Menggilap Gerhana
Bab 74
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Disember 2017
Jika kau terluka, aku turut sama...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
297

Bacaan






Suatu ketika, Min dan Danny singgah di rumah mama memberikan cenderahati sepulang dari percutian luar negara. Mereka singgah tatkala Izha ada dirumah. Kebetulan. Mungkin menghabiskan cuti tahunan, atau ada agenda lain, namun mereka tidak memperdulikan kelibat Izha.

Izha yang waktu itu sedang sibuk membelek basikal ‘5ribu’ macam gugup antara seronok dan tidak. Melihat si kecil Hazidi, melihat Min dan melihat Danny.

Faizah beriya menjemput masuk namun ketiadaan mama, membuatkan mereka menolak. Izha sentiasa cuba berbual kosong dan bersungguh cuba untuk untuk menonjolkan dirinya. Berbual seakan tidak pernah berlaku pergeseran antara mereka. Seakan lupa hati-hati yang telah disakiti.

Min cuma nampak betapa Izha masih sangat berusaha memperlihatkan dirinya yang lebih baik dan lebih bagus berbanding Danny. Manakala Faizah mesra teramat, sentiasa cuba menongkah dan memperlekeh ayat-ayatIzha.

Dan akhir bagaimana Faizah menghenyak si kecil Sofia atas riba Izha yang waktu itu sibuk bercerita akan keinginannya untuk terus menambah zuriat. Macam nak ajak mereka berlumba beranak!

Yang ada pun tak terbela.

Izha bungkam. Faizah mengomel berterusan. Min hampir tidak dapat menahan tawanya, segera bergegas meminta diri. Tidak mahu terperangkap di dalam kemelut itu. Bergegas mereka berlalu laju.

Di dalam kereta mereka berdua terburai ketawa.

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku