Menggilap Gerhana
Bab 72
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
273

Bacaan






Di dalam kereta beberapa kali Min mengerling ke arah wajah Danny yang merah padam. Sepanjang pemanduan lelaki itu tidak bersuara langsung, hanya memandang ke hadapan dan tidak bereaksi sedikit pun. Min hanya bernafas perlahan, dalam-dalam dan diam-diam. Sehingga tengah malam itu, Danny masih menyendiri.

Marahkah Danny bila dia ungkapkan kata-kata yang kasar itu kepada abangnya? Malukah Danny bila dia menjadi adik ipar yang kurang ajar kepada abangnya?

Min terjaga di tengah malam dingin, tatkala semua orang lena diulit mimpi. Terdengar esak tangis perlahan yang tidak memungkinkan si kecil Hazidi. Anak kecil itu tidur lena di ayunannya. Min menoleh keruangan kanan. Kosong. Namun kelihatan sesusuk tubuh lelaki menyandar di tepi katil dengan kepala sedikit tunduk. Tersengguk-sengguk.

Danny?

Pastinya.

Perlahan Min merapati. Mengusap tengkok suaminya perlahan. Esakan menjadi surut. Min sempat menjeling ke arah Hazidi yang masih lena, sebelum menggelungsurkan dirinya ke sisi suami.

Muka Danny telah merah, dibasahi airmata yang mengalir. Min memandang keanak mata sang suami dan Danny melurut lengannya lembut. Mereka berpegangan dalam diam yang panjang. Malam itu mereka berdua tidur berpelukan di tepi katil.

Keesokan harinya Danny sudah ceria sedikit, masih dibelenggu kisah semalam tapi Min tau Danny semakin ok. Pinggang rasa lenguh kerana tidur di lantai malam tadi tapi tak apalah, hasilnya Danny sudah tenang.

Pergolakan jiwa Danny semalam sangat merisaukan. Danny kecewa kerana Izha tidak dapat menerima kenyataan. Danny sangat gusar sekiranya kemelut keluarga ini akan membuatkan Min lari meninggalkannya. Min tidak pasti apa yang menyebabkan Danny boleh berfikiran begitu. Tapi yang pasti, bukan Min yang perlu Danny risaukan. Min yang risau sekiranya Danny yang akan membuat penyerahan.

“I love you, and I won’t let you go.”

Patah kata itu Min akan ingat. Danny ucap malam tadi dengan linangan airmata, tatkala, Min menyatakan kerisauannya terhadap perlakuan sang suami.

Danny kata dia cuma rasa kesal, marah, kecewa dan terhiris dengan perlakuan abangnya. Melepaskan Min tidak ada dalam kotak fikiran. Tiada dalam jiwa.

Min sangat berharap kekusutan ini segera terlerai.

Lanjut beberapa hari selepas itu, Danny dan Min kembali sibuk dalam urusan harian, dan mereka kembali ceria seperti biasa.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku