My Lovely Hubby
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
291

Bacaan






Nurulmemakirkan motorsikalnya di dalam rumah. Dia membuka topi keledar danmeletakkannya di atas seat motor. Dia segera melangkah masuk ke dalamrumah.

“Lewat Nurulbalik. Dah malam sangat ini. Risau mak cik dibuatnya. Nak telefon takut Nurultengah bawa motor.” Sapa Salmah, ibu tiri Nurul.

“Tadi kerjabanyak mak cik. Itu yang balik lewat itu. Maaflah buat mak cik risau.” BalasNurul seraya tersenyum letih.

“Kerja apa yangbanyak sangat dekat office itu? Entah-entah kau memang sengaja baliklambat kan?” Khadijah menyampuk. Kakak tirinya itu suka sangat mencarisalahnya. Ada sahaja benda yang tak kena. Kadang-kadang benda yang tak masukakal pun hendak diperbesarkan. Nasib baiklah abang tirinya tidak begitu.Khadijah mempunyai adik beradik kembar tidak seiras, Adam. Adam adalah seorangyang tenang dan tidak banyak berbicara. Dia lebih senang tenggelam dalamdunianya sendiri.

“Khadijah! Apacakap dengan Nurul macam itu? Dia letih baru lepas balik kerja. Dah dia katakerja banyak, maknanya kerja dia memang banyaklah.” Bela Salmah. Khadijahtersenyum sinis.

“Mak, Ijah punkerja office juga tau. Ijah dah kerja lagi lama dari dia. Tapi, Ijah takpernah balik lewat tau. Lepas itu, setakat budak practical macam dia iniapa kerja sangatlah yang diaorang bagi. Entah-entah diaorang tak bagi dia kerjalangsung. Dia bukannya tahu apa-apa pun. Budak-budak practical macam diaini menyusahkan orang lagi adalah. Dah buat salah, kita pula yang nak kenajawab.” Bantah Ijah. Nurul menghembuskan nafasnya kasar.

“Apa yang kecohsangat ini? Ayah nak membaca pun tak senang.” Soal Pak Samad sambil melangkahkeluar dari biliknya.

“Tak ada apalahayah. Borak-borak kosong aja. Saya masuk bilik dulu ayah. Nak rehat.” Nurulterus berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil.Lega rasanya dapat baring macam ini. Hilang segala rasa-rasa lenguh di badan.

 

“Adam, aku adanampak adik kau sekali itu keluar subuh-subuh pergi mana?” Soal Fadli, kawanbaik Adam. Dia mengerutkan dahi.

“Adik aku yangmana? Ijah ke Nurul?” Soal Adam meminta kepastian.

“Kalau Ijah, ofcourse lah aku tahu dia dah kerja. Si Nurul lah. Siapa lagi?” Balas Fadli.

“Oh, si Nurulsekarang practical dekat Shah Alam. Dia keluar awal sebab dia kan bawamotor. Dia takut nanti kalau lambat kereta banyak. Dia bukan berani sangat bawamotor kalau kereta banyak. Lagipun tempat dia kerja itu start pukul8.30. Itu yang keluar awal itu.” Jelas Adam. Fadli mengangguk.

“Kau pun kerjadekat Shah Alam juga kan? Asal tak pergi sekali? Lagipun senang naik kereta.Tak kena hujan panas. Selamat sikit kalau keluar atau balik gelap pun. Atleast dia dalam kereta tak adalah orang tarik ke apa ke. Kau pun ada. Kalaunaik motor, ditarik dek orang masuk dalam semak ke tak pun kena kacau denganmat motor lain macam mana? Dia itu dahlah perempuan.” Fadli menyoal. Adamterkesima. Betul juga. Walaupun dia bukan adik kandung aku, tapi aku sebagaiabang dia kena bertanggungjawab juga kalau jadi apa-apa. Yalah, aku kan abang.

“Masa mula-mula dia dapat dekat situ, aku ada pelawa juga tapi dia tak nak.Mungkin dia tak selesa dengan aku. Yalah, aku dengan dia kan bukan adik-beradikkandung. Lepas itu, aku ini kan bukan muhrim dia jadi mungkin dia segan denganaku.” Balas Adam. Fadli mengangguk lagi.

“Betul juga itu. Tapi kau pujuklah sekali lagi. Mana tahu dia nak. Bantingdengan Shah Alam itu bukan dekat tau. Kalau jadi apa-apa tengah jalan macammana? Siapa nak tanggung? Satu hari nanti, kalau ayah kau dah tak ada, kau yangakan galas tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga walaupun kau dengan diabukan adik beradik kandung. Kau boleh laksanakan tugas kau sebagai seorangabang kecuali kau tak ada kuasa untuk mewalikan dia. Ingat itu?” Nasihat Fadli.Adam hanya mengangguk faham. Dia menghembuskan nafasnya perlahan.

“Lagi satu aku nak bagitahu kau ini Adam. Kau kena jaga si Ijah itubaik-baik. Jangan nak bagi sangat dia berkawan dengan Hilman adik aku itu.” PesanFadli. Adam mengerutkan dahinya.

“Kenapa pula? Aku tengok si Hilman itu elok aja orangnya. Rajin pergi masjid,solat berjemaah. Rajin bantu orang kampung. Apa salahnya si Ijah nak berkawandengan dia? Untung-untung mana tahu si Ijah itu boleh berubah.” Bantah Adam.Fadli menghembuskan nafasnya kasar.

“Hilman itu adik aku. Aku lebih kenal dia daripada kau kenal dia. Yang kaunampak itu semua kelakuan dia dekat luar rumah, dalam rumah kau mana tahu. Akutak nak buka aib adik aku. Cuma aku nak kau kawal si Ijah itu sikit. Jangan nakselalu sangat datang rumah aku. Rimas.” Pesan Fadli lagi. Adam cuba untuk mengorekrahsia. Baru sahaja mulutnya hendak bertanya, telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum Adam. Awak kat mana?”

“Waalaikumsalam mak. Ada dekat masjid ini. Kenapa mak?”

“Tak, mak nak minta tolong Adam belikan ayam masak merah dua. Sekarangtau.”

“Nak beli dekat mana?”

“Cuba tengok dalam masjid itu. Kot-kot ada. Tak pun awak pergi tanyakalau-kalau ada tok imam ke tok siak ada jual ayam masak merah dalam masjiditu.”

“Dalam masjid ini mana ada mak. Dekat kedai tomyam depan sana adalah.”

“Habis itu, dah tahu jawapannya tanya lagi. Dah pergi cepat.”

“Siapa nak makan mak? Kan tadi semua orang dah makan?”

“Saja nak buang duit dekat kedai itu. Kita kan kaya. Nurul lah siapa laginak makan. Cepat sikit, dia baru balik itu. Mesti lapar. Berlari sekarang pergikedai.”

“Lari? Kalau lari lambat nak sampai. Penat nak berlari. Adam berenang jelahdekat dalam longkang itu. Cepat sikit sampai. Yalah. Assalamualaikum.” Adamterus menamatkan panggilannya selepas mendengar maknya menjawab salam.

“Asal?” Soal Fadli ingin tahu.

“Cik Salmah kita itu suruh pergi beli ayam masak merah dua. Dah, jom pergicepat. Karang bising pula lagi dia.” Ajak Adam. Mereka berdua bergegas pergidari masjid itu. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku