Menggilap Gerhana
Bab 48
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
205

Bacaan






Seorang wanita memberi salam dari luar pintu pagar rumah malam itu. Kedengaran suara nya sudah separuh menjerit. Pasti sudah lama wanita itu berdiri dan melaung-laung. Asyik sangat mereka berdua suami isteri menonton movie menyebabkan tidak perasan kehadiran tetamu. Hairan kenapa tidak ditekan doorbell sahaja. Mama tiada dirumah mengikuti rombongan ke Medan, Indonesia. 5 hari lagi baru pulang.

Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Faizah, dan hanya mahu bercakap dengan Jasmin. ​Min yang hanya memerhati dari tingkap rasa sangat hairan. Siapa ya? Tidak pernah dia kenal wanita ini. Kelihatan muda, beruniform kerja lagi mungkin.

Keenganan Faizah untuk dijemput masuk memaksa Min akur untuk bertemu hanya di pintu pagar. Danny turut menuntun keluar bersama.

Wanita itu tidak ramah langsung. Huluran salam Min tidak disambut. Dipandang Min acuh tak acuh dan macam nak bergaduh.

“saya harap awak tak berbalas message lagi dengan Izha…,” nada suara yang agak keras membuat Min tersentak.

Serentak itu dipandang wajah Danny yang berdiri disebelah. Kerutan turut muncul di wajah sang suami. Apa maksud wanita ini? Dahi Min terus berkerut. Siapa wanita ini? Texting dengan Izha? Zaman bila?

“saya girlfriend Izha, dan sejak awak main message tu, dia dah tak jadi nak kahwin dengan saya!,”

Min semakin keliru. Hah? 

Message terakhir Izha lebih kurang seminggu yang lalu, cuma dibalas dengan satu ayat pendek. Apa yang tidak kena dengan text tersebut? Bukankah Izha yang menghujaninya dengan rangkaian text yang melambak. Kenapa Min pulak yang disalahkan? Min paksa dirinya berfikir terus, namun wanita itu nampak kurang senang dengan reaksi Min, lantas dia cuba bersuara, memaksa Min untuk mendengar lebih bagi memahami duduk perkara.

“tak kisah lah. Tapi tolong ya, dah awak hancurkan hati dia buat scandal dengan adik dia, tak perlu nak kacau pulak hidup dia sekarang…,”

Kening Min terangkat. “apa dia?!” Boleh pulak macam ni? Min cuba menongkah tapi wanita itu lebih laju memotong kata-katanya.

“masa awak masih isteri dia pun awak tak hargai dia. Saya yang pujuk dia supaya tak ceraikan awak, tu pasal dia bertahan tau...tau tak!?”

“What?” Min mula rasa naik angin. “....semasa saya masih isteri Izha? So, awak ni kekasih gelap dia…..?”

Kata-kata itu tersangkut di kerongkong bila terasa bahunya disentuh Danny.

“cik Faizah, awak girlfriend Along ya? Saya nasihatkan awak balik dulu, dan saya yakin bukan kami yang beri gangguan pada Along. Balik dulu ya?” Danny cuba memotong kata wanita itu penuh diplomasi.

“sudah-sudah lah Min, awak dah dapat apa yang awak nak. Jangan hancurkan hidup saya pulak! Kalau awak betul nak kan Izha, kenapa awak tak rujuk dulu? ” nada suara Si Faizah masih tak berubah. 

Rasa nak mencarut. Kalau tidak kerana usapan dibahunya, memang dah ada yang dapat makian free malam ni.

Faizah tenung Min tajam macam nak dikunyah telan.

Tapi Danny lebih pantas, Min disuruh masuk, dan Faizah disuruh beredar. Sambil menjeling tajam Faizah melangkah ke motornya yang selang beberapa kaki dari situ. Honda Wave merah. Dihidupkan enjin dan terus dipecut laju. 

Min menerima renungan tajam tatkala masuk kedalam rumah. Renungan itu membuat Min rasa serba salah. Ini menjadikan keadaan tidak seronok lagi.

Setelah pintu utama ditutup, Danny terus naik keatas. Min rasa serba salah. Min pantas menurut rapat, sedikit teragak-agak. Sempat dimatikan Tv yang tadinya ditonton berdua. Ada sedikit kekeliruan dengan isu ini.

Min segera merapatkan pintu bilik sebaik sahaja masuk, dan Danny kelihatan duduk dibirai katil memandangnya. Nasib baik ibu tiada, kalau tidak ini semua akan jadi persoalan besar.

“bila Along text Min?” perlahan sang suami bersuara, minta penjelasan. Memandang Min seketika sebelum melontar pandangan ke tingkap yang separa terbuka.

Min berteleku dihadapan Danny seraya memegang lutut suaminya. Memandang anak mata Danny lalu memberitahu akan perkara yang telah seminggu berlalu dulu.

“kenapa you tak beritau I sayang?” Danny menariknya duduk rapat disebelah. Min menghulur handphone nya dan disua text Izha, termasuk text balasannya – the one and only!

Danny scroll dan baca.

“you should tell me earlier,” Danny bersuara lagi, bernada rendah.

Min menelan airliur. Dia fikir ini tidak penting. Min mengaku sedikit teragak-agak untuk membuat keputusan samada mahu memberitahu atau tidak. Dia tangguh keputusannya sampai terlupa terus. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa di lobby, Min tidak mahu lagi nama Izha terkait kembali.

Min memaut lengan suaminya, menggosok perlahan mohon dimaafkan. Danny mencium ubun-ubunnya dan menyerahkan handphone semula. Berulangkali Min lafaz maaf kepada si suami. Kali ini wajah Danny sudah sedia tersenyum.

“I will never flirt. Never in my marriage.” Min sebut kata-kata itu perlahan, sepatah-sepatah beserta genangan air di kelopak mata.

Danny tiba-tiba ketawa kecil sambil menyeka airmatanya yang mula tumpah. 

“ehhh, apa ni? I know you sayang. You don’t have to worry...I nak you beritahu saja apa-apa yang I perlu tahu.” Danny menggenggam jemari Min erat. Dirangkulnya isteri tercinta yang sudah mula banjir airmata. 

“ni bukan pasal flirt, ni pasal janji kita. No.4 Tiada rahsia…ingat?,”

Min menarik nafas lega. Rembesan airmata di hapuskan.Ya, Min ingat. Itu adalah perjanjian yang dipersetujui bersama.

" I cuma tak mahu ada rahsia... itu saja,..." Danny menutur tambah.

“I always tell you everything sayang, yang ni je I terlupa,” Min cuma mampu tunduk menerima kesilapan dirinya. Seharusnya dia panjangkan hal text itu kepada Danny, tidaklah dia menanggung sendirian.

Danny kata dia akan hubungi mama nanti. Dia akan beritahu akan kejadian itu supaya mama boleh bersedia. Sedia untuk apa?

Apa-apa lah yang bakal terjadi.

Nampaknya Izha memang tidak serik duduk di lokap. Geram dibuatnya.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku