Menggilap Gerhana
Bab 54
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
227

Bacaan






Hari itu entah kenapa Min rasa tak sedap badan.Kepalanya asyik berdenyut, dan dia rasa perutnya bergumpal tak ketentuan. Mop ditangan kerap di letakkan kebawah sepanjang kerja-kerja pembersihan sejak sejam lalu. Perlahan dia merapatkan diri ke sofa dan duduk menyandarkan diri. Terkebil-kebil dia memandang siling rumah. 

Berfikir.

Mungkinkah aturan bulanannya kali ini hendak datang menjengah?

Mungkinkah makanan tambahan yang diambil tidak sesuai dengan dirinya?

Min baru mencuba set makanan tambahan beberapa bulan lepas untuk kesegaran badan, tetapi baru sekarang dia rasa pelik begini. Kepalanya kini semakin sakit. Dia sudah tidak mampu membuka mata kerana cahaya terang seakan menggigit bebola matanya. Nafas rasa tersangkut-sangkut. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam, dan cuba berbaring di sofa. Min keseorangan kerana Ibu berada di Chiang Mai mengikuti lawatan dengan kawan-kawannya selama lima hari. Danny seperti biasa di universiti.

Setengah jam berlalu. Min rasa sedikit lega dan cuba berdiri untuk naik ke atas. Lebih baik kalau dapat mandi dan tidur sahaja. Tiba-tiba dia rasa ada cairan mengalir dicelah pehanya. Eh! Memang aturan bulanannya datang lain macam kali ni. Segera dia berlarian naik ke bilik, laju menuju tandas dan membersihkan diri. Kepalanya bertambah sakit. Perut pula semakin menggigit. Dia nampak segalanya makin terang, cerah dan silau. Dia cuba mencapai tombol pintu namun capaiannya gagal. Min melorot jatuh tetapi sempat menggapai dinding. Tangannya pula rasa lemah, dan kekuatannya menghilang. Cecair dikelangkangnya terus mengalir dan serasa semakin laju. 

Min sudah tersepuk tidak sedarkan diri.

Cahaya masih terang sewaktu dia membuka mata. Panahan silau itu membuatkan Min cuba menutup mata dengan kedua belah tangan, namun kelihatan banyak tiub berselirat di kedua-dua belah tangan. Rasa menyucuk, dan tidak selesa. Nafasnya laju. Di gagahnya memandang keliling.

“sayang.… I kat sini,” terdengar suara keramat itu dari sisinya. Dia tahu itu Danny.

Min berpaling dengan sedikit kepayahan.

“kenapa I ni?” Min cuba bersuara.

Danny senyum dan mengucup dahinya. Digenggam jemarinya erat. Min melihat wajah sang suami yang kelihatan merah padam, basah dengan airmata.

“Why you cry? What happen? I ni kenapa??”

Danny meletakkan jari telunjuknya di bibir Min. Cuba menenangkan diri Min yang agak cemas dan keliru. Danny melurut-lurut rambutnya perlahan. Tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya menyapu muka. Menyeka airmata yang cuba turun ke pipi.

Min menoleh keliling. Bau hospital. Cuba dia mengangkat tubuhnya sendiri untuk bangun. Tapi ditegah Danny. Min cuba mengingati kembali akan kejadian sebelumnya. Tentang dia mengemas rumah, dan berlari ke bilik air, dan...

Perut ni masih sakit, begitu juga kepalanya. Danny angguk-angguk bila Min mengadu sakit. Erat jemarinya di genggaman. Dia memang rasa dia akan tertidur lagi. Drip pack yang tergantung mula kelihatan berbalam-balam…dan dia tidak sedar lagi.

“you pregnant, sedar tak?” Soal Danny bila dia sedar dari lena kemudiannya.

Waktu itu Min dah rasa sedikit lega. Kata-kata Danny membuatkan Min menggumam panjang. Danny menyentuh jemari Min lalu bersuara penuh getar.

Reaksi Danny sungguh asing. Tidak pernah disaksikan selama ini. Min masih rasa keliru. Dahinya berkerut-kerut lagi, memikirkan tentang sejarah aturan kewanitaannya.

“kan sayang kata sikit sangat?” Danny menyoal lagi.

Memang sikit, tetapi ada. Kalau selalunya 7 hari, bulan lepas dan sebelumnya cuma 2 hari. Memang pun selama ini tidak pernah tetap.

“I am pregnant? Sure?” Min memandang wajah suaminya. Dia macam tak percaya.

“Min sayang, you're pregnant, tapi diluar rahim. Tu sebabnya dia turun…,” Danny bersuara sambil memandangnya, dengan mata yang basah dan merah.

Min yang mula cuba untuk bangun, berbaring semula. Dia tidak menjangkakan ini. Patutlah aliran darahnya agak pelik. Mencurah-curah macam paip pecah. Kegugurannya yang sebelumnya tiada tumpah darah seperti ini. Min tiada kata-kata.

“if this what it takes to have a baby, I rather not. Tak perlu lah…,” Danny bersuara tiba-tiba lantas memeluk tubuhnya. Merapatkan kepala ke perut Min dan teresak-esak tak semena-mena.

Min terkedu terus-terusan. Untuk pertama kali di dalam hidup, dia melihat seorang lelaki menangis seperti anak kecil, kerana tidak mahu kehilangannya. 

Aku bersyukur atas kehadiran lelaki ini, Oh tuhan!

Kini dia percaya akan perasaan cinta dan sayang yang utuh dan ikhlas. Perlahan diusap tubuh sang suami, yang mula mengangkat muka. Wajah yang penuh ratapan hiba itu di sentuh. Mereka sama-sama bertangisan.

“kalau Min rasa inilah keinginan Min dalam hubungan kita, izinkanlah I menolak. I love you so much I don’t want to risk your life for this. Please sayang,” Danny bersuara tertahan-tahan.

Min membiarkan suaminya mengucup tangan dan perutnya berulang kali. Danny bingkas bangun dan memeluk Min lantas berbaring disebelahnya di atas katil hospital itu. Masing-masing sudah tidak peduli. Saling mereka bertangisan. Saling memujuk dan menyulam rasa. Mengurai bicara. Mengikat perasaan yang lara. Mereka pasrah dalam gumam yang panjang.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku