Menggilap Gerhana
Bab 50
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
189

Bacaan






Min mengeluh. Jadi apa cerita pulak tiba-tiba Faizah menyerangnya malam semalam? Dan lagi, dia hairan kenapa Izha tidak cepat-cepat nikahi saja wanita itu. Apa kena mengena antara Min dengan perhubungan mereka?

Danny kata, rupanya selepas penceraian itu, Izha ramai girlfriend lain. Berseronok-seronok dulu dan Faizah itu pun bukan serius, cuma suka-suka sahaja.

Min mendengus keras. Rasa loya tekaknya mendengar cerita kasanova seorang bekas suami.

Mama kata Faizah turut pernah hubungi mama bertanyakan tentang Min, samada rujuk semula, kononnya risau Izha menipunya. 

Kononnya Faizah tidak mahu menjadi penyebab runtuhnya rumahtangga orang lain. Izha sering mengelak bertemu, sering bagi alasan dan berperangai pelik.

Alangkah hipokritnya wanita yang bernama Faizah! Bukankah kau memang sudah menjadi orang ketiga dalam hubungan rumahtangga itu?

Min berkira-kira sendiri. Mungkin kah Izha berubah sejak mengetahui pernikahannya dengan Danny. Macam yang suaminya kata, Izha gila talak?

“ye, begitulah,” Danny mengiyakan terus.

Mama pun hairan kerana tidak pernah langsung Izha sebut untuk rujuk atau mahu bersama Min semula. Jadi, memang seluruh serangan itu adalah sangat mengelirukan. Izha memang sudah sakit. 

Sakit dimental.

“but no worries sayang, mama kata – tiba-tiba pagi tadi along kata dia nak bernikah dengan Faizah,” Danny tergelak kecil. Min membulatkan mata. Turut tergelak.

Sekarang, siapa yang keanak-anakan? Siapa yang terdesak? Siapa yang menyesal?

Ah persetan. Min tidak perlu nak fikir lagi hal disebelah sana. Biarkan mereka dengan dunia mereka.

Mama menasihati agar mereka tidak peduli akan Faizah dan kerenahnya. Kisah malam semalam itu turut membuatkan mama geram. Mungkin memang sengaja Faizah memerangkap Izha. Atau mungkin Izha sendiri yang merencanakan perkara itu agar nama Min terpalit sama.

Terpalit kononnya cuba menghalang pernikahan antara Izha dan Faizah. Konon Min yang gila talak.

Min tergelak lagi. Murahan!

Yang pastinya, perihal Izha cuba memburuk-burukkan Min terserlah dan jelas sekali tidak berjaya.

Danny kelihatan tak berminat ambil tahu lebih lanjut. Yang penting kata Danny, dia tahu Min, dan dia tidak peduli apa saja dakwaan Faizah. Dan dia tidak mahu ambil pusing siapa Faizah yang bakal berkahwin dengan Izha.

Sebulan kemudian, melalui text Izha kepada Min; mereka dijemput ke majlis akad nikah Izha dan Faizah. Namun jemputan itu seakan tidak dimaksudkan kepada Danny.

Nyata, Izha masih menyimpan sesuatu. Walaubagaimanapun, mama sudah awal-awal lagi berpesan. - JANGAN DATANG -.

Maka, dihari pernikahan Izha dan Faizah, Danny dan Min telah berlepas ke Amerika untuk bercuti.

Lebih baik dari berhadapan dengan orang-orang yang gila!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku