PENGKHIANATAN
PENGKHIANATAN
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 17 Disember 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya masih baru dalam penulisan ini dan cerpen "PENGKHIANATAN" ini merupakan penulisan pertama saya. selamat berhibur! ^_^
Penilaian Purata:
426

Bacaan






PENGKHIANATAN

Langkah kakinya semakin lincah mengharungi denai hutan itu, berusaha mengelakkan  diri dari ditangkap oleh musuh yang  memburunya."Dia disini, ayuh!!!" wajah bengis panglima indera  muktabar mengarahkan tenteranya berterusan mengejar mirfani. Peluh sudah tidak mampu  ditampung lagi lalu ia membasahi baju layang  yang dipakai lusuh, berbekas darah serta kotoran lumpur hitam. namun, mirfani tetap tabah akan segala  dugaan yang menimpa diri. Dia sedar kini nasibnya  hanya berbaki 2 pilihan sahaja sama ada  terus berlari , bersembunyi  atau bersedia menyerah diri kepada musuh merelakan kepalanya dipenggal.


"Kita tidak boleh biarkan empayar mesotoromia dihancurkan oleh puak-puak pengkhianat itu!!!, dengan segala keupayaan yang ada dalam diri kita, kita perlu menentang mereka habis-habisan  demi memelihara kedaulatan empayar mesotoromia. perjuangan  kita disini adalah melindungi perwaris mutlak yang teragung yang menjadi tonggak kekuatan dan pembela puak-puak yang masih bernaung di empayar ini. Kerana dia adalah  keturunan berdarah  penguasa pertama  yang menguasai kunci khazanah  mahkotakayangan iaitu Yang Maha Mulia Da'im Arjuna sakti. Sejahteralah  Yang Mulia  Da'im Mirfani Sang Nila Utama, legasi penguasa baharu ke-6 empayar mesotoromia!!!".

Jeritan dan sorakan  mengegarkan padang di luar singahsana kediaman rasmi sang penguasa itu. Berpuluh-puluh ribu rakyat berhimpun  bersatu menunjukan kesetiaan dan penghormatan mereka terhadapnya. Wajah mirfani kelihatan tenang melihat rakyatnya yang sentiasa bersemangat tanpa lelah menyokong. Di saat usia yang masih mentah dan baru  menginjak 17 tahun dirinya sudah diangkat menjadi penguasa termuda memerintah empayar besar mesotoromia. Namun semua ini bukanlah suatu keuntungan bagi dirinya,  kisah sedih yang  masih terpahat di jiwa telah membawanya ke tahap sebegitu tinggi. Semuanya terjadi begitu pantas. pembunuhan keluarga dan kaum kerabat ketika peritiwa perang saudara yang lalu  memaksa dirinya meninggalkan wilayah hutan hujan samudera  dimana terdapat pelbagai kenangan manis dan pahit ditempuhi  seiring segala ilmu makrifat yang sedang dituntut. Kini mirfani adalah  satu-satunya waris dan keturunan yang masih hidup dan terlepas dari malapetaka besar itu. Dengan  rela hati dia mengenggam amanah dan tanggungjawab  yang ditinggalkan oleh kerabatnya  dalam usaha mempertahankan  empayar teragung yang bernama mesotoromia.


"Yang mulia,  berikanlah arahan untuk kami segera membunuh mereka. Parang lading gengaman patik ini sudah kehausan untuk menetak kepala puak-puak pengkhianat itu!!!". salah seorang rakyatnya begitu lantang bersuara sambil mengangkat senjatanya.


"Wahai rakyat dan pengikut setiaku, aku memohon  agar kalian bertenang,  usahlah bertindak  terburu-buru dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Bersabarlah dan nantikanlah perkhabaran dari Datuk Paduka Tuan supaya sama-sama kita merancang strategi yang seterusnya".  Kata-kata sang penguasa itu membuatkan pengikutnya terdiam dan  saling berpandangan antara satu sama lain. kelihatan dari jauh seorang panglima  berkuda  berpakaian perang  datang menghadap sang penguasa. Wajahnya kelihatan sunggul lalu dengan pantas dia melompat dari tunggangan  dan melutut di hadapan penguasanya itu.


" Yang mulia, patik datang membawa khabar yang buruk.  Puak pengkhianat maritim telah bersatu dengan  kerajaan agraria lalu mereka telah  merancang untuk membunuh dan  merampas lebih banyak lagi jajahan takluk empayar ini. Bilangan tentera mereka kini semakin bertambah dan kejayaan mereka menawan perlabuhan tanjung pengharapan dan kota bengkalis menjadi satu petanda buruk terhadap keselamatan penduduk disana. Tentera sapta dharmaputra patik tidak mampu menahan serangan mereka yang semakin menganas dan kami terpaksa berundur dan bertahan di pangkalan Pancasila. malah sukar untuk patik sampaikan suatu khabar lagi dimana mereka sedang merancang untuk mara ke wilayah hutan hujan samudera!!!"

 

 

 

 




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku