Menggilap Gerhana
Bab 47
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
180

Bacaan






-abang nak tau berapa lama dah sebenarnya Min buat hubungan dengan Danny?- Izha

Text terbaru itu sungguh menyakitkan hati Min. Tak habis-habis lagi! Tak serik-serik!

Min tidak respon, dibiarkan saja…tetapi kalau dah masuk berpuluh-puluh ayat yang sama, Min jadi geram. Duduk dirumah dan disentak dengan text bertalu-talu macam tu, membuatnya rasa nak menjerit.

-Maaf, tolong jangan salah faham- Min membalas dengan 5 perkataan itu sahaja.

Tolong lah tak payah nak salah faham sangat. Tolong jangan peduli dan tolong lah pergi berambus.

-abang dah bagi masa pada Min, tapi Min tak peduli. Baiklah. Jangan menyesal- Izha

Text terakhir itu membuat Min berfikir seketika. Apa? Masa apa? Apa pulak yang jangan menyesal? Siapa yang sebenarnya menyesal sekarang? Heh!

Min tidak ingin peduli, tetapi dia mula risau. Dia sedang berkira-kira samada memberitahu perkara itu kepada Danny, atau tidak.  Tiba-tiba dia rasa ianya tidak penting. Text dari seorang bekas suami yang malang. Tidak betah untuk dikisahkan.

Malangnya dia terus dihantui persoalan. Berputar-putar akalnya mentafsir maksud kata-kata Izha. Rutin hariannya agak terganggu dengan kehadiran text itu. Namun akhirnya dia mengalah sahaja. Dia tidak mahu hadam lagi apa-apa pun kata-kata Izha. Sudah tidak relevan.

Bukan urusan nya lagi!

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku