My Lovely Hubby
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
291

Bacaan






Nurul sedang ralit menaip data invois untuk dipindahkan ke dalam sistemperakaunan bagi memudahkan orang lain untuk mencari data itu kelak. Tidak perlumembuka semula fail untuk mencari invois berkenaan. Hanya dengan memasukkannombor invois, semua data yang berkaitan dapat dicari dengan mudah. Telefonbimbitnya berbunyi. Dia terus menjawab tanpa melihat nama pemanggil.

“Assalamualaikum Nurul. Nenek ini. Sibuk ke?” Soal Zaimah takut menganggucucunya.

“Waalaikumsalam nenek. Untuk nenek tak sibuk. Ada apa nek?” Soal Nurulingin tahu.

“Ada-ada aja kamu ini Nurul. Nanti balik awal tau. Malam ini, Ijah nakbelanja kita makan dekat luar. Dapat bonus katanya. Jangan balik lewat tau.”Pesan nenek. Nurul tersenyum.

“Baiklah nenek ku sayang. Ada apa-apa lagi pesanan?” Soal Nurul mengusik.Harraz menghampiri meja Nurul dan membuat isyarat supaya Nurul masuk ke dalambiliknya.

“Tak adalah lagi dah. Balik nanti jangan bawa motor laju-laju.”

“Okaylah nek. Bos dah panggil itu. Nanti kita jumpa dekat rumah.Assalamualaikum.” Nurul segera mencapai buku dan pen seraya melangkah masuk kedalam bilik Harraz.

“Ya, Encik Harraz. Boleh saya bantu?” Soal Nurul.

“Nurul, saya nak nanti awak telefon Syazril nanti. Awak cakap dengan diasuruh masuk kerja esok. By hook or by crook, dia kena ada esok. Dah lamasangat dia cuti. Banyak sangat kerja dah tertangguh. Isteri dia itu dahmengandung 6 bulan tak akan morning sickness lagi. Cakap dengan diakalau masih nak bekerja di sini datang kerja esok atau saya akan buang dia.Cakap dengan dia lagi jangan ingat saya tak tahu apa dia buat. Dah, bolehkeluar sekarang.” Nurul mengangguk dan terus melangkah keluar.

“Kenapa Nurul?” Soal Nurin ingin tahu apabila terdengar suara Harrazseperti sedang marah-marah.

“Entahlah kak Nurin. Angin dia tak baik hari ini. Tiba-tiba aja angin. Pagitadi elok, petang ini pula tiba-tiba angin kus-kus dia datang.” Balas Nurul.Nurin mengangguk. Nurul terus menghubungi Syazril seperti yang diarahkanmenggunakan telefon pejabat. Selepas beberapa detik panggilannya berjawab.

“Assalamualaikum encik Syazril. Saya Nurul ini bercakap.”

“Waalaikumsalam. Ada apa Nurul?” Suasana agak bising menyukarkan Syazriluntuk mendengar. Dia sedang berada di pusat membeli belah.

“Encik Syazril dekat mana? Tengah sibuk ke?” Soal Nurul.

“Taklah. Ada apa awak telefon saya ini?” Soal Syazril lagi ingin tahu.

“Macam ini encik Syazril, encik Harraz suruh saya bagitahu dekat encikSyazril supaya masuk kerja esok. Kerja dah banyak sangat bertangguh.”

“Saya bukan tak nak masuk kerja. Tapi, awak tahukan keadaan saya. Isterisaya tengah pregnant. Saya pula yang terkena morning sickness dia.”

“Saya tahu encik Syazril. Tapi saya hanya menjalankan tugas. Dia pesan jugalagi kalau esok encik masih tak masuk kerja lagi, encik kena pecat.”

“Dia ini tak faham bahasa ke? Saya ini sakit. Bukannya buat-buat. Ingatsaya nak sangat ke jadi macam ini.” Marahnya.

“Saya tahu encik Syazril tak sihat. Tapi, saya hanya menjalankan arahanencik Harraz sahaja. Saya pun tak boleh nak buat apa sebab ini arahan daripadaencik Harraz sendiri. Saya cadangkan encik masuk kerja esok. Kalau tak sihat,encik mintalah izin daripada encik Harraz untuk balik awal.”

“Awak pun tak faham ke apa saya yang cakap? Saya ini kena morningsickness. Setiap pagi saya akan rasa loya, pening kepala. Macam mana sayanak masuk kerja dengan keadaan saya macam itu?”

“Kalau macam itu encik datanglah petang.” Cadang Nurul. Harraz menghampirimeja Nurul. Dia meminta Nurul untuk menyerahkan gagang telefon.

“Penyakit saya ini tak kira waktu. Kadang-kadang pagi, kadang-kadangpetang. Bukannya saya tak nak masuk kerja, kesihatan saya yang tak mengizinkan.Bukannya saya tak nak pergi kerja. Ini pun saya dekat rumah aja. Tak keluarpergi mana-mana pun. Terbaring atas katil. Tak larat nak bangun.”

“Kalau macam itu, saya cadangkan awak untuk hantar surat perletakan jawatandengan segera atau saya yang akan pecat awak. Jangan ingat saya tak tahu apayang awak buat. Berani awak bodohkan saya. Isteri awak tak mengandung, awakkata dia mengandung. Atau awak ada tambah cawangan lagi? Saya sendiri nampakawak keluar berjalan-jalan dekat shopping mall siap bergelak ketawa,berpegangan tangan lagi. Saya nampak segala-galanya. Saya kenal yang manaisteri awak, yang mana bukan isteri awak. Awak datang kerja esok or you’llbe a dead meat.” Harraz terus menghempaskan gagang telefon setelahmenamatkan panggilan. Dia menghembuskan nafasnya kasar. Menahan amarah. Nurulterkulat-kulat berdiri di situ menunggu arahan.

“Nurul, saya nak awak siapkan surat yang dia dibuang kerja dengan notis 24jam. Atas alasan prestasi kerja yang kurang memuaskan, selalu sangat cutidengan MC, selalu masuk kerja lewat dengan alasan yang tak munasabah bytomorrow.” Arah Harraz. Nurul segala menyalin arahannya dan menganggukfaham. Takut dia hendak bertentang mata dengan Harraz yang sedang mengamuk itu.

“Baik Encik Harraz. Ada apa-apa lagi?” Soal Nurul takut-takut. Harrazmenggeleng dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia tidak dapat mengawalmarahnya. Dia meraup mukanya kasar. Seperti tidak percaya dengan apa yangdilihatnya sewaktu di shopping mall semasa sedang menjamu selera tadi.

 

“Kau tengoklah itu, budak practical itu bukan main lagi dia bergelakketawa dengan Azwan itu. Amboi, galak sangat. Asyik tidur aja kerjanya. Kerjatak seberapa, bersembang aja lebih.” Umpat Khadijah.

“Dia bukan tidur. Dia cuma bosan. Bila dia tak ada kerja, apa yang dia nakbuat. Dia letakkan kepala dia atas meja, bukannya tidur. Dia main phone.Dia dah tak buat lagi dah, aku dah tegur dia hari itu.” Balas Sofea.

“Eloklah kau tegur. Bukan apa buat malu department kita nanti. Bilaorang lalu nampak dia macam itu, apa orang cakap nanti? Alang-alang kau dahtegur itu, apa kata kau tegur dia sekali, jangan nak rapat sangat dengan siAzwan itu. Bukan main lagi bersembang. Mesra semacam.”

“Biarlah. Lagi pun si Azwan itu bujang lagi. Kau sendiri nampak kan? SiAzwan yang datang tempat dia ajak berborak, bukannya si Rabiatul tu yang datangmenggedik dekat si Azwan. Kalau diaorang suka sama suka pun bukannya ada timbulmasalah. Sama-sama bujang. Tak ada pasangan lagi.” Balas Sofea serayamenyambung menyambung kerjanya semula.

“Azwan itu yalah bujang lagi, budak perempuan itu aku tak percaya tak ada boyfriendlagi. Entah-entah saja nak menggatal. Yalah, kalau dengan Azwan boleh kikisduit dia. Azwan kan dah kerja. Nanti bila dah habis practical ditinggalkannyaAzwan terkontang-kanting dekat sini. Bukan boleh percaya sangat budak-budaksekarang ini. Pantang nampak lelaki berduit sikit, sibuk menempek.” Sofeamenggeleng. Tidak kuasa melayan kawannya itu.

“Ijah, check dah siap ke belum?” Soal Syafiq dari bahagian HumanResource

“Kauorang ini semalam kan dah tanya. Belum lagi. Tak sabar-sabar. Peningkepala aku.” Marah Khadijah.

“Bukan apa Ijah, boss aku sibuk suruh tanya. Dia dah tunggu dariminggu lepas lagi.” Balas Syafiq.

Boss kau itu tak akan tak tahu yang kita orang ini sibuk.Orang-orang dekat finance ini banyak kerja. Tension kau tahu takkerja dekat sini. Macam tak faham-faham.” Balas Khadijah seraya menjelingSyafiq tajam.

Dah kau itu asyik pergi menganyam ketupat ke sana ke sini. Bila kerja naksiap? Tension konon. Padahal dok mengular aja kerjanya. Berborak takberhenti. Menyampah betul aku dengan minah ini. Harap muka aja lawa tapi mulutmacam tempayan. Tak boleh nak tutup. Syafiq hanya bersuara dalam hati. Tidakkuasa dia hendak melayan minah senget ini. Syafiq memberikan isyarat kepada Sofeasupaya membantunya.

“Ijah, apa kata kau pergi print check itu sekarang. Sekeping ajapun. Encik Murat ada dekat dalam bilik itu. Boleh suruh dia sign nanti.Pergilah cepat. Cakap dengan encik Murat benda ini urgent.” Arah Sofea.Khadijah menghembuskan nafasnya kasar.

“Yalah. Kau pergi dulu. Dah siap nanti aku panggil.” Marah Khadijah serayaberlalu pergi menyiapkan kerjanya.

Thanks Sofea.” Ucap Syafiq seraya berlalu pergi. Sofea memerhatikanKhadijah. Memuncung bibirnya. Dia menggeleng. Bilalah kau nak berubah Khadijah?


 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku