MIMPI YANG PASTI
Mimpi 3
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Disember 2017
Sampai bila kita mahu terus berada di takuk yang sama? Kenapa kita tidak mahu berubah sedangkan telah banyak nikmat yang Allah dah turunkan untuk kemudahan kita? Moga Humaira Alwanis akan membawa kita semua mengatasi perdebatan diri kita ini untuk menjadi yang lebih baik. *Setiap MIMPI insyaAllah akan diterbitkan pada hari Rabu. Namun, setakat ini Dr. Writer baru menulis sehingga bab 5 jadi sekiranya ada minggu yang saya terlewat release mohon dimaafkan bagi yang menunggu tu ye.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
159

Bacaan






*MIMPI 3*


“Gurauan-gurauan menghiburkan itu bukan sahaja dapat menghilangkan stress bahkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim..”



‘Ha ah la… Lelaki tu lah yang pandang aku dengan pandangan semacam tu waktu aku toleh pandang dia orang kat Sushi King tadi.’

Kaki Humaira melangkah keluar dari kedai buku tersebut tanpa menghiraukan Nathrah yang ketinggalan di belakangnya. Nathrah yang baru selesai membayar buku yang dibelinya itu terus terkejar-kejar mendapatkan Humaira yang bagaikan tidak menyedari kewujudannya di belakang.

“Heh, kenapa laju sangat ni? Sakit perut nak balik cepat ke, hah?”. Pertanyaannya tidak dijawab.

“Hoi, Maira!”, dipetik jarinya di hadapan muka Humaira untuk membawa kembali sahabatnya itu ke dunia yang nyata.

“Apa? Awak nak buang air?”. Humaira terpinga-pinga melihat Nathrah yang sudah berpeluk tubuh di sebelahnya. Mereka masih berterusan berjalan menuju ke tempat parkir kereta di luar.

“Handsome kan mamat Asian tu?”, tanya Nathrah ingin membaca fikiran Humaira saat itu.

“Biasa je.”

“Agaknya budak comel tadi anak dia ke?”, tambahnya lagi.

“Eh, tak lah. Dia kata dia pun baru je jumpa budak tu kat situ tadi.”

“Oh.. Maksudnya dia single lagi lah?”

“Entahlah. Kita tak tanya pun.”

“Kenapa tak tanya? Kan dah melepas.. Hm, tak apa, tak apa. Insya’Allah masih ada masa lagi untuk siasat.”, seloroh Nathrah perlahan sambil merangka-rangka di dalam mindanya misi untuk stalk Mr. Mystery sahabatnya itu. Itulah kerja part-timenya, mencari tahu segala latar belakang Mr. Jo (singkatan bagi ‘jo’-doh) yang telah menarik perhatian Humaira.

‘Bukan senang tau nak tengok si Maira ni terpukau sampai macam tu sekali. Maira ni sangat secretive soal-soal hati dan perasaannya terhadap seorang insan yang bernama ‘lelaki’.. Of course lah ayah dan abang-abangnya terkecuali. By the way, come back to the part hati dan perasaan itu, Maira kata kalau dia minat pada seseorang tu biarlah dia pendam dalam hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah sekiranya diluahkan kepada sesiapapun. Even me, her best friend, okay! Takpe lah, aku tak kisah pun sebab memang betul pun niat dia tu, tak nak timbulkan fitnah. Sangat islamik kan Maira ni? Hah, apa tunggu lagi, cepatlah masukkan Maira ni dalam list calon isteri atau calon kakak ipar atau calon menantu korang ya.. Humaira Alwanis namanya. Namanya seindah wajahnya walaupun sikapnya sedikit ting-tong macam aku, tapi itu pun mungkin disebabkan virus ting-tong aku ni yang terjangkit dan menular dalam badan dia. Hehe. Maaf ya, Maira. Aku tak berniat pun.’

“Habis tu, siapa nama dia?”, tanya Nathrah sambil membuat mimik muka bagaikan seorang perisik antarabangsa (memandangkan Mr. Jo pada kali ini berwajah pan Asian, maka haruslah dia memberikan servis antarabangsa..) yang tak bertauliah.

“Entahlah. Kita tak sempat pun tanya nama dia, dia dah terus pergi..”, jawab Humaira dengan muka kosong.

Jawapan Humaira itu membuatkan Nathrah kecewa dan sedikit terkejut.

“Aiseh.. Kenapa tak tanya..?”

Mereka bedua pun menoroboskan diri ke dalam kereta. Humaira yang telah menghidupkan enjin kereta lantas terdiam dan menoleh ke arah Nathrah.

“Heh, apa pasal awak sibuk tanya-tanya pasal mamat tu daripada tadi eh? Awak minat kat dia eh?”, tuduh Humaira dengan sengaja. Dia bagaikan telah mengetahui segala apa yang bermain dalam fikiran sahabatnya itu.

“Eh, mana ada.”, Nathrah memintas tuduhan Humaira itu serta-merta.

“Habis tu, Nath nak stalk dia untuk kita ke?”, soal Humaira sambil mengangkat keningnya sedikit tanda kail pancing sudah mengena.

“Ha ah la..untuk siapa lagi… Oopss..”. Kantoi sudah. Nathrah menerkup mulutnya dengan tangannya. Dia segera membetulkan posisi duduknya dan terus mencuba untuk menukar topik perbualan.

“Haa.. Eh, jomlah balik. Dah lewat malam sangat ni. Nanti ada pula yang kena tahan dengan Encik Polis sebab anak dara keluar malam-malam ni.”, ujar Nathrah selamba.

“Nak tukar topik lah tu. Manalah ada polis nak berjaga malam-malam macam ni. Awal lagi ni. Baru pukul 9.45pm. Kalau ada pun dia takkan tahan dua gadis gorgeous ni punya lah.”

‘Perasan betul minah ni. Macam aku lah tu. Haha.’, detik hati Nathrah.

“Ada lah. Encik Polis I Love You. Chia chia chia..”

Akhirnya meletus jua gelak tawa mereka memecah kesunyian malam. Mereka berdua memang kerap bergurau senda bersama. Mereka berpendapat bahawa gurauan-gurauan menghiburkan itu bukan sahaja dapat menghilangkan stress bahkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Ktang! Humaira yang telah lena dibuai mimpi tiba-tiba terjaga disebabkan bunyi yang terhasil seperti ada sesuatu benda yang terjatuh. Humaira bangkit dari pembaringannya dan mendiamkan diri sambil cuba memasang telinga. Dia juga kurang pasti sama ada bunyi yang membuatkan dia terjaga itu adalah realiti atau hanya dalam igauannya sahaja.

Suasana di sekelilingnya sunyi sepi. 1 minit. 2 minit. 3 minit dan.. Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk dan diikuti dengan bisikan halus yang memanggil namanya.

“Maira.. Nath ni.. Maira.. Buka pintu ni, Maira.”. Suara Nathrah kedengaran seperti sedang menahan tangis.

Lantas Humaira bingkas dari katil dan memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Nathrah sedang berdiri dalam keadaan menggigil ketakutan sambil memegang erat mug di tangannya. Pantas Humaira menarik Nathrah masuk ke dalam biliknya dan dibukanya lampu bilik menampakkan wajah Nathrah yang dalam ketakutan. Pintu biliknya segera dikunci dan diselak. Nathrah dibawanya duduk di atas katilnya. Air mata mula mengalir laju membasahi pipi sahabatnya itu. Humaira tidak sampai hati melihat wajah sayu itu lalu dia terus memeluk erat tubuh Nathrah. Setelah itu, belakang Nathrah diusapnya berkali-kali dengan lembut bagi meredakan tangisan sahabatnya itu.

“Shh.. Nath jangan takut. Maira ada ni. Tak ada apa pun yang berlaku. Maira ada dengan Nath ni. Nath jangan takut eh.”, pujuk Humaira.

Beberapa ketika selepas itu tangisan Nathrah pun makin reda. Nathrah melepaskan pelukan mereka dan memandang tepat wajah Humaira seperti ingin bercerita apa yang dirasakannya sebentar tadi.

“Maira. Nath takut sangat tadi. Nath dengar ada bunyi benda jatuh. Bunyi tu Nath dengar macam datangnya dari depan rumah kita. Nath baru lepas mandi tadi dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat tu. Nath teringat pasal..pasal kejadian tu.. Nath takut.. Nath tak fikir panjang terus capai mug ni dan lari ke bilik Maira. Nath takut benda tu..benda tu terjadi lagi.”, terangnya tersekat-sekat.

“Ya, Maira faham. Tak apa, Maira ada ni. Insya’Allah Maira akan jaga Nath. Sekarang kita dah tak ada dengar bunyi apa-apa pun dari tadi kan? Maira rasa mungkin bunyi tadi tu sebab ada kucing yang terlanggar apa-apa kat luar tu kot.”

“Maira, Nath rasa Nath tak boleh tidur seorang kat bilik tu. Nath takut.”

“Ok, kalau macam tu Nath tidur dengan Maira je malam ni eh? Maira akan jaga Nath. So kalau ada apa-apa Maira boleh kasi taekwondo sama dia.. Wacha!”. Gurau Humaira bagi menceriakan sedikit hati Nathrah.

Nathrah tergelak kecil sambil menganggukkan kepala. Nathrah disuruhnya baring di atas katilnya dan diselimutkannya dengan rapi. Dahi Nathrah dikucupnya lembut bagaikan melayani seorang kanak-kanak kecil yang ingin didodoikan tidur. 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
MIMPI 1 | Mimpi 2 | Mimpi 3 | Mimpi 4 | Mimpi 5 | Mimpi 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku