Menggilap Gerhana
Bab 67
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
234

Bacaan






Min hanya memerhatikan Danny mengerjakan anak kecil itu. Dimandikan, diurut, disiapkan, diagah. Min masih tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa pun. Dia hanya berehat dan menyusukan bila tiba masanya. Danny yang membasuh baju, menukarkan baju, memandikan- bukan setakat bayi, tetapi dirinya juga.

Mujur Danny tidak pandai mengurut wanita selepas bersalin, kalau tidak mungkin semua bidan dalam dunia akan pupus. Diam-diam dia mengkagumi sang suami. Rare breed! 

Mama dan ibu hanya memasak dan menguruskan rumah. Senang kerja dua wanita itu bila Danny sapu bersih semua yang lain.

Hari itu, Danny dan mama keluar ke pasar besar seawal pukul 5am. Banyak barang mentah dah habis dan katanya mama ada special menu untuk orang dalam pantang!

Jam menunjukkan 8am. Min baru selesai mandi dan berurut oleh mak bidan yang ditempah khas. Si kecil sudah pun lena. Min berkira-kira untuk sarapan bila dia terdengar loceng pagar dibunyikan. Dijenguk dari tingkap biliknya namun tidak kelihatan sesiapa. Mungkin mak bidan tadi tertinggal barang.

Min toleh keliling, tapi tak ada pulak nampak apa-apa yang tertinggal.

Terdengar suara ibu dan seorang lelaki di bawah. Min memasang telinga. Suara lelaki itu kian jelas. 

IZHA!

Min membatukan diri di dalam bilik. Dia rasa gelisah kerana Izha datang tatkala Danny tiada di rumah. Min cuba menangkap perbualan ibu dan Izha. Dia tau ibu telah mempersilakan lelaki itu masuk. Dia mencari-cari handphone. Text masuk tak semena-mena.

-abang nak tengok Min tapi ibu ni macam tak benarkan je- IZHA

Min menarik nafas. Memanglah! Kan Danny tak ada.Takkan lah kau nak naik ke atas ni pulak! Min menggertap bibir.

Segera dia forward text itu kepada Danny, sekaligus menekan dail.

“I am on my way back,” perlahan dan dalam suara Danny menjawab panggilannya. Belum pun dia menuturkan apa-apa. Mungkin mereka memang sudah dalam perjalanan balik. Mungkin juga ibu telah text Danny sebelumnya.

Min menarik nafas. Dia tidak cuba bersangka buruk kepada Izha, tetapi berwaspada lebih baik. Saat Izha mengetahui yang dia mengandung dulu pun kelihatannya Izha tak tentu arah. Tak pasti samada marah, dendam, tak puas hati atau cemburu. Semuanya tidak bagus.

-tak boleh ke abang nak tengok Min?- IZHA

Min kembali menggertap bibir. Dia mendengus. Macamana kalau si Izha ni degil jugak dan naik ke atas, macamana? Segera Min menyelimutkan dirinya dan menarik si kecil hampir. Handphone digenggam kuat. Kayu besbol yang sentiasa ada di tepi katil di tarik dan dimasukkan ke dalam selimut. Dia merapatkan pintu dan menguncinya.

Hon kedengaran dari pintu pagar. Min tarik nafas lega. Itu pastinya Danny.

-I dah sampai- My sayang

Min memejamkan mata. Tersangat lega. Danny muncul dimuka pintu dan memberi salam. Danny kata dia dah jangka pintu itu akan berkunci. Min hanya senyum. Ibu masuk dan merangkul si kecil untuk dibawa turun.

“I will be right back,” Danny mengenyit mata dan keluar semula.

Tiada reaksi pelik dari airmuka Danny. Kembali Min cuba memasang telinga, tetapi gagal mengesan apa-apa yang menjengkelkan. Min menunggu penuh keresahan.

Lima belas minit kemudian, Danny naik membawa sesusunan baju yang telah dilipat. Hazidi di bawah bersama ibu dan mama. Izha sudah pulang. Serentak dengan itu juga, text masuk lagi.

-macam muka abang- IZHA.

Min mengangkat muka memandang Danny yang sedang merenungnya. Min segera mengunjuk text tersebut. Danny membaca sepintas lalu, menyapu muka dan menggaru dahi yang tidak gatal.

“jangan stress ok,” Danny bersuara perlahan…lama, sebelum menyambung bicara. 

“tapi along tu datang bukan nak tengok Hazidi pun,”

Min pandang Danny yang tunduk menggenggam handphonenya. Seketika kemudian handphone itu dihulur kembali. Min cuba selami kegusaran Danny. Mungkin sama dengan gundah hatinya.

Danny kata Izha tak cuba pegang mahupun menatap anak mereka. Dia sibuk memandang ke atas dan berulangkali bertanya Min. Mama tanya soalan pun dia tak jawab. Macam kalut sangat nak tengok Min. Ibu sebelum itu juga cerita yang Izha seakan mahu meluru nak naik ke atas tetapi berjaya dilengahkan sehinggalah Danny tiba.

“along tu macam kusut, macam tak tenteram,” Danny bersuara sambil menggenggam jemari Min. “jangan risau ya sayang, sekadar pengetahuan you, okay?,”

Min angguk. Dia memang rasa Izha masih celaru. Min lega Danny turut menyedarinya.

Petang itu, Danny tukar semua kunci rumah, termasuk bilik tidur. Dia tidak mahu ambil risiko. Dia tidak mahu Izha datang dan membuat onar tatkala dia tidak ada di rumah. Mama balik ke rumahnya malam itu. Mama turut rasa kelakuan Izha agak mencurigakan. Mama kata memang Izha ada hubungi dia pagi itu untuk datang menjenguk Min dan anak, tetapi mama dah beritahu mereka akan keluar. Tidak disangka anak lelaki nya itu datang dan cuba mengambil kesempatan. Entah lah kesempatan apa yang Izha mahukan. 

Sedikit sebanyak ada kerisauan terdetik. Masing-masing berdoa agar Izha tidak mengulang kerja gila yang dia pernah lakukan. 

Semoga semua di dalam rahmatNya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku