LOVE FALLS
LOVE FALLS
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 18 Disember 2017
Penilaian Purata:
278

Bacaan






  

Saat itu,

Aku sendiri menahan rasa sakit ini dan ku tahu kaujuga begitu,

Walau wajahku tidak menunjukkan,

Tapi hati ini mengatakan ianya terjadi,

Begitu dalam,

Terlalu dalam untuk di hurai dengan hanya kata-kata.

Saat itu hanya masa,

Ya..hanya masa yang mampu melunturkan semua rasacinta,

Yang telah lama bersemi,

Dan segala yang pernah berlaku antara kita,

Hilang dalam sekelip mata,

Tanpa ku sedari “the tears came down.”

Memori ini bukan lagi untukku kerana takdir tidakmenemukannya untuk bersatu,

Tapi hanya sebagai persinggahan sementara,

Dua hati.

Kehilangan sesuatu yang penting buat kita bukanperkara yang menyeronokkan,

Ianya bagai kehilangan separuh hayat hidup ini.

Mampukah suatu hari nanti dapat ku undurkan masa,

Untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu,

Atau ianya hanya akan membawa kepada kesilapan yanglain,

Atau lebih buruk lagi,

Kerana takdir tak memihak pada “little mermaid”

Untuk bersama dengan seorang putera yang di inginkanbersama.

Kini hidupku kian berantakan,

Andainya “salji itu turun dan cair,

Ianya kerana hangatnya cinta,

Namun kini tidak lagi,

Hati ini membeku”.

“Miracle happen once in a lifetime”

Hanya itu yang mampu ku harap kini,

Walau ianya hanya harapan kosong,

Akan ku tabahkan hati agar “miracle does happen”.

Jika ini adalah yang terakhir kalinya,

Dan andai “miracle never happen”

Mohon maafkanlah hati ini,

Kerana telah mencetuskan gelora dan badai,

Sepanjang perkenalan kita.

Hati ini hanya mampu berharap,

Agar sedalam mana bekas yang ditinggalkan,

Agar hilang dipukul ombak waktu,

Seiring pemergianmu,

Biarkan waktu berlalu.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku