My Lovely Hubby
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
198

Bacaan






Suasana di dalam lif sepi dan sunyi seperti di tanah perkuburan. Nurulmenundukkan kepalanya. Nazri, Irham, Adnan dan Farhan berbisik perlahan sesamamereka. Keliru dengan situasi yang terjadi. Harraz sibuk merenung skrintelefonnya. Nafas lega dihembuskan sebaik sahaja pintu lif terbuka.

“Awak tahu kedai nasi beriani dekat seksyen 13 itu?” Soal Harraz kepadaFarhan dalam perjalanan ke kereta.

“Tahu. Kita nak pergi makan dekat sana ke?” Soal Farhan. Harraz mengangguk.

“Jumpa dekat sana nanti. Nurul, ikut saya.” Arah Harraz. Sesak nafas Nuruldibuatnya apabila membayangkan hanya mereka berdua sahaja. Tak pernah diamenaiki kereta berdua sahaja dengan lelaki selain daripada ayahnya dan abangAdam.

“Apa cerita bro?” Soal Nazri.

“Aku tengah cakap dengan Nurul pasal kita nak pergi makan inilah.Tiba-tiba, entah bila masa dia keluar bilik dia. Dia dengar kita orang cakappasal apa. Lepas itu, tiba-tiba dia cakap nak ikut sekali. Dia nak belanja kitamakan. Tiba-tiba aja, kita sekarang ini dalam kereta tengah ikut dia daribelakang. Semuanya terjadi secara tiba-tiba.” Jelas Farhan.

“Banyak betul tiba-tiba dalam hidup kau, Paan.” Sampuk Adnan.

“Aku cakap benda betul. Dia tiba-tiba nak ikut pergi makan bagai. Selalu elokpergi makan sendiri. Tiba-tiba hari ini nak ikut.” Balas Farhan. Dia memberikansignal untuk masuk ke simpang.

“Masalahnya, asal kau tak bagitahu kita orang awal-awal? Aku dahlah segandengan dia itu. Dahlah, bukan boss aku tiba-tiba nak belanja makansemua.” Irham menuntut penjelasan.

“Aku dah cakap dah benda ini jadi secara tiba-tiba. Memang hambar habislahmasa makan nanti. Aku dah boleh bayangkan dah keadaannya macam mana. Memangsusahlah kita nak bergosip nanti ini.” Balas Farhan.

“Itulah, aku dah kumpul sikit punya banyak gosip nak bagitahu kau orangtiba-tiba jadi macam ini pula. Macam mana nak bergosip nanti ini?” Soal Nazri.

“Kita kira okay lagi. Boleh juga lagi bergosip dalam kereta ini. Si Nurulitu memang keras kakulah ceritanya dalam kereta itu.” Sampuk Adnan.

“Betul juga itu. Tapi tak apa, kita pandang dari sudut positifnya. Dia nakbelanja kita makan. Nasi beriyani pula itu. Jimat untuk hari ini.” Balas Irham.Yang lain hanya mengangguk setuju.

 

“Nurul, awak memang kalau keluar bawa purse dengan handphone sahajake macam mana? Tak bawa handbag?” Soal Harraz ingin tahu.

“Saya memang tak bawa handbag pergi kerja. Bawa beg galas sahajasenang. Sumbat semua dekat dalam itu.” Balas Nurul tenang. Harraz mengangguk.

“Awak ini memang jenis yang simple. Senang siapa yang kahwin denganawak nanti. Jimat.” Balas Harraz. Nurul hanya tersenyum kekok. Asal pulatiba-tiba nak cakap pasal kahwin pula ini? Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Encik Harraz, saya nak tanya sesuatu boleh?” Soal Nurul meminta izin.Harraz mengangguk.

“Tanyalah apa yang awak nak tanya.” Harraz tenang memandu.

“Boleh tak kalau abang saya nak minta kerja untuk jawatan Encik Syazrilitu?” Soal Nurul sambil memandang wajah Harraz dari sisi.

“Dia lulusan apa?” Soal Harraz ingin tahu.

“Dia ada degree akaun. Sekarang ini dia cuma kontrak dengan tempatkerja dia yang sekarang. Dah dekat 5 tahun jugalah dia kerja dekat situ.Setahun sekali renew contract. Cuma sekarang ini, dia nak cari kerjatetap tak nak kontrak lagi.” Jelas Nurul. Harraz mengangguk.

“Ada lagi berapa bulan sebelum kontrak dia habis?” Soal Harraz.

“Ada lagi sebulan.” Balas Nurul.

“Nanti suruh dia hantar resume. Kalau okay, saya akan panggil diauntuk interview.” Balas Harraz.

“Okay.” Balas Nurul pendek.

 

Usai sahaja pelayan mengambil pesanan, Nurul terus memandang Nazri. Dia mengangkatkedua-dua keningnya.

“Apa dia? Aku tak faham.” Soal Nazri. Irham, Adnan dan Farhan ralit bersembangdengan Harraz.

“Asal dengan Wati? Kenapa kau tak nak bawa dia?” Soal Nurul ingin tahu.

“Tak, dia itu gediklah. Menyampah aku dengan dia.” Balas Nazri dengan memekmuka menyampahnya.

“Apa yang gediknya?” Soal Nurul lagi ingin tahu.

“Sejak si Sarah itu ada dekat sini, dia punya gelak kuat gila kot. Kau tahulah,finance department ada masakan dia orang stress nak buat reportbagai-bagai. Lepas itu, server down lah apalah. Dia pula memekak bagai-bagai.Gelak-gelak macam hantu langsuir. Mahu tak stress kakak-kakak financedekat situ. Dia orang menyampah kot dengan si Wati itu.” Jelas Nazri. Nurulmengangguk.

“Habis aku tak gedik?” Soal Nurul mengusik dalam masa yang sama ingin tahu.

“Ada ke lelaki yang gedik?” Balas Nazri. Nurul mengangkat tangannya menunjukkanpenumbuk ke Nazri apabila menyedari kata-kata Nazri. Nazri tergelak. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku