Menggilap Gerhana
Bab 64
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
322

Bacaan






Malam itu, Min berbual panjang dengan Danny. Berbual tentang kisah yang sebelum ini tidak pernah dibicara.

Min tanya, sejak bila sebenarnya Danny suka dia.

Sebelum jawab, Danny sudah gelak besar. Sambil mengusap perut Min, mengelus rambut Min, dan mencium jemari Min. 

“day 1 I saw you, masa Along bawak balik kenalkan dengan mama,”

Min membulatkan mata. Selama itu?

“Did you remember I never call you kaklong?” Danny menyoal lagi.

Min mengerut dahi. Memang pun! Min fikir Danny tak suka dia. Tak selesa dan tak ngam. Danny terus gelak lagi. Kali ini lebih kuat.

“you are the reason why I keep escaping myself out of the house. Belajar main gitar lah, repair motor, belajar drum…,” Danny mencuit hidung Min. “you are the most beautiful woman, and I fall for you so deep, bayangkan budak sekolah menengah jatuh cinta camana? Haa that how I was,”

Sesungguhnya Min sangka Danny tidak menyukai dia. Tidak sekelumit pun. Cinta monyet!

“tak monyet pun sebab cinta tu kekal sampai sekarang…,” Danny perbetulkan ayat Min.

“result sekolah pun teruk sebab masa tu kita duduk serumah kan? Bila you guys moved out, then only I can concentrate. Seksa jiwa ni tau,” Danny bercerita terus. Sedikit sambungan ketawa.

Min turut tersengih sambil memandang muka lelaki disisinya. Disentuh pipi sang suami yang sibuk mengusap perutnya yang bergerak-gerak. Turut excited dengar cerita daddy.

“masa you miscarriaged tu pun rasa nak peluk you kuat-kuat. Sedih bila dengar you menangis dalam bilik. I feel like to comfort you but I know I cannot. I afraid my feelings will harm you so I choose to be apart, lagipun bukan pandai nak pujuk pun…,”

Min hanya diam, memandang wajah si dia yang sentiasa membalas pandangannya. Min lantas memeluk Danny. Merapatkan telinga ke dada sang suami dan memejamkan mata mendengar degup jantung lelaki itu.

Min masih tak lupa bagaimana dia menyangka Danny bantu Izha membalas dendam selepas dia lafaz talak kepadanya. Memang banyak sangkaan buruk Min pada Danny waktu itu.

“I am so happy bila mama call me to informed that along divorced you. Mama menangis bagai nak rak, I horey-horey! Terus balik Malaysia, terus cari you and jumpa kat café.”

Danny melurut-lurut rambut Min, menciumi ubun-ubun Min dan memeluk erat.

“sebelum ni dapat jeling sikit-sikit je. Puashati I dapat tenung betul-betul sekarang,” lagi sekali Danny ketawa besar.

Gelihati sangat.

"tak pernah ada girlfriend sepanjang tempoh tu?" Mincuba mencungkil lebih dalam.

“hmmm pernah ada girlfriend,...tapi…hmm tak ngam lah,”

"Camana kalau tiba-tiba Jasmin ni pun didn’t suit you?" Min menduga.

“I dah usya you since I was 16 kut,” bertambah kuat ketawa Danny seiring jawapan itu.

Min tersenyum lagi. Sesekali ketawa terkekeh bila Danny cerita perihal kisah zaman dulu. Zaman dia masih bersama Izha. Bagaimana janggalnya menjadi isteri Izha berbanding menjadi isteri Danny. Sungguhpun usia perkahwinan masih hijau, tapi mereka selalu share cerita, tiada rahsia.

Manakala 8 tahun dengan Izha, bagai orang asing. Bagai ada dinding nipis memisah dua orang.

Kembali Min memeluk Danny, dan membiar Danny menciuminya. Mengusap kandungan yang turut galak bergerak dan menendang dengan lasak.

Min kena belanja ibu lagi dan lagi!

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku