MIMPI YANG PASTI
Mimpi 2
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Disember 2017
Sampai bila kita mahu terus berada di takuk yang sama? Kenapa kita tidak mahu berubah sedangkan telah banyak nikmat yang Allah dah turunkan untuk kemudahan kita? Moga Humaira Alwanis akan membawa kita semua mengatasi perdebatan diri kita ini untuk menjadi yang lebih baik. *Setiap MIMPI insyaAllah akan diterbitkan pada hari Rabu. Namun, setakat ini Dr. Writer baru menulis sehingga bab 5 jadi sekiranya ada minggu yang saya terlewat release mohon dimaafkan bagi yang menunggu tu ye.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
117

Bacaan






*MIMPI 2*


“So kind of you. What is your name?”


"Eh, kita nak makan kat mana ni ek? Buntu betul lah nak makan apa and makan kat mana setiap kali nak makan kat luar. Itulah sebabnya kita tak suka makan luar. Tapi kali ni terpaksa sebab malas nak masak. Hahah.", rungut Humaira sambil tangannya mengawal stereng kereta dengan cermat.

Humaira berasa sangat beruntung dan bersyukur sekali kerana ayahnya sudi menyediakan kemudahan kenderaan untuknya sejak dia mendapat tawaran belajar di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta). Sedangkan abangya, Izzat dahulu tidak dibekalkan apa-apa kenderaan sewaktu dia di alam belajar melainkan sebuah basikal yang dibelinya sendiri. Seketika dahulu pernah juga dia terfikir yang  perkara ini agak tidak adil bagi abangnya tetapi kini dia memandangnya secara rasional bahawa dahulu keadaan ekonomi keluarganya tidaklah seberapa mewah berbanding sekarang. Mungkin sebab itulah ayahnya tidak dapat menyediakan kemudahan kenderaan buat abang Izzat, bukan atas sebab dirinya dimanjakan. ‘Ingin ditekankan! Aira tak manja, okey!’. Humaira sangat tidak suka apabila dirinya dikatakan manja setiap kali sesiapa sahaja yang mengetahui dia ialah anak bongsu. Dia sangat sensitif mendengar perkataan manja kerana baginya dalam keluarga mereka tidak pernah dibahagi-bahagikan kasih sayang antara mereka. Semua ahli keluarga mereka dilayan sama rata antara satu sama lain. Maka, tidak pernah terlintas perasaan cemburu antara mereka dan alhamdulillah mereka bahagia bersama. Itulah kelebihan keluarga mereka. Mereka sentiasa belajar untuk saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain walaubagaimana sibuk sekalipun hati dan doa mereka tetap bersama.

"Pergi Sushi King nak? Dah lama sangat tak makan kat sana. Jadi teringin pula, hehehe.", jawab Nathrah. Wajahnya nampak berseri membayangkan banyak pilihan makanan yang tersusun di atas pinggan yang bergerak itu.

"Ok juga tu. Dah lama kita tak makan sushi kan? Mmm, fikirkan sushi tu je pun dah terliur ni. Hehe.".

Dua-dua sahabat ini pun terus jadi terliur membayangkan makanan-makanan sushi tersebut.

Sampai sahaja mereka di kawasan parkir kereta shopping complex Humaira pun perlahankan kelajuan kenderaannya sambil mereka bersama-sama terintai-intai mencari parkir yang kosong. Akhirnya, Nathrah ternampak ada satu petak parkir yang kosong di bahagian hadapan yang berdekatan dengan pintu utama. Dia pun segera memberitahu Humaira untuk parkir kereta di situ sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah tempat tersebut. Mulutnya juga termuncung sama ke arah di mana jarinya menunjuk bagaikan muncungnya itu dapat sampai di tempat parkir tersebut lebih awal daripada kereta mereka. Baru sahaja kereta mereka sampai di lorong parkir tersebut dan ingin membelok masuk ke petak parkir tiba-tiba terdapat sebuah kereta yang kelihatan mewah memecut masuk ke petak parkir tersebut. Humaira dengan mukanya yang gembira sebentar tadi terus berubah 360 darjah. Nasib baiklah kakinya sempat memijak brek dengan pantas. Kalau tidak, tidak tahulah dia apa akan jadi pada kereta kesayangannya itu.

"Hesh! Kurang ajar betul lah mamat ni. Sesuka hati dia je nak masuk terus. Dah lah salah laluan jalan. Hey, kat sini ada peraturan lah! Kalau eksiden tadi macam mana? Nasib baik kita sempat brek. Kalau tidak.. Ish, sakit pula hati kita. Sabar je lah.", rungut Humaira tidak puas hati.

Kalau bukan disebabkan dirinya yang jenis tidak suka main hon kereta, sudah lama dia tekan hon banyak kali sampai puas hatinya. Biar semua orang tahu lelaki itu telah membuat kesalahan dan dirinya tidak diadili.

"Ish, macam nak tekan je hon ni banyak-banyak kali.".

"Apalah mamat ni. Tau lah kereta dia mewah, tapi mana boleh buat macam tu. Ingatkan shopping complex ni mak ayah dia punya ke? Awak ni pun satu, tekan je lah hon tu biar dia tau yang perempuan ni bukan senang boleh dimain-mainkan. Huh!", sokong Nathrah.

"Alah, Nath bukan tak tau kita ni kan baik orangnya. Mana pernah main hon buat pencemaran pendengaran semua ni. Dah lah malas nak layan mamat sengal tu nanti lambat pula kita makan. Dah lah perut lapar. Sekarang tambah hati pula sakit cakap pasal sikap orang yang tak reti nak hormat orang lain tu.".

Kereta mereka pun beralih ke kawasan parkir yang agak terkebelakang. Bersyukur sangat kerana ada lagi tempat parkir yang kosong di situ. Humaira pun segera memarkir keretanya di situ.

"Alhamdulillah. Nasib baik ada tempat kosong.".

"Alhamdulillah.", syukur Nathrah sambil segera membuka pinta kereta.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Setibanya mereka di hadapan Sushi King mereka pun melilau mata mencari tempat duduk yang berdekatan dengan ruangan chef memasak yang terbuka. Tempat duduk itu sering menjadi special port mereka kerana katanya kalau duduk depan-depan chef tu senang nak dapat macam-macam pilihan sushi dan senang nak rembat sushi-sushi yang baru.

“Wah, rambang mata pula tengok sushi-sushi ni. Habislah wallet kita, kempislah jawabnya.”, kata Nathrah sambil memandang barisan sushi di hadapan matanya yang membulat.

“Maira pun rasa macam nak ambil semuanya lah..”

Ligat sahaja tangan mereka mencapa dua tiga piring kecil sushi yang berlainan jenis. Mereka menikmati makanan masing-masing dan saling berkongsi makanan. Dengan kelembutan beras sushi yang ditambah pula dengan ketulan crabstick atau lapisan salmon yang bersalut dengan lapisan rumpai laut yang telah diproses, gabungan tersebut membawakan perasaan yang segar dan bagaikan berada di Jepun. Tambahan pula, apabila dicelup dengan sos yang disediakan menambahkan lagi aromanya yang tersendiri. Satu persatu sushi-sushi itu dikunyahnya dengan penuh kenikmatan.

Pada masa yang sama, tiba-tiba telinga Nathrah tertangkap perbualan antara dua jejaka yang duduk berdekatan dengan tempat mereka duduk. Dikerlingnya wajah-wajah empunya suara yang menawan itu sekilas. Tidak nampak sangat. Dikerlingnya sekali lagi untuk mengecam wajah-wajah tampan tersebut dan akhirnya terpaku matanya pada wajah yang satu itu.

Nathrah yang sambil mengunyah mulutnya sempat berkata, “Handsome-nya lah hai ‘mat saleh’ tu... Kalau lah dia terpikat kat kita takkan dilepaskannya buat selama-lamanya. Ehehehe.”.

Nathrah sudah tersipu-sipu sambil menjeling-jeling ke arah ‘mat saleh’ yang dikatakannya itu. Humaira pun menoleh sedikit kepalanya mencari wajah ‘mat saleh’ yang telah menarik perhatian sahabatnya itu. Kemudian, cepat-cepat ditoleh kepalanya kembali ke posisi yang asal setelah menyedari terdapat dua pasang mata yang sedang memandang ke arah mereka. Gulp. Air liurnya ditelan perlahan. Humaira tidak menyangka bahawa kegiatannya dalam mencari wajah jejaka-jejaka tampan tersebut dapat dikesan oleh tuan empunya badan.

“O.M.A. (oh my Allah), Nath. Dia orang tengok sini lah..”, bisik Humaira sambil berpura-pura sedang mengambil sushi menggunakan chopstick di tangan.

“Alah, buat macam biasa je. Macam tak biasa pula awak ni.”, jawab Nathrah bersahaja. Sedangkan, dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya dia apabila ‘mat saleh’ itu turut menjeling ke arahnya sambil tersenyum. Mukanya mula terasa panas akibat rasa malu yang teramat. Apakan tidak, jejaka handsome membalas pandangannya dengan senyuman menawan yang mencairkan hatinya. Bagaikan ais yang mencair dan menyejukkan mata yang memandang.

“Awak rasa yang seorang lagi tu foreigner juga kah? Sebab muka dia tak macam European sangat. More to Asian looks. But it’s not like a typical Malaysian right?”, tanya Humaira. Badannya menjadi keras dan hanya menghadap ke hadapan kerana tidak mahu wajahnya dilihat oleh jejaka-jejaka tersebut.

“Hm, yeah. I also think that he is more to Asian looks. Tapi boleh tahan handsome juga mamat tu. Dia orang speaking kan? Tapi macam bukan fully english je kan? Bahasa apa tu eh? Macam tak pernah dengar je.”

“Ha’ah, bahasa pelik. Haha.”

“Eh, Maira.. Awak tak teringin ke nak cari foreigner jadi calon suami? Kita pernah terfikir macam nak travel to overseas and then mana tahu tetiba tersangkut satu dua mamat handsome. Oh, bahagianya hidup… Hm… Eh, apa kata kita buat-buat macam nak pergi bayar kat counter lepas tu buat-buat terjatuh sebelah meja ‘mat saleh’ tu. Lepas tu ‘mat saleh’ tu tolong, and then kita mintalah nombor telefon dia. Lepas tu…”

Nathrah sudah mula memasang angan-angannya yang tidak berkesudahan itu. Lantas Humaira menyepit chopstick-nya di hadapan muka Nathrah sekaligus mematikan niat Nathrah untuk terus menyambung angan-angan.

“Eh, awak tu belajar pun belum habis tau. Tak payah nak berangan-angan mak Jenin pula ya. Nanti kalau betul ‘mat saleh’ tu jadi nak kahwin dengan awak lepas tu bawa awak lari ke pelosok dunia mana entah. Niaya awak nanti. Bilanya pula awak nak habiskan degree awak ni? Then, dengan siapa pula saya nak lepak kalau awak tak ada? Hmm..”, jawab Humaira dengan nada sedih.

“Lepas tu.. Lepas tu..”, rajuknya lagi.

“Mana ada.. Insya’Allah kita takkan tinggalkan awak lah. Kalau dia jadi nak kahwin dengan saya, saya akan suruh dia tunggu saya sampai saya habis belajar dulu. Bila saya dah start kerja barulah saya boleh ikut dia pergi mana-mana.”. Nathrah tergelak kecil dengan gurauan sahabatnya itu.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Setelah usai makan mereka pun beredar dan bercadang untuk berjalan-jalan meninjau pakaian dan mencuci mata di dalam shopping complex itu. Seperti biasa mereka hanya mencuci mata dan tidak membeli-belah walau satu pun kerana mereka ingin berjimat dan tujuan mereka meninjau itu adalah demi kesihatan jantung mereka katanya.

Sampai sahaja mereka di hadapan sebuah kedai buku mereka pun melangkah masuk. Humaira dan Nathrah membelek-belek buku dan berjalan dari satu rak ke satu rak yang lain. Tiba-tiba, datang seorang kanak-kanak lelaki terkedek-kedek berlari ke arah Humaira sambil memeluk sebuah buku dengan kedua-dua belah tangannya. Kanak-kanak itu menarik sedikit seluar Humaira tanda menyuruh Humaira untuk duduk mencangkung. Humaira pun turutkan sahaja permintaan kanak-kanak tersebut sambil tersenyum gembira. Humaira sangat sukakan kanak-kanak. Lagipun, dia tiada adik, maka, kanak-kanak di sekelilingya menjadi tempat dia meluahkan kasih sayangnya terhadap kanak-kanak.

Kanak-kanak tersebut hanya tersenyum riang dan menghulurkan buku dalam pelukannya itu kepada Humaira. Tajuk buku itu dibacanya. ‘The Purpose of Life’. Humaira menoleh kembali ke wajah si comel itu.

“You want to give this to me?”.

Lantas si comel itu pun menganggukkan kepalanya.

“Good boy.”, puji Humaira sambil mengusap lembut rambut si comel itu.

“So kind of you. What is your name?”

“Harith.”, jawab si comel sambil tergelak kecil.

Humaira pun melayan karenah Harith bagaikan bermain dengan adiknya sendiri. Tidak lama kemudian Humaira pun bertanya kepada Harith siapakah yang membawanya datang ke sini. Risau juga dia sekiranya penjaga Harith bimbang akan ketiadaan Harith di sisi. Lantas Humaira mendukung Harith sambil berjalan mencari penjaga Harith. Baru sahaja dia melangkah keluar dari barisan rak itu, tiba-tiba seorang lelaki berkemeja biru lembut berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tetapi di mana, ya?

“Hey there, boy. Where have you been with that book?”, tanya lelaki itu kepada Harith.

“Are you his guardian, sir?”

“No. I’ve only met him here and he took that book from me. His mother is right there, miss.”, jawabnya sambil tergelak kecil. Lelaki itu mencuit lembut pipi gebu Harith.

Humaira pun menoleh ke arah seorang wanita yang kelihatan tersenyum dari jauh. Wanita itu berjalan menuju ke arah mereka bertiga. ‘Cantik dan nampak lembut orangnya. Patutlah Harith pun comel.’, detik hati Humaira. Harith membuka besar kedua-dua tangannya apabila ibunya memanggil namanya menandakan ingin didukung oleh ibunya. Ibu Harith pun mendukung Harith sambil mengucapkan terima kasih kepada Humaira. Wanita itu melangkah pergi bersama Harith.

Humaira tersenyum sahaja melihat telatah Harith dengan ibunya. Geli hati dibuatnya apabila melihat kanak-kanak sekecil itu kepoh bercakap bagaikan memberitahu ibunya apa yang telah dilakukannya sebentar tadi. Harith bertutur dalam bahasa yang Humaira sendiri tidak pasti dari negara mana.

“Miss, do you mind if I have that book..in your hand?”, tanya lelaki itu dengan penuh sopan.

“Oh, sure you can have this. It was just that Harith gave it to me. So, I hold it for him. Yes, you can take this.”

Humaira menghulurkan buku itu kepada lelaki tersebut dan buku itu pun bertukar tangan.

“Do you mind if I ask your name?”

“Aira. I mean, Maira. No, I mean, Humaira.”

Speechless. Humaira jadi terkedu sebentar. Pertama kali dirinya bagaikan bukan menjadi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

“OK. See you then, miss Aira.”

Lelaki itu terus beredar ke kaunter pembayaran tanpa memberitahu namanya. Humaira terkebil-kebil sendirian sehinggakan Nathrah yang telah berdiri lama di sebelahnya pun tidak disedarinya. Nathrah lantas menyergah Humaira yang membuatkan dia sedikit tersentak.

“Astaghfirullahalazim! Janganlah sergah macam tu. Kita terkejut tau tak? Nasib baik tak ada sakit jantung. Apa lah..”, rungut Humaira sambil mengurut dada.

“Sorry lah. Awak tu yang khusyuk sangat melilau mata tu tengok mamat handsome tu sampai kita panggil-panggil pun tak sedar. Eh, tapi muka mamat tu macam pernah nampak lah. Eh, bukankah dia mamat Asian yang kita jumpa kat Sushi King tadi?!”. Suara Nathrah yang tiba-tiba ber-pitch agak tinggi sedikit itu membuatkan semua mata memandang ke arah mereka. Untung sahaja mamat handsome tu dah tiada di situ lagi. Kalau tidak malu sampai ke sudah Humaira jadinya kerana bertemankan sahabat yang bercakap mengalahkan bercakap menggunakan microphone.

“Kalau ya pun janganlah cakap kuat-kuat kat sini.”. Humaira sudah mula menjarakkan dirinya dari Nathrah sambil berpura-pura menutup wajahnya dengan tangan.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
MIMPI 1 | Mimpi 2 | Mimpi 3 | Mimpi 4 | Mimpi 5 | Mimpi 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku