My Lovely Hubby
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
111

Bacaan






“Nurul, saya ada benda nak bincang dengan awak. Masuk bilik saya sekejap.”Arah Harraz sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat. Nurul bergegasmasuk ke dalam bilik Harraz.

“Duduk.” Arah Harraz lagi. Nurul menarik kerusi dan duduk di hadapanHarraz.

“Apa plan awak lepas ini?” Soal Harraz ingin tahu.

“Maksud Encik Harraz? Saya tak faham.” Balas Nurul.

“Maksud saya plan lepas habis kerja.” Jelas Harraz.

“Lepas kerja, saya balik rumahlah. Tak ada plan apa-apa lagi.” BalasNurul lurus. Harraz tergelak.

“Tak, maksud saya lepas habis intern dekat sini. Apa plan awak?Awak nak sambung study lagi atau nak terus kerja?” Soal Harraz. Nurultersenyum malu.

“Saya nak kerja dulu. Kalau ada rezeki lebih baru saya akan sambung studyuntuk degree pula.” Balas Nurul.

“Kenapa tak sambung study dulu baru kerja? Kan lebih elok habiskan degree.Lagi-lagi dalam bidang kita ini. Degree itu paling basic kenaada. Jarang dah orang nak guna diploma sekarang ini. Kebanyakan majikan akancari orang yang ada degree untuk diaorang ambil bekerja.” Harraz sengajaberkata begitu untuk menguji pendirian Nurul. Dia sudah merancangkan sesuatubersama Haziq.

“Kewangan saya tak mengizinkanlah Encik Harraz. Maklumlah, saya belajar pundekat kolej swasta. Saya buat pinjaman belajar. Ada dapar offer IPTA,tapi jauh sangat sampai ke Perlis dia hantar saya. Saya kalau boleh tak nakjauh dari rumah.” Balas Nurul. Harraz merenung Nurul.

“Kalau dah kerja, boss awak hantar pergi kerja dekat Perlis, awaktak pergi juga ke?” Soal Harraz ingin tahu.

“Kalau kerja lain, Encik Harraz. Saya dah ada pendapatan tetap tiap-tiapbulan. Tapi kalau belajar jauh-jauh bagi saya susah Encik Harraz. Contoh palingterdekat, saya tengok kawan-kawan saya yang datang belajar dekat sini. Selalumengeluh tak cukup duit untuk survive. Mana nak makan lagi, nakkeluarkan duit untuk assignment lagi. Lepas itu, ada sesetengah itusampai pinjam duit kawan sebab dah tak ada duit sangat. Kadang-kadang itu, biladah ada duit bukan nak beringat. Pergi keluar tengok wayang. Bukan tak bolehnak berseronok, tapi kena berpada-padalah. Kalau dah tiap-tiap minggu pergikeluar enjoy, saya kesian dengan mak ayah diaorang. Mak ayah risau anakini entah makan entah tidak. Yang anak dekat sini, enjoy tak ingatdunia. Lepas itu, sibuk cerita kesian dekat mak ayah cari duit. Tapi anak-anaksendiri tak ingat dekat mak ayah. Bukan menyenangkan, menyusahkan lagi adalah.”Balas Nurul panjang lebar. Harraz mengangguk faham.

Okay, enough for that. Saya ada nak tawarkan sesuatu untuk awak.”Beritahu Harraz. Nurul mengangkat keningnya sebelah.

“Apa dia Encik Harraz?” Soal Nurul ingin tahu.

One minute.” Harraz mengangkat gagang telefonnnya dan mengarahkanseseorang untuk datang berjumpanya. Tidak berapa lama kemudian, Haziq melangkahmasuk.

“Encik Harraz panggil saya?” Soal Haziq. Harraz mengangguk dan mengarahkanHaziq untuk duduk.

“Semalam saya ada bincang sesuatu dengan Haziq. Kalau kerja awak dengansaya, saya rasa kerja awak okay. Cantik, kemas. Saya suka. Jadi, saya tanyaHaziq. Kerja awak dengan dia. Cara awak bergaul dengan staff – staff dekatsini macam mana. Dia kata kerja awak okay. Awak rajin, bagus. Pandai bergauldengan orang dan fast learner. Betul tak Haziq?” Soal Harraz. Haziqmengangguk.

“Betul. Walaupun saya jarang berbual dengan awak, saya ada juga tanya dekatstaff -staff lain pasal awak. Saya ada juga tanya Farhan awak. Semuakata awak okay, baik, rajin, bagus dan fast learner. Awak pun pandaibergaul dengan staff-staff dekat sini. Jadi, semalam saya ada bincangpasal awak dengan Encik Harraz.” Jelas Haziq tersenyum.

“Saya nak tawarkan awak untuk bekerja disini terus sebagai accountsupervisor di sini dan juga PA saya. Awak tak perlu lalui prosedur macamorang lain, kena sign kontrak untuk tiga bulan sebagai percubaan sebabawak dah intern dekat sini empat bulan. Boleh dikatakan sebagai tempohpercubaan juga. Jadi, macam mana? Setuju?” Beritahu Harraz seraya tersenyum.Nurul tersenyum gembira.

“Saya setuju. Tapi kak Sal nanti macam mana?” Soal Nurul.

“Oh, awak jangan risau. Kak Sal ada bagitahu saya dia nak berhenti kerjasebab dia nak jaga anak dia. Dia dah tak nak kerja lagi. Dia nak tumpukanperhatian dia dekat keluarga. Dia nak jadi surirumah sepenuh masa. Dia jugayang cadangkan dekat saya untuk awak gantikan tempat dia.” Jelas Harraz lagi. Nurulmengangguk tanda faham.

“Kalau macam itu, saya setuju.” Balas Nurul. Harraz dan Haziq tersenyum.Harraz berdiri. Haziq dan Nurul turut berdiri.

Welcome to Mumtaz Textile Corporation.” Ucap Harraz tersenyum.

“Terima kasih.” Balas Nurul. Dia gembira. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku