Menggilap Gerhana
Bab 58
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
291

Bacaan






Min kembali suka mencuci, suka makan tapi sedikit dan sangat suka wangian. Dia tidak betah melihat sedikit pun kekotoran dan itu sangat merunsingkan Danny. Runsing Min akan secara tak sengaja membuat kerja berat. Keterujaan Min memaksa Danny memendam kerisauannya dalam-dalam.

O&G sudah pun menetapkan tarikh untuk prosedur tersebut dan selagi ia tidak berlaku, Min tau Danny hidup dalam kerisauan. Mengeluh atau mengadu sakit sikit pun nanti Danny akan risau sampai tidak tidur malam. Makanya, seboleh-boleh Min akan tahan apa jua sakit yang datang. Dia tak mahu Danny susah hati.

Sungguh kali ini berbeza dengan waktu dulu. Izha tidak pernah ambil pusing apa yang berlaku, selalu sibuk bersama kawan-kawannya dengan segala macam aktiviti, dan hanya muncul di rumah selepas pukul 10 malam.

Dengan Danny? Min jadi permaisuri. Duduk, makan, mandi dan tidur. Perkara lain hanya dengan keizinan Danny SAHAJA. Kepada mertua masih belum dikhabarkan, tapi ibu Min sangat teruja dan seronok dengan berita itu. Berulangkali juga ibu mengingatkan Min supaya MENURUT arahan Danny.

Prosedur cerclage itu akhirnya berlangsung. Merah padam muka Danny menahan luluh jiwa melihat dia terbaring tidak berdaya sepanjang hari di hospital. Min tahu sekiranya diberi pilihan Danny akan menolak semua ini. Danny ulang banyak kali, dia hanya mahu bersama Min, dan hanya Min. Danny kelihatan gundah-gulana sepanjang prosedur itu.

Min pulih dengan baik selepas seminggu. Kandungan Min sihat dan ibu hamil itu juga semakin cergas. Kerisauan Danny tetap tidak berpenghujung dan seboleh-bolehnya Min tidak mahu mengadu langsung.

Kini sudah masuk minggu ke 29 dan Min semakin gian berhias dan turut mengheret orang sekelilingnya. Habis semua pakaian Danny yang kononnya lusuh dan koyak di buang. Puas pula Danny sorok segala barangan. 

Bermacam perkara lucu berlaku rentetan tabiat mengandung Min. Perkara yang tidak dapat ditegah tapi hampir kepada menyusahkan. Nak kata tidak pun tak boleh, nak kata iya memang tak mungkin.

Min hanya boleh memasak apabila ada orang di rumah. Hampir berlaku perang dingin dalam rumah itu kerana wanita hamil ini sangat cerewet. Ibu turut menyerah. Hanya Danny yang berjaya merungkainya.

“sayang, you jangan alih buku-buku ni ya, nanti balik I simpan,” Danny bersuara sebelum keluar dari rumah disatu pagi. Katanya buku-buku hadiah dari pelajar tahun akhir yang dibawa pulang semalam. Lupa nak dibawa keluar dari kereta, baru pagi itu teringat.

Min angguk, sambil menjeling buku-buku yang bersusun tinggi. Ada sembilan buah kesemuanya, masing-masing tebal lebih seinci. Min buat memek muka tidak puas hati, tapi segera disembunyi sebelum terkelihatan kepada Danny. 

Sang suami mengulang ayat yang sama. Kali ini bakal ayah itu paksa Min angguk dan setuju. Min mengerut hidung memerhati Danny hilang dari pandangan.

“Eee geramnyaa. Semak la letak situ.” Min mula mengomel sendirian. Tapi kerana dek janji maka dia terpaksa tahan mata menjeling lebih 100 kali ke arah itu sepanjang hari.

-apa khabar. Busy ke?- Izha

Text yang baru masuk itu membuatkan dia mengerutkan dahi. Apa lagi la abang ipar aku ni nak? Min tidak membalas.

Handphone berbunyi lagi. Gambar Si kembar.

-babies...rindu ni- Izha.

Min mendengus. Bila aku datang, kau perli memanjang. Serba tak kena kan? Min rasa macam nak balas balik dengan gambar babybump nya. Tapi,... ah! Tak kuasa.

Kandungannya itu masih tidak diberitahu ke pihak sana, baik mama atau pun rakan-rakan yang lain. 

Sejarah keguguran yang terdahulu seawal 25 minggu menyebabkan Min takut dan risau. Biar tempoh matang melebihi 28 minggu atau sekitar 7 bulan. Barulah dia bersedia. Walaupun sudah melakukan ‘cerclage’ tetapi trauma tetap ada.

Min hantar semua text dan gambar itu kepada Danny. Tak lama kemudian handphone nya berdering. Sikit pun Danny tak bertanya pasal text tadi, tapi soalan lain yang diulang.

“Sayang angkat buku tu ke?”

Min ketawa besar. Puas hatinya dapat mengusik sang suami hingga tak senang duduk. Biar lepas ini dia tak akan sepah-sepahkan barang lagi. Min terus ketawa sementara Danny terus bertanya separuh tertekan.

Soalan Danny dibiarkan tidak berbalas. Maka, setengah jam kemudian, Danny muncul di muka pintu dan mengangkatnya semua untuk disimpan. Min tidak dapat menahan tawanya melihat wajah lucu sang suami yang sangat mudah risau kala ini.

...dan sehingga tengah malam, Min asyik dengan tawanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku