Dunia Dua Alam
Bab 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Disember 2017
Faiz- seorang mujahid di medan ilmudan bersahabat baik dengan Adam dan Daniel. Tetapi ukhuwwah mereka diuji apabila Daniel tidak dapat pergi menyertai mereka ke Birmingham University Azim Aizat- mempunyai kisah tersendiri sengan sahabatnya dengan sahabatnya Shazril. Dia pindah ke Klang, Selangor dan berkawan dengan Daniel. Faiz, Adam, Azim dan Shazril menuntut di sebuah university yang sama di bumi Birmingham Tetapi sesuatu yang diluar pemikiran mereka berlaku. Mereka semua bertemu di satu alamtidak berdinding, di alam mimpi yang dicetuskan oleh seseorang yang menggelar dirinya sebagai Raja Ethan. Di sana, satu peperangan yang hebat berlaku antara kebaikan dan kejahatan yang bertelingkah antara satu sama lain.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
196

Bacaan






Faiz tekun menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Fikirannya terganggu atas kejadian petang tadi. Pintu biliknya diketuk seiring dengan ucapan salam.    

     "Ye," Sahut Faiz. Ucapan salam dijawab perlahan. Pintu biik dibuka. Ibunya menapak masuk dengan seulas senyuman.

     "Umi ada berita gembira nak," Kata ibunya- Ustazah Zahirah.

     "Berita apa?" Untuk seketika Faiz terlupa  apa yang menggangu fikirannya.

     "Along dapat tawaran ke University of Birmingham kat UK," Lanjut ibunya.

     "Alhamdulillah, betul ke umi?" Faiz seolah-olah tidak percaya.

     "Betul," Ustazah Zahirah gembira melihat anaknya bakal melanjutkan pelajaran keluar negara. Universiti Birmingham pun tempat dia sambung belajar dahulu untuk mengambil ijazah peringkat master. Mengenang akan itu Ustazah Zahirah tersenyum bahagia.Dia melangkah keluar dari bilik Faiz setelah mengucap selamat malam dan salam sejahtera.

     Tiba-tiba ingatan petang tadi menyergah fikiran. 





Faiz memeandu keretanya untuk pulang ke rumahnya. Ketika di persimpangan Muar, Johor berhampiran dengan taman di Perumahan Taman Jaya, dia ternampak Daniel- Rakan baiknya.dan seorang lelaki yang tidak dikenelinya. Entah kenapa hatinya terdetik untuk pergi kearah dua lelaki yang dilihatnya.

     Faiz menghentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar dari kereta dan terus kearah dia lelaki berkenaan.

     "Faiz," Ucap Daniel, mukanya agak pucat.

     "Daniel, kenapa ni?" Tanya Faiz, jarak dia dengan dua lelaki itu cuma sekitar tiga langkah sahaja. Mtanya tida lepas memandang Daniel.

     "Kawan kau ke ni?" Tanya lelaki iu pada Daniel. Daniel mengganguk, mukanya seolah-olah hampir menangis. Faiz melihat sekilas lelaki itu. Lelaki itu memakai singlet putih berjaket hitam. Berkaca mata hitam. Rambutnya tersisir kemas. Lelaki melangkah kearah Daniel dan membisikkan sesuatu di telinga Daniel yang menyebabkan muka Daniel bertambah pucat. Lelaki berjaket hitam itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan kehadiran Faiz. Belum sempat Faiz bertanya apa-apa pada Daniel. Daniel terus pergi meninggalkan Faiz dalam keadaan terpinga-pinga. Dia mengeluh, kenapa dengan dia ni? Siapa lelaki tu? Banyak persoalan yang bermain didalam benak Faiz.


KEESOKAN hari setelah Faiz bersarapan, dia cuba untuk menelefon Daniel. Tetapi malangnya talian terputus. Beberapa kali juga Faiz mencuba tepi hasilnya tetap sama, seolah-olah Daniel sengaja mengelakkan diri dari bercakap dengannya. Akhirnya Faiz menelefon Adam- Sahabatnya. 

     "Dam, jumpa aku kat taman."


     "Ada apa sampai kau beria sangat nak jumpa aku ni?"  Tanya Adam sejurus dia sampai di tempat pertemuan mereka.

     "Eh, kau dah dapat tawaran ke belum? Kau sambung belajar kat mana?" Adam laju memotong. Teruja sebenarnya.

     "Aku sambung belajar kat UK. University of Birmingham. Kau?"

     "Wehh, sama kita!" Adam menjerit kesukaan.Faiz mengucap syukur. Sahabatnya akan menuntut di universti yang sama dengannya.

     "Oh, apa yang kau nak cakap, sorry excited sangat tadi." Adam merendahkan nada kegembiraannya.

     "Aku cuma nak tanya kau je, kau ada jumpa Daniel tak semalam?" Tanya Faiz.

     "Ada, aku nampak dia lalu depan rumah aku. Muka dia nampak pucat semacam aje," Jawab Adam. Baru sekarang dia terfikir keganjilan sikap Daniel semalam.

     "Kenapa ek?"

     "Aku pun tak tahu. Semalam aku jumpa dia, tapi ada sorang lelaki duk dengan dia masa aku sampai tempat tu. Aku tak sempat cakap apa-apa dia pergi macam tu je," Faiz meluahkan kegalauan hatinya.

     "Aku tak sedap hatilah, jom pergi rumah dia," Adam memberikan buah fikiran.


Sesampainya mereka di rumah Daniel, mereka terus memberika salam.

     "Waalaikumussalam" Salam mereka bersambut, yang keluar adalah ibu Daniel- Puan Maisarah. Puan Maisarah mengajak mereka masuk kedalam rumah tetapi pelawaan itu ditolak dengan baik.

     "Kami cari Daniel, Daniel ada tak?"  Adam erus ke titik perbualan.

     "Oh, tadi makcik suruh dia beli barang dapur kat Q-Mart," Puan Maisarah memberitahu.

     "Okey, terima kasih makcik, kami pergi dulu ye," Adam terus membawa Faiz ke pasar yang diberitahu oleh puan Maisarah tadi. 


     "Mana ni?" Mereka tercari-cari kelibat Daniel di Q-Mart. pencarian mereka tidak sia-sia apabila terlihat kelibat Daniel yang baru sahaja keluar dari kedai pasar itu. Hajat mahu kejar Daniel dari belakang terbantut apabila lelaki yang Faiz bagitahu memunculkan diri menghalang perjalanan Daniel. Mereka bersembunyi di balik tiang sambil mengintai apa yang bakal berlaku.

     Lelaki itu bertemu lagi gengan Daniel. Dalam keadaan begitu sukar untuk Daniel larikan diri. 

     "Apa yang kau nak!?" Daniel menkan suaranya di rengkungan. Bimbang orang lain tertengok-tengok tempat dia berdiri sekarang ni.

      Lelaki itu tersenyum. Senyum sinis. Segera lelaki itu membuka kaca mata hitamnya. Kanta dalam anak mata Daniel membesar.

     "Ikut aku," Kata lelaki itu memerintah.

     "Baik," Daniel seakan-akan terpukau. Barang-barang yang dibawanya habis berjatuhan tanpa diangkat kembali.

     Faiz dan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Tadi muka bukan main marah, tetiba ikut pasal apa? Bermacam perkara yang bermain di benak mereka kala ini. Mereka segera mengekori.

     Di satu lorong yang gelap, mereka terlihat satu susuk tubuh terbaring kesakitan. Darah bertompokan di sana sini. 

     "Astaghfirullah," lafaz itu yang meniti di bibir Faiz apabila melihat tubuh itu.


   



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku