My Lovely Hubby
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
670

Bacaan






Azan maghrib berkumandang sebaik sahaja Nurul tiba di rumah. Dia terusberlalu masuk ke dalam bilik untuk merehatkan badannya yang letih. Dia menutupmatanya untuk menghilangkan letih. Dia membuka matanya apabila pintu biliknyadiketuk perlahan dari luar.

“Nurul, jangan tidur maghrib-maghrib ini. Pergi mandi dulu segarkan badan.Nanti lepas isyak baru kita pergi makan.” Laung nenek dari luar bilik.

“Ya nek!” Balas Nurul dari luar. Neneknya berlalu pergi.

 

Khadijah bersiap-siap di hadapan cermin. Dia sengaja menghalang Nurul darimelihat cermin. Ke kiri Nurul, ke kirilah dia. Ke kanan Nurul, ke kananlah dia.Sengaja hendak mencari pasal. Nurul menghembuskan nafasnya kasar. Cuba menahanamarahnya. Dia mengambil telefonnya dan membuka aplikasi kamera. Dia menukarnyakepada mod swafoto untuk melihat wajahnya sendiri. Dia membetulkan kedudukantudungnya. Khadijah tersenyum sinis.

“Buat apa nak pakai tudung kalau dekat dalam itu busuk?” Sindiran Khadijahsedikitpun tidak dilayan oleh Nurul. Usai bersiap, Nurul terus mencapai handphonedan purse seraya berlalu keluar.

“Dia buat tak layan aku aja. Siap kau!” Marah Khadijah. Dia berlalu keluarmengikut Nurul. Dilihatnya Nurul sedang duduk di atas kerusi sambil ralitbermain dengan telefon pintarnya.

“Nurul, dah jom.” Ajak Adam. Nurul terus berdiri mengikut langkah Adam. Khadijahmendepakan tangannya menahan Nurul.

“Nak apa?” Soal Nurul malas.

“Kau siap-siap ini nak pergi mana?” Soal Khadijah. Adam berpusing memandangkedua-dua adik perempuannya.

“Main futsal. Kenapa? Nak ikut?” Soal Nurul semula sambil berpeluk tubuh.

“Aku tanya ini jawablah. Kau siap-siap ini nak pergi mana?” BentakKhadijah.

“Makanlah. Nak pergi mana pula lagi?” Balas Nurul seraya menjelingKhadijah. Adam menyandarkan bahunya sebelah di dinding. Memerhatikan ‘dramaswasta’ yang sedang dilakonkan oleh adik-adiknya.

Wait a minute. Kau nak ikut kitaorang pergi makan? Siapa yang ajakkau? Aku cuma nak belanja keluarga aku sahaja. Emak, ayah, nenek dengan abangaku sahaja. Kau tak termasuk dalam senarai. Jap, kau family aku ke?”Khadijah tersenyum sinis. Nurul terdiam.

“Ijah, mind your words.”Marah Adam tidak senang dengankata-kata Khadijah.

“Betul apa? Dia bukan keluarga kita. Dia tak ada kena mengena dengan kita.Jadi, kenapa pula Ijah nak kena belanja dia makan?” Balas Khadijah. Adammenggeleng dan terus berlalu turun ke bawah untuk menghidupkan enjin keretanya.

“Saya pun tak hendak duit awak. Tak hadap pun. Ingat orang nak sangat keduit dia itu?” Balas Nurul. Pak Samad dan Salmah melangkah keluar dari bilikmereka. Khadijah tiba-tiba menonjolkan muka sedih.

“Sampai hati Nurul cakap kakak macam itu. Kakak mengaku memang kakak jahat.Tapi, niat kakak ikhlas. Kakak memang nak belanja Nurul dengan semua orangmakan bila kakak dapat rezeki lebih. Tapi, Nurul salah pandang niat kakak.” Nurulmengerutkan dahinya melihatkan perubahan sikap Khadijah.

“Tak payah nak berlakon jadi baik sangatlah. Saya masih mampu nak suapkanmakanan dalam mulut saya sendiri tanpa menggunakan satu sen pun duit awak.”Balas Nurul.

“Nurul, apa cakap macam itu dengan kakak? Tak baik.” Tegur Salmah. Kurangsenang dengan kata-kata Nurul. Nurul memusingkan kepalanya menoleh kepada ayahdan ibu tirinya.

“Mulai hari ini, ayah tak nak dengar Nurul cakap macam itu lagi dengankakak. Faham?” Tegur Pak Samad. Nurul tidak menjawab hanya mendiamkan diri.

“Kalau dah orang lempar najis dekat kita tak akan kita nak diam sahaja.”Nenek entah dari mana datang menyampuk. Pak Samad dan Salmah hanya menunduktidak menjawab.

“Semua dah siap dah? Jomlah kita gerak sekarang.” Ajak Adam sudah sekian lamamenunggu di bawah. Mereka semua bergerak turun.

 

“Yuhu!!! Guys! I ada hot story untuk you alls semua. Nakdengar tak?” Soal Khadijah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat.

“Apa dia?” Soal Khairul malas. Khadijah ini kalau datang office setakatnak bersembang baik berhenti sahajalah. Pergi jadi wartawan hiburan. Barulahkena dengan sikapnya yang kuat bergosip tentang orang. Apa sangatlah kerjanya.Datang kerja sahaja terus bergosip. Kalau tidak bergosip sibuk bermain dengan Facebook,Instagram, Bigo dengan entah apa-apa lagi. Kalau boss nya PuanSuhaini lalu terus sahaja berpura-pura sedang bekerja. Selebihnya hanyabersembang tidak berhenti. Bercerita tentang orang itulah, orang inilah. Macamdirinya itu bagus sangat.

“Kau orang semua kenal tak si Anuar IT itu? Aku dengar cerita dia dah putustunang sebab girlfriend dia kantoi kena tangkah basah dengan lelakilain. Itulah aku dah cakap dengan dia, perempuan itu jahat. Tak nak dengar.Padanlah dengan muka dia itu.” Cerita Khadijah dengan bangganya. Mereka semuayang lain hanya menggeleng tidak senang dengan kata-kata Khadijah.

“Kau ini takbaiklah Ijah. Ada pula cakap macam itu. Kalau dia dengar malu dia nanti. Kalaubenda itu jadi dekat kau, mesti kau malukan?” Tegur Khairul. Khadijah mencebik.

“Whatever!!!”Balasnya pendek.

 

“Encik Harraz tak layak nak pecat saya macam ini! Apa salah saya? KalauEncik Harraz pecat saya sebab saya keluar dengan tunang Encik Harraz, tindakanEncik Harraz langsung tak profesional!” Jerit Syazril. Nurul menelan airliurnya. Takut dengan situasi yang berlaku di hadapannya.

“Awak cakap saya tak profesional? Kalau awak tahu sangat apa maksudprofesional, tolong ajar saya apa maksud profesional yang awak tahu! Bagitahusaya apa maksud profesional dari degi bahasa dengan istilah! Bagitahu sayamaksud profesional  ikut kamus dewanbahasa! Bagitahu saya maksud profesional secara ringkasnya! Bagi saya cara-caradan contoh profesional! Dan tolong bagitahu saya tindakan awak yang menjadiliabiliti dalam syarikat ini, tindakan awak menipu syarikat ini kononnya isteriawak mengandung dan awak terkena morning sickness yang terlalu lama,tindakan awak yang suka sangat cari alasan untuk tidak datang bekerja disyarikat ini, tindakan awak yang selalu sangat masuk lewat dan tindakan awakkeluar dengan tunang majikan awak berpegangan tangan itu profesional sangat ke?Jawab semua soalan saya ini sekarang!” Harraz menghentak mejanya. Nurulterperanjat. Syazril diam tidak menjawab.

“Tapi encik Harraz tak adil sebab campur adukkan urusan peribadi denganbekerja!” Lawan Syazril.

“Awak nak cakap saya tak adil? Awak sendiri adil ke dengan diri awak? Awaksendiri adil ke dengan pekerja-pekerja baawahan awak? Awak kerah tenaga mereka,awak biarkan diaorang buat kerja yang sepatutnya awak yang buat. Jangan ingatsaya tak tahu. Dah berapa kali saya bagi awak warning. Awak masih takberubah. Dan kali ini saya tak boleh bertolak ansur lagi. Awak dipecat mulaihari ini. Dan tolong keluar dari bilik saya sekarang. Saya ada banyak kerja nakdibuat, bukan macam awak duk mengular dekat luar.” Harraz membukakan pintuuntuk Syazril. Mereka berdua berlawan mata. Syazril menghembuskan nafasnyakasar sebelum berlalu pergi.

“Nurul, tolong bagitahu dekat Farhan HR supaya iklankan jawatan kosonguntuk gantikan Syazril. Kalau ada apa-apa suruh dia datang jumpa saya.” ArahHarraz. Nurul mengangguk seraya berlalu pergi.

“Nurul.” Panggil Nurin berbisik. Nurul mengangkat tangannya.

“Bos tengah angin itu. Nanti kita cerita.” Balas Nurul berbisik sambilberlalu pergi. Nurin mengangguk.


 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku