My Lovely Hubby
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
326

Bacaan






BAB 1

Ogos 2010

Mak Long bergegas menarik tangan Nurul yang berusia 12 tahun apabila terdengar bunyi paluan kompang dari luar rumah. Dia hendak Nurul melihat Pak Samad dan Salmah bersanding di atas pelamin. Dia segera mendukung Nurul apabila orang berpusu-pusu masuk ke dalam rumah untuk melihat pasangan raja sehari. Nurul hanya merenung pasangan tersebut. Ayah dan ibu tirinya. Dia hanya tersenyum apabila Pak Samad dan Salmah tersenyum kepadanya daripada atas pelamin.

Usai sahaja bersanding, Pak Samad dan isterinya diminta untuk ke meja makan adab-adab. Pak Samad melihat kelilingnya, ada satu kerusi kosong. Khadijah, anak Salmah awal-awal lagi sudah mengambil tempat di sebelah ibunya. Pak Samad mengerutkan dahinya. Ke mana pula si Nurul ini pergi? Tadi ada. Salmah memegang lengan suaminya.

“Kenapa abang?”Soal Salmah perlahan seraya tersenyum.

“Nurul tak ada.” Balas Pak Samad perlahan.

“Tak apalah.Mungkin dia takut nak makan dekat sini. Dia kan tak biasa dengan benda-benda macam ini.” Pujuk Salmah. Pak Samad hanya mengangguk.

 

“Nurul, marilah kita makan sekali dengan ayah dengan mak baru Nurul.” Pujuk mak long. Dia merendahkan badannya sedikit untuk melihat wajah anak kecil itu. Nurul menggeleng.

“Kenapa taknak? Nurul dah makan ke tadi?” Soal mak long lagi. Nurul menggeleng lagi. Dia berlari masuk ke dalam bilik neneknya. Mak long mengekori langkahnya.

“Habis itu,kenapa tak nak?” Soal mak long ingin tahu. Nurul hanya mendiamkan dirinya.

“Kesian ayah dengan mak Nurul itu. Mesti diaorang tengah tunggu Nurul.” Pujuk mak long lagi.

“Kalau dia tak nak, janganlah dipaksa lagi. Biarkan dia. Mari sini Nurul.” Zaimah, nenek Nurul menegah. Mak long hanya akur dan terus berlalu pergi selepas Nurul berlari mendapatkan neneknya. Dia memeluk neneknya.

Zaimah membalas pelukan Nurul. Dia hanya membiarkan Nurul. Anak ini penuh misteri sejak kebelakangan ini. Adakah dia tidak suka dengan menantu baharunya itu? Kalau tidak suka, kenapa dia tidak membantah langsung perkahwinan ini? Dia mengucup ubun-ubun cucunya itu dan mengusap perlahan rambutnya.

 

2017

Nurul segeramencapai fail yang terletak di dalam rak fail. Dia membelek-belek seketika failtersebut sebelum meletakkan semula fail tersebut ke dalam rak. Dia mengeluhseketika sebelum menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Mana pula siFarhan ini letakkan fail semalam?” Dia menyoal dirinya sendiri.

“Kau cari apa?”Soal Farhan. Nurul terkejut. Dia menoleh ke belakang.

“Astaghfirullahalazim.Terperanjat aku.” Marah Nurul. Farhan tersengih.

Sorry.Kau cari apa?” Soal Farhan lagi apabila soalannya tidak berjawab.

“Aku cari fail claimdari bulan October sampai Disember 2016. Semalam kau guna kan? Mana kauletak?”

“Oh, ada atasmeja aku. Asal? Nak guna? Pergilah ambil. Tapi yang bulan 12 itu aku nak guna.Yang bulan 10 dengan 11 kau boleh ambil. Aku dah tak pakai dah.”

“Kau bukan nakcakap dengan aku. Penat aku cari.”

“Siapa suruhkau tak tanya?”

“Ada apa kaucari aku dalam bilik fail ini?”

“Oh, kak Salcari kau. Dia nak suruh kau buat apa entah. Pergilah cepat. Karang membebelpula dia lagi.” Nurul hanya mengangguk dan melangkah keluar dari bilik fail.

“Nurul, marisini sekejap.” Panggil kak Sal. Nurul bergegas mendapatkan dia.

“Ada apa kakSal?” Soal Nurul ingin tahu.

“Tak, macam ini.Minggu depan akak dah start cuti bersalin. Jadi, akak nak minta tolongNurul gantikan tempat akak. Jadi PA sementara untuk Encik Harraz. Nak tak?”Soal Kak Sal. Nurul berfikir sejenak.

“Alah, taksusah pun. Cuma susun jadual dia, lepas itu uruskan dokumen-dokumen yang nakkena tanda tangan. Nurul cuma buat yang itu sahaja. Yang kerja-kerja lainnanti, kak Zeti awak uruskan. Boleh?” Soal kak Sal lagi. Nurul tersenyum serayamengangguk.

“Boleh, kakSal.” Balas Nurul pendek. Kak Sal tersenyum.

“Kalau macamitu, jom akak bawa awak jumpa dengan Encik Harraz sekarang.” Kak Sal terusmenarik tangan aku sebelum berhenti di hadapan bilik Encik Harraz. Terpampangnamanya di situ.

Harraz Hanif – ChiefFinancial Officer

Kak Salmengetuk pintu perlahan sebelum ada suara dari dalam yang mengarahkan untukmasuk.

“Oh, have aseat.” Jemput Harraz. Nurul dan kak Sal mengambil tempat masing-masing.

“Encik Harraz,ini Nurul. Dia dah setuju nak gantikan tempat akak untuk sementara waktu.”Beritahu kak Sal. Harraz mengalihkan pandangannya kepada Nurul. Dia tersenyum.

“Awak practicaldekat sini sampai bulan 9 kan?” Soal Harraz. Nurul mengangguk.

“Sampai hujungbulan kan?” Soal Harraz lagi meminta kepastian. Nurul mengangguk.

“29 haribulansembilan saya last dekat sini.” Jelas Nurul. Harraz mengangguk.

“Jadi nantiawak akan jadi PA saya lebih kurang untuk dua bulan. Tapi, awak jangan risau,saya dah bincang dengan Haziq untuk naikkan elaun awak kepada RM 1200.” JelasHarraz. Nurul hanya mengangguk seraya mengerutkan dahinya berfikir.

Maknanya bulandepan aku dapat RM 1200 sebulan. Kalau dua bulan dah RM 2400. Lepaslah aku nakbeli sangkar kucing aku nanti. Nurul tersenyum seraya mengangguk. Harraz dankak Sal yang sedang memerhatikan Nurul mengerutkan dahi hairan. Harrazmemandang kak Sal dan menaikkan keningnya sebelah meminta penjelasan. Kak Salhanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Awak okay ke?”Soal Harraz. Nurul tersentak. Dia hanya tersenyum.

“Okay, sayaokay.” Balas Nurul.

“Dah itu, yangawak tersenyum seorang kenapa?” Soal Harraz lagi.

“Tak ada apa.”Balas Nurul pendek. Pipinya merah. Macam mana pula aku boleh berangan depan diaini? Nurul tersenyum.

“Ada apa-apalagi kak Sal?” Soal Harraz.

“Buat masa ini,belum ada apa-apa lagi. Kalau macam itu, saya minta diri dulu.” Pamit Kak Sal.Nurul melangkah keluar bersama-sama dengan kak Sal.

“Esok akak ajarNurul macam mana nak buat kerja ini. Sekarang ini, Nurul pergi sambung kerjaNurul dulu.” Nurul mengangguk dan kembali menyambung kerjanya.


 *Tolong komen lepas dah baca. nak tahu feedback.*



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku