Dunia Dua Alam
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Disember 2017
Faiz- seorang mujahid di medan ilmudan bersahabat baik dengan Adam dan Daniel. Tetapi ukhuwwah mereka diuji apabila Daniel tidak dapat pergi menyertai mereka ke Birmingham University Azim Aizat- mempunyai kisah tersendiri sengan sahabatnya dengan sahabatnya Shazril. Dia pindah ke Klang, Selangor dan berkawan dengan Daniel. Faiz, Adam, Azim dan Shazril menuntut di sebuah university yang sama di bumi Birmingham Tetapi sesuatu yang diluar pemikiran mereka berlaku. Mereka semua bertemu di satu alamtidak berdinding, di alam mimpi yang dicetuskan oleh seseorang yang menggelar dirinya sebagai Raja Ethan. Di sana, satu peperangan yang hebat berlaku antara kebaikan dan kejahatan yang bertelingkah antara satu sama lain.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
119

Bacaan






"SHAZRIL," Faiz memanggil lembut. Shazril membuka kelopak mata yang sedari tadi terasa berat hendak dibuka. Matanya memerati sekeliling. Masih dalam pesawat.

     "Kenapa dengan kau Shazril?" tanya Faiz setelah Shazril membetulkan pernafasannya. Baru tadi dia didatangi mimpi yang tercetus akibat tujahan masa lampau sehingga mengakibatkan dia mengigau.

     "Kau mengigau teruk tadi Shazril," sambung Faiz. Shazil mengimbas kembali mimpi yang dialaminya. Hembusan nafas terluah. Matanya melihat sesusuk tubuh di sebelah Faiz. Igauan tadi berlaku akibat dia melihat wajah Azim sebelum tidur, ternyata dia sebenarnya amat merindui Azim sebagai sahabatnya itu, namun egonya lebih tinggi berbanding rasa kasihnya terhadap seorang sahabat. Mujur Azim sedang tidur, jika tidak, makanya Azim akan melihat dia mengigau sewaktu tidur.

     "Kau tak apa-apa ke?" Faiz menyambung soalannya setelah melihat Shazril termenung sebentar tadi.

     "Oh, a...aku okey je," Shazril tergugup.

     "Bila nak sampai?" Shazril menukar topik perbualan. Faiz memahami tingkah Shazril sebenarnya tetapi dia dengan sengaja mendiamkan diri.

     "Lagi sejam," jawab Faiz. Dia memerhatikan wajah berkerut Shazril untuk kesekian kalinya. Kini wajahnya pula yang bertambah kerutan.

     "Kenapa dengan mata kau Shazril" tanya Faiz. Baru dia perasan anak mata Shazril bertukar warna biru.

     "Kenapa dengan maa aku?" Shazril mengeluarkan smart phonenya yang telah disetkan kepada flight mode. Mukanya berkerut apabila melihat anak matanya berubah warna. Dia melihat Faiz. 

     "Kau pergi jumpa doktor nak?" kata Faiz memberikan cadangan. Namun, cadangan itu membuatkan Shazril tergeleng-geleng kepala. Perkara yang paling malas untuk Shazril buat atas nuka bumi ini ialah jumpa doktor.

     "Biarlah jadi macam ni pun. Sebenarnya benda ni dah pernah berlaku, aku dah pergi klinik tanya doktor, doktor cakap takde apa-apa pun, takde penyakit apabila discan ke mata aku, mungkin keturunan aku ada yang asal dari eropah agaknya. Tapi doktor tu pun pelik, kenapa mata aku baru berubah warna waktu tu," Shazril memberitahu panjang lebar. Faiz yang tekun mendengar terangguk-angguk.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku