My Lovely Hubby
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
203

Bacaan






Sedang enak Nurul menjamu selera, satu susuk tubuh melangkah masuk ke dalamkedai itu. Nurul menyedut air minumannya. Dia berhenti menyedut minumannyaapabila terdengar satu suara yang tidak asing lagi di telinganya. Dia melihatmeja di hadapannya. Kelihatan Khadijah dan rakan-rakannya sedang menjamu seleradi kedai yang sama dengannya. Nurul mendengus.

Apa malang sangatlah hari ini? Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari iniyang dia harus terserempak dengan dia ini? Tak ada tempat lain ke minah ini nakpergi makan? Nurul mengerutkan dahinya dan melemparkan pandangan tidak senangkepada Khadijah.

Khadijah tidak menyedari kehadiran Nurul di kedai itu asyik bersembangdengan rakan sekerjanya. Dia sibuk bergosip dan bercerita denganrakan-rakannya. Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran pelayan untukmengambil pesanan sebelum menyambung kembali perbualan mereka.

“Ijah, cuba kau tengok lelaki itu. Hensemnya. Nasib baik aku dah ada tunangkalau tak memang aku try.” Ayu bersuara. Khadijah mengalihkanpandangannya. Dia mengangguk sebelum membesarkan matanya melihat perempuan yangduduk di sebelah lelaki itu.

“Perempuan itu mesti awek dia kan?” Soal Rita. Khadijah asyik memerhatikanNurul. Dah pandai keluar makan dengan jantan sekarang? Bukan main lagi kau!Siap kau aku bagitahu dekat bapak kau nanti! Khadijah mengeluarkan handphonenya dan segera menangkap gambar Nurul.

“Kau buat apa Ijah?” Soal Ayu ingin tahu. Hairan dengan perlakuan Khadijah.

“Jangan sibuk hal akulah!” Marah Khadijah. Ayu dan Rita mencebikkan mulutmereka tanda menyampah.

 

“Nurul, kau asal?” Soal Nazri menyedari perubahan wajah Nurul. Harrazmemalingkan mukanya menoleh ke arah Nurul.

“Tak ada apa. Kenapa?” Soal Nurul semula.

“Tak adalah. Muka kau tiba-tiba berubah. Apasal?” Soal Nazri.

“Mana ada. Aku okay.” Balas Nurul seraya menyuap kembali makanan masuk kedalam mulutnya. Nazri hanya mengangkat bahunya.

Usai makan tengahari, Farhan dan rakan-rakannya yang lain bergerak pulangke pejabat dahulu. Nurul mengekori langkah Harraz dari belakang. Dia hanyamenundukkan mukanya apabila melintasi meja Khadijah. Nurul terus melangkahmasuk ke dalam kereta Harraz usai sahaja membayar bil. Khadijah sempatmenangkap gambar Nurul yang melangkah masuk ke dalam kereta Harraz. Diatersenyum sinis.

“Siaplah kau nanti Nurul.” Monolog Khadijah sinis.

“Kau kenapa ambil gambar dia orang dari tadi? Kau kenal ke?” Soal Rita.

“Aku dah kata tadi jangan sibuk hal aku kan? Dah makan cepat sikit!” BalasKhadijah. Rita dan Ayu menjeling Khadijah.

 

“Assalamualaikum.” Ucap Nurul sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam. Ke mana awak? Lambatnya balik.” Soal Zaimah.

“Kita banyak kerja tadi nek. Itu yang balik lambat itu. Esok ada mesyuaratpenting, nak kena siapkan fail-fail bagai, itu yang lambat itu.” Jelas Nurul. Diamengambil tempat di sebelah Zaimah. Salmah tersenyum.

“Kesian dia. Mesti penatkan? Dah makan?” Soal Salmah prihatin. Nurul menggeleng.

“Belum lagi, mak cik. Perut ini dah berbunyi.” Balas Nurul sambil menggosokperutnya tanda lapar. Salmah tersenyum melihat telatah Nurul yang manja itu.

“Mak cik siapkan makan dulu. Nurul pergi mandi.” Arah Salmah. Nurul mengangguk.Salmah lantas bangkit untuk menyiapkan makanan.

“Bila nak tukar panggilan mak cik itu kepada emak?” Soal Zaimah. Nurul hanyatersenyum tawar. Tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu. Walaupun hubungandi antara dia dengan emak tirinya itu tidak mempunyai masalah, dia tidak dapatmenafikan yang hatinya tidak pernah menerima Salmah sebagai pengganti ibunya.

“Walaupun dia cuma ibu tiri, Nurul kena layan dan hormat dia sama macam ibukandung. Lagipun, dia sama layan awak baik macam anak kandung dia. Sampai bilanak panggil dia mak cik? Dia jaga awak dari kecil sampai awak dah besar dah sekarang.”Nasihat Zaimah sambil mengusap kepala Nurul.

“Assalamualaikum.” Ucap Pak Samad dari luar. Adam mengikuti dari belakang. Zaimahdan Nurul menjawab salam.

“Lambat awak balik?” Soal Pak Samad.

“Banyak kerja sikit tadi ayah.” Balas Nurul.

“Astaghfirullahalazim. Tak mandi lagi budak bertuah ini? Pergi mandi cepat.Karang lauk sejuk nak makan.” Marah Salmah. Nurul tersengih lantas bangkituntuk mandi sebelum Salmah membebel lagi. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku