Menggilap Gerhana
Bab 57
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
259

Bacaan






Enam bulan berlalu saat keguguran pertama dalam rumahtangga mereka. Min kembali rasa ketagih mengemas dan seronok dengan bau pewangi terutamanya pencuci lantai. Semua kawasan dalam rumah disental dan dikemas setiap hari dan Danny mula merasa curiga.

“have you check?,” Danny bertanya malam itu, selepas Min menolak hampir separuh nasi  ke dalam pinggannya.

“Check? Apa?” Min membuat muka hairan berkerut dan memandang suaminya yang turut merenung semula. Mata mereka bertentangan. Mulut Min kala itu sentiasa mengunyah.

“are you pregnant?” Danny tanya lagi dengan mata yang sengaja dikecilkan sedikit.

Min terdiam dan merenung Danny lama. Berfikir. Memang aturan bulanannya sentiasa terganggu. Kemudian dia senyum. Mengangkat bahu dan senyum lagi. Buah tembikai yang sudah sedia terpotong sebesar dua tapak tangan dipatahkan, sebahagian di letak ke dalam pinggan Danny, dan sebahagian lagi dikunyah rakus.

“I remember last time you suka sangat mengemas, kurang makan dan ni, macam ni,” sambal mengunjuk buah tembikai yang separuh didalam pinggannya. “let us go and check, boleh tak?” menderu ajakan Danny.

Min sengih. Dia baru berkira-kira nak sental lantai dapur esok hari. Tengah berkira-kira nak ambil seketul lagi ayam goreng itu tapi macam nak rasa sikit je dekat yang garing-garing. Sengih lagi dia mengadap wajah Danny yang masih mengerut dahi.

Seawal pagi esoknya mereka bersama-sama ke klinik. Sah. Min mengandung sembilan minggu. Min mula seronok dan ceria, manakala Danny…mula kelihatan runsing.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku