Menggilap Gerhana
Bab 63
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
280

Bacaan






Masih tiada tanda-tanda hendak bersalin. Tiada kontraksi, tiada darah apa pun. Cerclage stitch telah pun dibuka sejak kandungan berusia 29 minggu. Menurut doktor, Min sudah boleh melahirkan bila-bila masa sahaja. Tapi nampak masih belum tiba masa.

Nak bersantai lama dalam perut ya? Min mengusapi kandungannya yang sarat perlahan-lahan.

Min dan Danny sedang menonton tv bila tiba-tiba loceng pintu pagar berbunyi malam itu. Segera Danny menjenguk. Ada teksi! Danny arahkan Min duduk diam. Waktu itu pukul 8.30pm. Baru habis makan malam. Ibu keluar menghadiri kenduri tahlil di surau. Maka tinggal mereka berdua sahaja.

Danny mempersilakan tetamu tidak diundang itu masuk. Bulat mata Min melihat gerangan yang datang. 

Faizah!

Perlahan Faizah duduk dihadapannya. Min terpaku sebentar. Hampir melopong. Malam-malam begini? Seorang diri?

“mama jaga budak-budak dengan bibik. Kebetulan saya jumpa kawan yang bawak teksi ni. Akak ni tau semua cerita, dia yang sukarela nak bawak kesini,” Faizah memula bicara.

Min masih tidak membuka mulut. Dia tidak mahu tanya samada mama tahu atau tidak hala tujuannya.

“kenapa Kak Long?” Danny terus tanya straight to the point. Mungkin itu yang dinyatakan Faizah diluar tadi. Faizah mengangkat muka, terus memandang Min yang masih penuh tanda tanya.

“saya nak mintak maaf…” suara itu mula sayu. “saya tau saya salah. Saya yang jadi orang ketiga dalam rumahtangga Min dan Izha dulu,” airmata mengalir laju di pipi wanita itu.

Min mengerut dahi. Itu cerita lama, yang sudah basi. Min cuba memotong bicara tapi Faizah lagi pantas, mengangkat sedikit tangannya dan menyambung. Minta Min untuk dengar saja.

“baru-baru ni kami gaduh, Izha terkeluar cerita pasal Min. Dia kata kalau bukan dengan dia, Min akan hidup susah. Sekarang pun katanya Danny asyik mintak duit dengan mama sebab tak mampu nak sara hidup,” Faizah menyeka airmatanya. 

“tapi saya tahu, duit yang tampung anak saya pun duit Danny, mama yang cakap. Duit yang mama bagi kat Izha dia buat beli basikal. 5 ribu harga basikal tu,” Faizah mula tersedu.

Danny kelihatan mengusap muka. Min pandang wajah Faizah dalam-dalam. Cuba menyelami..

“Izha tu marah sebab anak dalam kandungan ni bukan kembar. Dia nak kembar. Dia asyik marah-marah je sejak dah confirmed seorang je dalam perut ni. Asyik sebut nama Min. Asyik sebut jangan menyesal macam Min,” Faizah menyambung lagi tertahan-tahan. “saya rasa bersalah sebab Izha buat cerita pasal awak berdua,” dan esakkan semakin laju.

Danny menghela nafas yang panjang.

Faizah terus bercerita. Pasal isu kononnya Min main kayu tiga dengan Danny, macam-macam lagi isu yang Izha ciptakan. Faizah semakin mengerti yang semua isu dan cerita-cerita tersebut adalah tidak benar. Cerita yang berubah-ubah dan sentiasa mengelirukan. 

Faizah telah meluahkan isi hatinya habis-habisan. Bagaimana dia kenal Izha, bagaimana dia ditipu cerita-cerita Izha yang menyatakan Min mengabaikannya sepanjang perkahwinan. Bagaimana Min dalam diam berhubungan dengan lelaki lain. Bagaimana Min bergaduh. Bagaimana Min membuat alasan untuk tidak pregnant. Cerita-cerita yang membuatkan Min dan Danny berpandangan, sambil menahan ketawa.

Sungguh ia cerita sedih untuk Faizah, tetapi lucu bagi Min dan Danny. Dongeng!

Namun Min bersyukur Faizah sudah tau cerita sebenar. Faizah bercadang untuk terus ikat salur peranakan selepas ini, cukup lah 3 orang anak. Dia malu menerima bantuan dari mama dan Danny. Dia mahu bekerja semula kerana Izha memang tidak boleh nak diharap langsung.

Malam itu Danny menghulurkan sejumlah wang lagi untuk Faizah dan minta didiam-diamkan. Beriya Faizah menolak, tapi Min turut pujuk untuk dia ambil saja. Untuk anak-anak. Sempat dia berpesan supaya jaga kandungan baik-baik, dan sentiasa berhati-hati.

Faizah peluk Min erat. Sambil bibir menutur kata maaf berulangkali. Min menggosok bahu Faizah perlahan, dan menghantarnya pulang dengan senyuman paling bahagia yang mungkin pernah wujud.

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku