Menggilap Gerhana
Bab 42
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
259

Bacaan






Bagaimanapun akhirnya, mereka berdua mengambil risiko untuk pulang ke rumah mama di suatu hari Sabtu. Berharap Izha bekerja pada hari itu dan, jangkaan mereka tepat. Hanya mama seorang yang ada di rumah. Mungkin sekitar senja baru Izha balik, itu pun kalau dia tidak main badminton. Cuma kata mama, semenjak kebelakangan ini memang dah jarang sangat Izha menghabiskan masa diluar seperti dulu. 

Entah kenapa.

Danny ambil kesempatan untuk bercerita seluruhnya. Nyata, mama sangat terkejut. Berulangkali dia mengusap-usap dada dan menggaru-garu kepalanya sendiri. Berulangkali juga Danny memohon maaf langsung mencium tangan mamanya.

“jadi… setiap kali kamu keluar rumah tu?...” mama masih mohon diperjelaskan.

“…. Danny belajar dan ambik part time degree dan yang setahun pergi US tu bukan suka-suka main musik jalanan macam yang orang semua cakap pada mama. Danny ambik Master. Ampunkan Danny mama sebab tak cakap perkara yang sebenarnya. I should let you be apart of it. I should share it with you.”

Min nampak airmata mama mengalir mendengar cerita anaknya yang seorang ini.

“Danny tak mau menyusahkan mama. Lagipun course tu memang mama tak suka,”

Min turut rasa sebak bila mama memeluk Danny macam tak mau lepas. Danny cerita terus tentang kerjayanya. Bercerita sehabis-habis tiada yang tertinggal. Mama mendengar penuh minat dan dua beranak itu saling berpelukan, penuh emosi.

Tiba-tiba pintu terkuak keras. Izha muncul dengan langkah penuh longlai. Baju yang sedikit berkedut dan rambut basah yang separuh tersisir. Selekeh. Masing-masing terperanjat, namun mama pantas mengunjur soalan…

“awal hari ni along balik?”

Izha sibuk mencari-cari sesuatu dan tidak memperdulikan pertanyaan mama.

Min mula rasa gusar. Terlihat kelibat lelaki itu pun Min sudah resah. Lagikan pula muncul di depan mata.

Peristiwa di pejabatnya tempoh hari mula ligat berulang-tayang di ingatan. Min kerling Danny yang cuba kelihatan tenang sambil menghela nafas panjang. Izha masih tidak mengendahkan pertanyaan mama mahupun menoleh ke-arah mereka, lelaki itu terus melangkah masuk sambil menggaru-garu kepalanya.

Namun, langkah itu terhenti bila menyedari kehadiran Min. Mungkin tidak dijangka akan ada tetamu di rumah kerana Danny park kereta jauh selang dua tiga rumah, bukan di depan pagar seperti kebiasaan orang.

Min rasa jantungnya seakan berhenti berdegup. Kagetnya hanya tuhan yang tahu. Diluar jangkaan Izha meluru kearahnya laju. Min berusaha untuk melarikan diri.

“MIN!!!! Baguslah Min dah balik semula ke rumah ni. Abang rindukan Min!” Izha segera memegang bahu Min dan cuba menariknya rapat. Perlakuan Izha tiba-tiba menjadi agresif. Min dipeluk secara kasar dan dicuba kucup bibir Min berulangkali.

Segalanya berlaku sekelip mata!! Min hampir nak menjerit!

Keadaan berubah huru-hara. Min kali ini, dengan sepenuh tenaga menolak dan mengelak, manakala Danny yang turut tergamam, mula bingkas bangun dan menarik Min dan dengan penuh kepayahan cuba menjarakkan Izha. Min segera melarikan diri pantas ke belakang Danny dan memeluk erat. Menyembankan mukanya ke tubuh Danny yang kini berdiri mengadap Izha yang sangat terganggu. Izha yang mula menyedari kehadiran Danny mula bertutur penuh dengan makian yang tidak pernah surut dari bibirnya.

Mama mula menangis, dalam esak menutur kata memujuk Izha.

“tengok anak mama yang tak guna ni!!” Izha bersuara kuat, mengunjuk kearah Danny. Sambil meludah ke sisi, lelaki itu bercekak pinggang.

Min tidak mahu langsung melihat wajah marah Izha. Min tidak sangka Izha boleh terganggu sampai ke tahap itu. Dia cuma dapat mendengar mama beresak tangis dan memujuk Izha. Sebelah tangan Danny memegang lengan Min, erat. Min rasa airmatanya turun laju. Dia kira, baju suaminya sudah basah menadah airmatanya itu.

Mama tidak berhenti bercakap. Saat itu, masing-masing hanya berdiri mengadap satu sama lain. Izha memang sedang memandang Danny dengan dadanya yang berombak kencang dan bernafas kuat. Macam lembu naik minyak. Bermuka bengis dengan keserabaian di seluruh tubuhnya.

Danny turut tidak bersuara, cuma berdiri tegak bertentang dengan abangnya.

Min semakin rasa tak tentu arah, ada rasa macam nak lari keluar dari rumah itu. Dia cuba meleraikan pegangannya di pinggang sang suami namun Danny terus kejap memegang lengannya. Seakan tidak mahu Min pergi jauh.

“Danny dah nikah dengan Min, itu dah isteri dia, dah jadi adik ipar Along. Sudah la Along..,” mama mengongoi berulang kali menyebut ayat berulangan sambil mengurut dada Izha. Dipeluk, dan diusap badan Izha macam tak mau lepas. Macam ibu memujuk anak kecil yang membentak mahukan mainan idaman.

“dia rampas isteri Along ma, adik apa macam ni?” suara Izha yang macam halilintar sangat menggerunkan.

Mama tidak berhenti menarik lengan Izha yang sesekali cuba bergerak kearah mereka berdua. Sibuk dia menggerakkan badan mencari-cari Min di belakang Danny. Tatkala itu mama akan menguatkan pelukan, dan Danny yang berdiri diantaranya sentiasa menghalang.

“celaka kau perempuan! Jenis apa kau ni tidur dengan adik ipar sendiri hah?!” kata-kata rayuan sudah mula bertukar bila Izha tidak mendapat apa yang dia mahukan. Min mula menjadi sasaran.

Min sudah lali tentang itu. Bila darjah kemarahan Izha meningkat dia akan berlaku sekasar yang dia mahu. Danny tetap tegak berdiri disitu tanpa suara memandang tajam perilaku abangnya yang sibuk melampias kemarahan.  

“dia isteri adik long,” Danny bersuara perlahan akhirnya. Waktu itu, tona suara  Izha sudah mula mengendur.

Malangnya, ayat itu kembali meledakkan amarah Izha.

“dia kakak ipar kau bodoh, dia...dia tu.....bini aku!! Tak tau agama ke kau tidur dengan bini orang hah??!!! Izha kembali menjerit-jerit dan menengking. Maki hamun berbakul.

Sekali lagi Izha meluru laju, tatkala semua orang sangka dia cuma akan marah-marah di mulut. Dia berjaya merentap rambut Min yang mengurai.

Min ingat bagaimana dirinya terhumban ke lantai. Pegangan Danny yang kejap terlucut.

“Along!!!” mama menjerit menambah esak tangis. Hilang daya orang tua itu menahan rasukan si anak lelaki. Terduduk dia ditolak si anak lelaki yang sedang menggila.

Danny tak menunggu bergerak pantas memegang lengan Izha, cuba melepaskan rambut Min yang sedang direntap-rentap macam tak ada perasaan.

Min hanya mampu menggertap bibir menahan kesakitan tanpa berbunyi secuit pun. Ini adalah keadaan yang pernah dia lalui, bagaimana dia menahan dirinya dari menjerit dan menangis. Menahan kemarahan seorang lelaki yang gila. Ini, adalah seperti deja-vu. Seakan ulangan yang sudah beratus kali berlaku sepanjang tempoh 8 tahun itu.

Ibarat latihan gusti untuk Sukan gemilang. Latihan yang betul-betul untuk pertandingan yang betul-betul. Seumpama itu.

Danny mula naik angin. Dipukul bahu abangnya itu dan disiku tulang rusuk kiri. Izha tergolek menahan kesakitan dan Min ditarik rapat kesisi. Diseka airmata Min, dan dirangkul rapat.

 “memang kau perempuan celaka, tidur dengan adik aku. Aku ni, laki kau. Kau biarkan tak tentu arah. Sial!” ayat celaan tanpa surut keluar dari mulut Izha.

“kau dah ceraikan Min long, dan sekarang Min isteri aku!!!!” suara Danny meninggi. Segera dia menyalami mama yang menangis tidak berhenti.

Min dapat rasa dirinya bagai layang-layang dibawa keluar dari situ. Dia rasa kebas di sana sini.

Min hanya mampu memandang mama dengan linangan airmata. Hilang daya untuk menutur sepatah kata mahupun menghulur tangan untuk bersalaman.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku