My Lovely Hubby
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
106

Bacaan






Nurul duduk menonton televisyen di ruang tamu bersama-sama dengan Adam dan Pak Samad. Dia membetulkan selendangnya yang terjuntai terjatuh dari bahu.Salmah menghidangkan kopi untuk keluarganya selepas usai makan malam. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Nurul. Khadijah duduk di dalam biliknya. 

“Umi mana, Sal?” Soal Pak Samad ingin tahu.

“Ada itu. Berehat dalam bilik dia. Letih katanya. Petang tadi dia sibuk berkebun dekat belakang rumah itu.” Balas Salmah. Pak Samad hanya mengangguk.

“Umi itu kalau dah berkebun tak ingat apa dah. Lepas itu, mulalah sakit-sakit badan.” Rungut Pak Samad.

“Biarlah abang. Dah itu yang dia suka buat. Dia seronok. Kita biar ajalah.”Balas Salmah seraya tersenyum.

“Emak, ayah. Adam ada benda nak bagitahu.” Sampuk Adam tiba-tiba.

“Apa dia?” Soal Pak Samad seraya menghirup kopi panasnya itu.

“Kontrak kerja Adam lagi sebulan habislah. Adam ingat tak nak sambung dah kot. Nak cari kerja tetap. Stabil sikit.” Beritahu Adam.

“Kenapa pula tak nak sambung? Zaman sekarang ini bukan senang nak cari kerja tau. Dulu kerja cari orang. Sekarang ini, orang cari kerja. Atau diaorang tak nak sambung kontrak Adam lagi?” Soal Salmah.

 “Diaorang offer untuk sambung kontrak. Tapi sampai bila pun? Adam nak cari kerja yang tetap bukan sambung-sambung kontrak macam ini.” Balas Adam.

“Dekat tempat Nurul, ada orang baru kena buang kerja. Jadi, dia tengah cari orang. Abang Adam nak tak?” Soal Nurul.

“Orang itu kena buang sebab apa?” Soal Salmah ingin tahu.

“Ha, mak cik nak tahu tak? Dia ada skandal dengan tunang boss Nurul.Dia pergi cakap dengan boss  Nurul konon-kononnya isteri dia mengandung padahal tak. Dia kena morning sickness.Tapi, rupa-rupanya boss nampak sendiri yang orang itu keluar dengan tunang dia sambil pegang-pegang tangan. Dia selalu sangat tak masuk kerja lepas itu MC kononnya tak sihat. Padahal, dia keluar dengan tunang boss. Bodoh tak diaorang berdua itu? Yang seorang pandai sangat pergi keluar dengan tunang orang. Yang seorang lagi, pergi keluar dengan suami orang.” Jelas Nurul ala-ala mak cik mak cik bawang yang selalu bergosip sahaja kerjanya.

“Dah macam kak Nab dah abang tengok.” Usik Adam. Nurul hanya tersenyum malu.

“Awak dah nampak kan? Jangan ikut perangai macam itu. Adam pun sama.”Nasihat Salmah. Mereka berdua hanya mengangguk faham.

“Adam nak tak kerja tempat Nurul itu?” Soal Pak Samad.

“Kerja apa?” Soal Adam ingin tahu.

Assistant Manager. Alah, bahagian audit compliance semua-semua itu. Dekat tempat abang sekarang ini pun, abang kerja itu juga kan? Kalau nak,Nurul cakap dengan boss Nurul. Abang nak?” Soal Nurul menginginkan jawapan.

“Amboi, berani ke bercakap dengan boss? Awak itu cuma intern dekat situ. Bukan ada pangkat apa pun.” Sampuk Khadijah yang entah bila keluar daribiliknya.

Well, excuse me Miss Khadijah. Kalau awak nak tahu selain daripada intern dekat situ, saya ini merangkap PA untuk boss saya sebab PA boss saya yang sebenarnya cuti bersalin.” Beritahu Nurul.

“Wow! Sejak bila adik abang ini jadi PA ini?” Soal Adam tersenyum.

“Baru aja dua minggu.” Balas Nurul.

“Okay, boleh juga. Tapi, kena tunggu lagi sebulan. Kalau abang berhenti sekarang, nanti langgar kontrak pula.” Balas Adam. Nurul tersenyummengangguk. 

“Okay, kalau macam itu nanti Nurul tanya boss Nurul dulu. Tapi,abang Adam jangan mengharap sangat pula. Takut nanti tak dapat.”

“Abang tahu. Dalam masa yang sama nanti abang apply tempat lain juga.”

“Kata PA boss tak akanlah tak boleh bagi Adam kerja.” Sindir Khadijah.

“Awak ingat syarikat itu Pak Samad kita yang punya ke? Tolong sedar diri sikit.” Balas Nurul menjeling Khadijah.

“Ijah, Nurul. Sudahlah itu. Tak payah bergaduh boleh? Pening kepala ayah macam ini.” Marah Pak Samad. Khadijah dan Nurul hanya berpandangan benci sesama sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku