My Lovely Hubby
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan






“Nurul, nanti bagi dekat Encik Harraz suruh dia sign.” Farhanmenyerahkan beberapa keping dokumen yang hendak ditandatangani. Nurulmenyambutnya sebelum memasukkan data tersebut ke dalam komputer.

“Nanti ikut aku dengan Nazri pergi makan dekat luar.” Beritahu Farhan.

“Kita bertiga aja ke?” Soal Nurul mengerutkan dahi.

“Adnan dengan Irham pun ikut sama nanti. Aku dah suruh ajak si Wati sekali.Nanti tak adalah kau seorang perempuan. Si Nazri tak nak pula.” Balas Farhan.

“Asal pula?” Soal Nurul ingin tahu. Farhan mengangkat bahu tanda tidaktahu.

 “Dia kata nanti masa makan diabagitahu. Kalau macam itu, nanti kau naik dengan aku.” Balas Farhan. Nurul mengangguk.

“Pergi mana?” Soal Harraz. Nurul dan Farhan terkejut. Entah bila dia keluardari biliknya pun tak tahu.

“Kitaorang nak pergi makan dekat luar Encik Harraz. Yalah, minggu depanNazri last dekat sini. Itu yang kitaorang nak pergi makan-makan itu.”Beritahu Farhan. Harraz mengangguk.

“Nazri?” Soal Harraz ingin tahu. Dia tidak pernah mendengar nama itu.Kedengaran asing di telinganya.

“Nazri dia intern dekat procurement.” Balas Nurul.

“Kalau macam itu, saya ikut sekalilah. Jangan risau, awak pilih aja dekatmana awak nak makan. Saya belanja.” Beritahu Harraz sebelum melangkah masuk balikke dalm biliknya. Farhan dan Harraz mengerutkan dahi.

“Kalau dia ikut, macam mana nak bergosip?” Soal Farhan menggosok-gosokdahinya.

“Itulah pasalnya. Aku dah boleh bayang macam mana rupanya nanti. Hambar.”Balas Nurul. Apalah angin Encik Harraz yang tiba-tiba dia nak ikut pergi makanpula sekali? Selalu elok aja keluar makan sendiri. Hari ini pula tak boleh.

“Dalam banyak-banyak hari, kenapa hari ini dia nak ikut pergi makan?”Rungut Farhan.

“Entah, selalu elok pergi makan sendiri. Hari ini pula sibuk naik ikut. Yangkau pun jujur sangat kenapa?” Marah Nurul.

Hello, excuse me. Habis itu kau nak aku menipu? Kau nak ajar akujadi jahat ke Nurul? Astaghfirullahalazim.” Balas Farhan.

“Aku tak adalah nak suruh kau menipu. Kau cakaplah yang kau datang hantardokumen. Tak adalah jadi macam ini.” Balas Nurul semula.

“Yalah, aku juga yang salah.” Balas Farhan. Nurul mengeluh. Dia melihat jamtangannya. Sudah menunjukkan waktu untuk makan tengahari. Beberapa orangpekerja sudah mula melangkah keluar dari pejabat.

Nazri, Irham dan Adnan datang menghampiri mereka berdua. Nurul menunjukkanmuka sedih. Nazri menepuk bahu Farhan perlahan. Farhan yang sedang berdirimembelakangkan mereka terkejut.

“Asal kau orang berdua ini? Kena marah dengan boss? Muka sedihmasing-masing.” Soal Nazri ingin tahu. Nurul dan Farhan menoleh ke kiri dan kekanan sebelum menjawab.

“Nak makan dekat mana ini?” Soal Harraz. Nazri, Irham dan Adnanterperanjat.

“Kita orang ikut Encik Harraz. Tak kisah. Lagipun, Encik Harraz yang nakbelanja. Kita orang tak kisah.” Balas Nurul.

“Kalau macam itu, kita makan best sikit hari ini. Siapa drive?”Soal Harraz. Nazri, Irham dan Adnan hanya mendiamkan diri.

“Kitaorang pergi satu kereta patutnya. Tapi, dah Encik Harraz nak ikut. Kenabawa dua kereta lah nampaknya.” Balas Farhan lagi.

“Oh, kalau macam itu Nurul naik dengan saya. Yang lain naik dengan Farhan. Awakikut saya dari belakang.” Arah Harraz seraya berlalu pergi. Nazri mengerutkandahinya menuntut penjelasan. Nurul mengemaskan meja dan barangnya.

“Dia ikut sekali ke?” Soal Adnan ingin tahu.

“Nanti aku explain. Sekarang kita gerak dulu. Dah ke Nurul?” SoalFarhan. Nurl mencapai beg duit dan telefonnnya sebelum melangkah bersama-samamereka yang lain. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku