HARI INI
HARI INI
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 21 Disember 2017
[PUISI] HARI INI - PENA PUTERA Puisi yang menceritakan secara ringkas apa yang orang mengalami depresi rasakan dalam hari-hari mereka dan apa harapan mereka kepada dunia. Follow PP di: FB : Pena Putera Blog: karyapenaputra.blogspot.com Ilham/NovelPlus/Wattpad: Pena Putera
Penilaian Purata:
258

Bacaan






Hari ini, sepi sekali.

Hari ini, awan berarak mendung.

Hari ini, terasa sangat menggelisahkan.

Adakah hanya aku yang merasainya?

Atau aku tidak keseorangan?


Aku cuba mencari jawapan.

Namun, aku diketawakan.

Aku dipandang sinis.

Seolah apa yang aku rasakan, menghiburkan mereka.

Sedangkan aku menderita di dalam.


Hari ini, aku cuba tersenyum.

Hari ini, matahari bersinar terang.

Hari ini, terasa lebih tenang.

Aku yakin, orang lain juga merasainya.

Aku tidak keseorangan.


Aku silap.

Sejauh mana aku cuba memanipulasi minda,

ia tetap hadir, mengejarku.

Dan aku tersungkur, tidak mampu lagi berlari.


Hari ini, menjadi lebih sepi.

Hari ini, guruh berdentum di langit.

Hari ini, terasa lebih menakutkan.


Tapi, aku percaya.

Aku mampu hadapinya.

Tiada apa yang mustahil.

Hanya satu yang kupinta.


Wahai dunia,

fahamilah derita kami!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku