Menggilap Gerhana
Bab 73
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
282

Bacaan






Berbulan sudah mereka tidak berhubungan dengan Izha. Danny turut tidak menjawab panggilan telefon mama, dan mama turut tidak muncul lagi di rumah ibu. Seakan merajuk antara satu sama lain. Danny seakan tidak mahu ambil tahu lagi apa saja cerita berkaitan Izha. Hanya Min yang selalu menghubungi mama dan bertanya khabar. Mama pula semakin sibuk menguruskan cucu barunya dan semakin jarang dapat melepaskan diri.

Hazidi sudah mula berlari laju. Petah memanggil semua orang dan mengarah disini sana. Ibu tidak jemu-jemu melayan kerenah cucu kecilnya yang aktif tidak terkata.

Peristiwa lalu sudah semakin dilupakan, sungguhpun ia hampir memakan jiwa sang suami, Danny sudah bersikap seperti biasa tetapi rentetan kejadian itu, setiap hari selama lebih dua bulan Danny ucapkan cinta berulangkali sepanjang hari dan memohon janji Min supaya tidak meninggalkannya. Danny nampak agak terkesan. Walau sudah Min terangkan berulangkali yang kerisauan itu tidak releven.

Danny kini telah membeli sebuah rumah lain yang berkonsepkan dalam taman. Bilik untuk ibu sudah pasti, kini mereka mampu menyediakan bilik untuk mama juga andai mama mahu bersama-sama di situ.

Kawasan berpagar, bersekuriti dan berada di kawasan terancang. Sedia ada sekolah, masjid, taman rerkeasi, dewan besar serbaguna, clubhouse, sebut saja!

Kini Min sudah tidak perlu lagi risau dengan kedatangan Izha yang tidak dijemput atau anasir-anasir lain yang tidak perlu.

Lebih santai, dan kini boleh dikatakan, lebih kerap mama berada di rumah itu berbanding rumah yang dihuni bersama Izha.

Beberapa kali mama sebut nak beri saja rumah itu kepada Izha, Danny dan Min pula tanpa jemu ajak mama duduk dengan mereka. Tetapi mama kata nanti Izha kecil hati, hari tu pun Izha mula sebut-sebut perihal pilih kasih, tentang mama yang asyik dengan anak dan menantu disini….

Asyik dia dan Faizah kena tinggal. Katanya!

Walhal Faizah tidak kisah pun. Lucu! 

Kedua suami isteri itu tidak pernah diajak untuk datang ke kediaman baru itu. Itu arahan mama.

Jadi untuk setakat ini, biar kontroversi itu tidak diajak masuk. 

Lebih tenang.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku