Menggilap Gerhana
Bab 39
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
235

Bacaan






Keesokannya, dalam perjalanan ke tempat kerja Danny membuka bicara.

“along tu dah macam gila talak”

Dahi Min berkerut. Izha tak cuba untuk rujuk pun, jadi apa rasionalnya?

“...along kan bergantung dengan Min selama ni. Rasa hilang punca kut...”

Min rasa airliurnya tersangkut di kerongkong. Danny bercerita terus. Mama ada jemputan kenduri maka semalam, memang mama tiada di rumah. Dia hanya duduk di atas motor di luar rumah sampailah dapat contact mama, dan confirmed mama lambat balik.

“Sapa suruh jadi rider malam-malam buta. Kan dah mengembun kepala, tunggu atas motor. Nasib baik tak hujan…,” Min mengomel kemudian.

Danny gelak kecil, macam bukan isu besar.

“Kita balik rumah mama sama-sama lah....,” Min mencuba nasib. Danny geleng.

“Sampai bila macam ni?” Min tenung muka sang suami.

“…selagi along macam tu” ujar Danny.

“I pun ada hak untuk cuba selesaikan perkara ni…,” Min cuba lagi.

“…like how you want to solve it?...,” soalan itu membuatkan Min bungkam. Ingin Min ulang soal itu kembali kepada Danny, tapi dia tidak mahu matanya menerima jelingan tajam.

Nope. Not in the morning.

Puas dipujuk, Danny tetap dengan keputusannya. Hanya Danny yang akan kerumah mama. Noktah. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku