Menggilap Gerhana
Bab 51
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
205

Bacaan






-tengah buat apa tu?- Izha

Min menggertap bibir menerima text tersebut. Hampir setahun selepas majlis pernikahan, Izha tidak berkhabar berita …tiba-tiba ini? Lagi? Segera dia forward text tersebut kepada Danny. Kali ini dia tak akan membenarkan kejadian sama berulang. Danny suruh dia ignore saja. Sedikit kelegaan dalam hati.

Petang hujung minggu itu mereka suami isteri berjalan-jalan di sekitar mall yang baru dibuka. Tatkala mereka berada di groceries section...

“Dik!” satu suara memanggil dari arah belakang. Mereka sama-sama menoleh. Izha!…dan Faizah.

Kelihatannya Izha agak ceria dan pantas menghulur tangan bersalaman. Danny turut senyum seraya menyambut dan segera memeluk abangnya. Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah Danny. Manakan tidak, hampir setahun mereka tidak berhubungan. Min cuba senyum kepada Faizah namun...dingin. 

Oh. Tiba-tiba mata Min tertancap di perut wanita itu. Ada pembesaran...? hmm….

“saja Along tegur korang, dah nampak dari jauh tadi,” ujar Izha sempat mengerling Min.

Min rasa semacam, di hela nafas perlahan lalu menundukkan kepala memandang kakinya yang sengaja digerakkan perlahan kedepan dan kebelakang. Danny menganggukkan kepala lalu menyapa Faizah, namun wanita itu tetap mencuka.

“ni...hari tu korang tak datang majlis, tu yang nak kenalkan kaklong baru. Kut la nanti kau tak kenal pulak dik. Pisang berbuah sekali cukup lah,” Izha menutur laju.

Sangat mendalam maksud ayat itu, namun Danny hanya menyambut dengan ketawa besar. Min masih tidak mengangkat muka tetapi tangan Danny perlahan-lahan menyentuhnya. Menarik dan menggenggam jemarinya agar dia sentiasa rapat.

Sememangnya Min sedang merangka untuk bergerak sedikit jauh. Ternyata Danny lagi cepat menghidu pergerakkannya. Danny menarik Min makin rapat ke sisinya. Jemari Danny tidak berhenti bersentuhan. Walaupun komunikasi antara mereka berdua beradik tetap berlangsung.

Izha yang kelihatan terus-menerus mengerling, tiba-tiba menukar topik.

“mengandung ni,” ujar Izha seraya mengunjuk perut isterinya. “Masuk 7 bulan dah….tu tak mengandung lagi ke? Tak berjaya lagi??” Izha makin galak bersuara.

Min sedar Danny mengerlingnya sekilas, pantas Danny pula mencelah memotong perbualan dan meminta diri untuk berlalu. Kembali mereka meneruskan misi mencari stok makanan namun Min rasa dirinya mulai pasif, dan aktiviti itu terbatal.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku