan perlahan. Dia tidak mahu text atau call Danny bimbang akan mengganggu. Maka, dia berjanji untuk tunggu saja dengan sabar. Bergolek resah di atas katil, dia bangun duduk di birai. Bangun mundar-mandir di kerusi malas di tepi tingkap dan menjenguk keluar. Memerhati. Jam sudah pukul 8pm tapi dia rasa macam itu adalah waktu yang sama sepertimana 2 jam lepas.

Jam loceng di meja sisi di angkat dan diletak kembali. Macam tak puas hati, jam di dinding pula di kerling lebih sepuluh kali.

Sambil menggosok hidung yang tidak gatal, dia memerhati dirinya yang berseluar tidur dan ber t-shirt ringkas. Kalau ada panggilan emergency memang kelam-kabut dia nanti. Segera dia menukar pakaian. Bersedia.

Kembali dia duduk di atas katil. Melihat handphone, tidak mahu terlepas sebarang berita. Kosong. Dia berbaring sambil scroll screenphone. Mencari-cari apa yang tidak ada. Mendengus. Meletak handphone di sisi, dan merenung siling.

Serangan di tempat kerja semalam berputar di fikiran. Macamana kalau Izha turut datang buat hal disini? Bingkas dia bangun dan tercari-cari kayu pemukul baseball yang memang sedia ada dari zaman sekolah dulu. Tersorok di celah baju di dalam almari.

Digosok-gosok kayu pemukul itu dan diletak di tepi katil. Sekali lagi dia berbaring. Berfikir. Melayangkan fikiran.

Sentuhan lembut terasa di lengannya tiba-tiba. Segera dia membuka mata yang entah bila masa terpejam. Bingkas dicapai kayu besball dikiri birai katilnya yang memang tersedia letak. Tindakan reflex sejak serangan di lobby.

“hei sayang,…. I lah,” Danny segera menghentikan pergerakan Min yang tak tentu arah. Kedua lengan Min dipeluk. Min segera bangun dan menarik nafas panjang di birai katil, memandang sang suami yang gigih menahan ketawa.

“apa pakai baju macam nak pergi jogging ni?”Danny mentertawakan Min akhirnya.

Min tertidur dengan berpakaian lengkap windbreaker dan trackbottom sekali stokin. Rambutnya yang berjuraian dikuak perlahan. Dia cuma mahu bersedia.

“I bagi salam you tak dengar. Sorry sayang.” Danny melurut rambut Min yang masih terpisat-pisat terkejut dari lena.

Min menyentuh wajah berjambang dan saling berbalas kucupan pantas. Segera ditanggal baju tebal yang membaluti tubuhnya ke sisi katil dan kembali dia menyelesakan diri di bawah selimut untuk sambung beradu. Min tidak bersedia untuk bertanya apa-apa dan turut tidak mahu menerangkan rasional dia berpakaian tika itu. Danny pula kelihatan biasa, tenang. Masing-masing tidak menyambung bicara kerana, Min yang lebih awal terlena.

Bila lelaki itu ada disisi, Min rasa selamat dan tenang.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku